SERLAHKAN PELBAGAI SISI DIRIMU DENGAN EVE DUET

Tidak dinafikan wanita seperti saya cukup suka bermain dengan 'mood'  yang dirasai atau dialami setiap hari. Pada kebiasaannya kita akan mengekspresi mood melalui pakaian, terutama dari segi pemilihan warna. Mood untuk tampil berani kita akan memilih warna merah, untuk kelihatan anggun dan slim pastinya pilihan warna hitam dan pelbagai lagi. Jadi untuk kali ini kita lari dari kebiasaan iaitu memilih jenis haruman yang boleh membawa mood hebat setiap hari. 

Dan kini jenama tersohor Avon telah memperkenalkan sebuah haruman yang mampu menyerlah setiap personaliti dan sisi anggun seorang wanita.


Avon meraikan pelbagai dimensi wanita kontemporari dengan melancarkan Eve Duet: gandingan dua haruman dalam satu yang ikonik. Dua haruman direka secara harmoni untuk dipakai berasingan atau dilapisi bersama bagi mencipta kombinasi haruman tanpa batasan. Daripada nota segar bungaan dan buah-buahan hinggalah ke haruman flora sensual memikat, Eve Duet membawamu merentasi pengembaraan eksperimentasi haruman nan indah, menyelami setiap keistimewaan dan keunikan seorang wanita.



Ciptaan bersama master perfumer dari IFF, Jean-Marc Chaillan, dua haruman Eve Duet yang kekal lama ini berkongsi satu nota utama yang mencetus harmoni apabila dipakai bersama – bunga teratai Amazon eksotik yang hanya mekar selama 3 hari dalam setahun. Bunga teratai ini berubah warna dan aroma dari fajar ke senja, dan ini menjadi simbolik kepada setiap watak serta sisi wanita yang berbeza serta menjadi asas terpenting dalam penciptaan Eve Duet.

“Kolaborasi bersama Avon dan kerana penghormatannya yang teguh kepada pengguna, kami telah bergabung untuk mencipta haruman yang indah dan sememangnya unik,” kata Jean-Marc Chaillan.



Bagi mencermin kepelbagaian sisi Eve Duet, Avon turut memperkenalkan pelakon, Eva Mendes sebagai wajah Eve Duet. Eva merupakan seorang selebriti antarabangsa yang berbakat dan terkenal kerana memegang pelbagai watak yang dimiliki seorang wanita moden.

Selain menjadi pelakon, beliau merupakan ibu kepada dua cahaya mata, pereka fesyen dan usahawan berjaya, Eva memancarkan personalitinya yang pintar, berani dan riang, menceriakan setiap yang mendampinginya.

“Saya amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan sebuah syarikat yang memahami dan menghormati wanita buat sekian lama. Saya gemar menjadi kreatif dan mencuba pelbagai fesyen mengikut mood saya, jadi saya amat teruja untuk mengekspresi dan meraikan identiti saya melalui haruman,”
ujar Eva.




RADIANT – Sparkling. Floral. Fruity.
Menyegarkan. Ringkas. Ceria.

Putik Epal berseri, Teratai Merah Jambu segar & Kayuan Blonde hangat

Nota atas: Kesegaran Clementine berjus dan Putik Epal. Sentuhan Putik Beri Biru lembut menambah tarikan menawan.

Nota tengah: Adunan Bunga Teratai Merah Jambu yang menyerlah bersama Pati Melur Semulajadi bermutu dan Peony mewah yang mekar dengan jelitanya.

Nota dasar: Kemewahan Ambar Keemasan menyerlah keanggunan. Kayuan Blonde hangat diliputi Kesturi Kulit mempesona melengkapi haruman ini.


SENSUAL – Addictive. Woody. Floral.

Menawan. Mempesona. Menggoda.

Nota atas: Bergamot Twist menggiurkan dan Plum Ungu Liar. Aroma Lada Merah Jambu menambah aura misteri.

Nota tengah: Teratai Putih eksotik yang mekar penuh keasyikan, diselubungi jambangan Melur Kembang Malam dan Mawar Merah menambah keghairahan.

Nota dasar: Impresi haruman diakhiri dengan Kesturi Praline Mewah. Sari Patchouli Heart LMR hipnotik dan Kayuan Koko bergabung menjadi tarikan magnetik yang memukau.


Gabungkan Radiant & Sensual bersama untuk haruman baru yang mencerminkan dirimu yang unik.

Saya sendiri secara personal amat sukakan bauan dari koleksi terbaru Eve Duet ini. Ianya bukan sahaja mempunyai wangian yang agak kuat dari sensualnya tetapi bila digabungkan dua bauan ini ianya benar-benar menjadikan kita lebih beraura dan berpersonaliti.

Avon Eve Duet Eau de Parfum bakal dipasarkan bermula 1 Mac 2018. Untuk mendapatkannya, hubungi Wakil Avon anda atau lawati mana-mana Butik Kecantikan AVON seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, hubungi talian bebas tol AVON di 1-800-22-AVON (2866) atau layari www.avon.my


SERLAHKAN PELBAGAI SISI DIRIMU DENGAN EVE DUET Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 16, 2018 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.