Karnival Cinta Masjid 2018


Assalamualakaikum dan salam sejahtera semua. Saya nak war-warkan satu karnival yang cukup istimewa bakal diadakan tidak lama lagi. Ini terutama bagi mereka yang bekelapangan dan juga yang tinggal berdekatan dengan kawasan Sentul. Orang jauh pun boleh datang join juga ya!
Karnival Cinta Masjid 2018 adalah satu inisiatif dari pihak Masjid Amru Ibni Al'As bagi mengangkat semua peranan masjid sebagai institusi penyebaran ilmu yang ternyatanya masih relevan lagi untuk zaman moden hari ini. Objektif utamanya adalah untuk mendidik masyarakat bagi sama-sama memahami peranan in dan seterusnya membantu menyebarkannya pada masyarakat yang lain.

Program yang bakal dimulakan dengan perarakan Maulidur Rasul yang bakal dikenalikan oleh kariah Masjid Amru Ibni Al'As . Seterusnya pelbagai aktiviti yang menarik bakal diadakan seperti pertandingan 'Street Soccer', Pertandingan Memasak Ibu/Ayah dan Anak', Pertandingan Mewarna dan pelbagai lagi. Terdapat juga pelbagai aktivti riadah seperti acara berkuda dan memanah. Oh ya! pihak Kidzania juga akan datang bagi memeriahkan acara.

Untuk sesi ilmiah terdapat beberapa acara telah diatur untuk dikongsikan bersama pengunjung karnival. Antaranya seperti kelas bahasa arab, pengenalan asas taranum oleh Ustazah Khasif, pameran khat dan kaligrafi islam dan antara yang bakal mencuri perhatian adalah hiburan kerohanian dengan penampilan khas dari artis Malaysia yang cukup dikenali antaranya seperti Andy Flop Poppy, Yasin Sulaiman, Tam Spider, Afad (bekas penyanyi kumpulan Raihan) and Friends, Azmi Saat dan Anas Tahir.

Malam kemuncak Karnival Cinta Masjid 2018 bakal diakhiri dengan perbicangan ilmiah menerusi sebuah forum yang bertajuk "Peranan Masjid Sebagai Sebuah Institusi Penyebaran Ilmu". Forum yang bakal dimoderatorkan oleh Dato' Rosyam Noor dengan ahli panelnya seperti Ustaz Ebit Lew dan Imam Muda Asyraf.

Sepanjang karnival juga kan diadakan jualan food truck dan pelbagai barangan dari pengusaha asnaf.  Dan pihak-pihak yang berkaloborasi untuk karnival ini antara lain seperti IM4U, kidzania Kuala Lumpur, Siti Khadijah dan Al Amin Drinking Water. Selain daripada dana yang bakal diperolehi ini disalurkan kepada beberapa badan yang terpilih ianya juga adalah salah satu usaha untuk membaik pulih serta menceriakan lagi keadaan masjid .

Jadi jika anda sudi untuk menyumbangkan bantuan dalam bentuk kewangan boleh berbuat demikian di no akaun Bank Islam - 14014010096091 (Masjid Bandar Baru Sentul).

Jom beramai-ramai mengimarahkan lagi masjid di Karnival Cinta Masjid 2018 pada 2 sehingga 3 Februari 2018 di Masjid Amru Ibni Al'As Bandar Baru Sentul.



Karnival Cinta Masjid 2018 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 20, 2018 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.