Dialog Bersama Dato' Seri Hamzah bin Zainudin

Saya telah menyertai dialog bersama Dato' Seri Hamzah bin Zainudin baru-baru ini bersama rakan blogger dan NGO yang lain. Ianya adalah sesi santai bersama pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNNK) bagi membincangkan tentang isu-isu semasa yang berkait dengan pengguna di Malaysia.

Sebenarnya terlalu banyak isu yang diperbincangkan dalam sesi dialog bersama Dato' Seri Hamzah bin Zainudin bersama para tetamu yang hadir. Antara yang sering ditekankan adalah masalah pengguna didalam menghadapi harga pasaran barangan. Selain itu kami telah diberi penerangan secara ringkas bagaimana kementerian berperanan dalam memastikan penjual tidak sewenang-wenangnya meletakkan harga di pasaran. Ini terutama untuk harga barangan keperluan asas seperti gula, minyak masak, beras, tepung dan gas memasak (LPG). Bahkan barangan keperluan asas ini juga ada diberikan subsidi kerajaan.

KPDNKK juga telah bergading bahu dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk memerangi masalah orang tengah yang tamak dan rakus dalam penjualan barangan basah/mentah di pasaran. Ini adalah melalui agensi kerajaan seperti LKIM dan FAMA. Dato' juga ada menyentuh mengenai Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 yang akan menawarkan pelbagai produk terutama barangan asas.

Apa yang lebih menarik, tentang kewujudan aplikasi PriceCatcher yang mana kita boleh membuat semakan dan perbandingan harga barangan yang ditawarkan di kawasan/tempat yang berhampiran dengan rumah kita. Ini memudahkan kita untuk membuat pemilihan dalam menentukan kedai/pasaraya mana yang menawarkan pada harga yang cukup berpatutan.


Begitu juga sekiranya mempunyai sebarang permasalahan tentang isu harga barangan yang dinaikkan secara sewenangnya, saluran yang betul kit aperlu berhubung terus dengan KPDNNK menerusi  aplikasi Ez ADU. Untuk pengetahuan semua Ez ADU adalah aplikasi peranti pintar mudah alih yang dibangunkan oleh KPDNKK yang membolehkan pengguna untuk membuat sebarang aduan terus kepada KPDNKK supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.

Kita boleh membuat pengaduan denganhanya  4 langkah yang mudah iaitu :-
  •  memasukkan butiran aduan
  •  dan juga laporan aduan 
  • membuat geo tagging 
  • sertakan gambar sebagai bukti.

Seterusnya kita boleh menyemak status aduan dan tindakan yang diambil oleh pihak KPDNKK terhadap aduan tersebut. Mudah bukan? Saya pun baru tahu mengenai aplikasi ini.



Dan antara yang mencuri perhatian saya dalam sesi dialog ini ialah kewujudan aplikasi Friends of KPDNKK yang terbuka kepada semua masyarakat Malaysia. Dan sekiranya kita menjadi ahli, banyak ganjaran yang boleh kita perolehi antaranya seperti diberi diskaun untuk berbelanja di sesetengah kedai/pasaraya dan pelbagai lagi. 

Bergambar kenangan bersama Dato' Seri Hamzah bin Zainudin bersama rakan blogger yang lain.

Biarpun  sesi dialog ini mengambil masa yang singkat, namun ianya bermanfaat kerana banyak isu semasa yang dikupas dan diperbincangkan. Moga segala usulan dan cadangan hasil dari buah fikiran bersama dapat dipertengahkan dalam usaha menjadikan Malaysia negara maju dan berdaya mampan seiring sama ke arah kemakmuran serta kesejahteraan masyarakat berbilang bangsa.

**Penulisan ini adalah secara ringkas mengenai apa yang saya perolehi hasil dari diskusi dialog. Harap maklum.

Comments

Syafiera Yamin said…
harap sesi dialog ni dapat memberi manfaat dalam perkongsiaan untuk kemakmuran dan juga kesejahteraan rakyat.
tenku butang said…
wah.. best jugak ye ada aplikasi PriceCatcher dan Friends of KPDNKK ni.. banyak ganjaran seperti diskaun boleh didapati sekiranya menjadi ahli.. hemm bagus sesi dialog macam ni
Rafzan Tomomi said…
bagus ada dua aplikasi ni. senang nak digunakan. :)
Mouse Mommy said…
Saya pernah berurusan dengan KPDNKK , memang bagus dan cekap dalam menyelesaikan masalah dan jugak menjaga kepentingan Hak-Hak pengguna. Keep it up!
Cik Ash said…
baru taw ada aplikasi ni..terima kasih pengkongsian ni ya..
Maya said…
Bagus apps price catcher tu. Memang bagus untuk penjimatan. Usaha yang baik oleh KPDNKK
rubydotmy said…
Sesi dialog ni akak tanya apa? Hehehe. Saya suka cara KPDNKK handle social media. Aktif dan berterusan. Hak pengguna pun terjamin. Hehehe
iffah hussin said…
KPDNKK ada apps bagusnya, pengguna boleh rujuk dan semak terus apa-apa kemusyilan.
Hasif Hamsyari said…
Bagusnya program macam ni. Era digital ni mmg memerlukan kerjasama erat antara badan2 Begini supaya maklumat boleh disampaikan dengan lebih telus dan berkesan.
dboystudio said…
bagus kalau ada app macam tu banyak info dapat dan senang untuk pantau. kerja sama harus di buat semoga semuanya seimbang.
Zharif Azis said…
menarik apps nie ! memudahkan pengguna untuk pantau. terima kasih atas usahanya dalam membela kebajikan rakyat
Lia Hasty said…
KPDNKK pun ada sistem aplikasi utk smart phone. hebat! lagi senang na explore kalau ada apps.
Jia Shin Lee said…
The apps is gonna be really useful, can ssurvey first before getting the stuffs.
Nuha Nawawi said…
Friends of KPDNKK and other apps or eaduan needs to be use properly.
Need to also get the public to be aware of such apps.
Bagus la bila ada apps mcm ni pengguna lebih mudah nk check n report kan
AziRahmanDotCom said…
Bagus program macam ni. Dengan pembaharuan yang dibuat dpt memudahkan proses semakan dan aduan kan.

Popular Posts