Beaconhouse Malaysia Terus Cemerlang di Beaconhouse International Student Convention (BISC 2018) Oman

Telah berlangsungnya Beaconhouse International Student Convention (BISC 2018) baru-baru ini di Muscat, Oman dengan penyertaan kira-kira 200 pelajar dari lima negara - Malaysia, Oman, Pakistan, Filipina, dan Thailand. Setiap negara telah menghantar wakil untuk bersaing secara muhibbah dalam semua acara yang telah dipertandingkan.


Konvensyen telah diadakan di Kompleks Sukan Sultan Qaboos yang cukup dikenali di Muscat. Untuk konvensyen kali ini telah diterajui oleh Puan Nasreen Kasuri, Pengerusi Beaconhouse Group, Kasim Kasuri, Ketua Eksekutif Beaconhouse Group bersama-sama dengan tetamu kehormat HH iaitu Sayyid Faris bin Fahar al Said, selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Kelab Bola Sepak Al Suwaiq, dan juga Duta Pakistan ke Oman iaitu Ali Javed . Konvesyen ini telah dihoskan oleh Puan Zeba Masood, Pengetua Sekolah Beaconhouse Muscat.

Dengan bertemakan “Multiple Literacies for a World of Tomorrow”, BISC 2018 telah menganjurkan pelbagai aktiviti dan pertandingan dari variasi bidang pembelajaran. Ini merangkumi bidang sukan, olahraga, sains, teknologi, seni visual dan pertunjukan serta pembikinan filem.
Sememangnya Beaconhouse begitu konsisten berusaha untuk memberi inspirasi terhadap inovasi dan pemodenan dibawah paradigma pendidikan di bawah panji-panji Pembelajaran Abad ke-21. BISC mempunyai manifestasi ideologi untuk mendorong pengajaran dan pembelajaran konvensional tanpa sempadan dalam empat dinding kelas. Ia bertujuan untuk mewujudkan komuniti global, yang mana pelajar dari sekolah Beaconhouse di seluruh dunia berpeluang untuk berinteraksi biarpun budaya yang berbeza.

“BISC just keeps getting better each year and we are proud to be the agent that unites students from around the world to compete, to learn, to have social and cultural exchanges and to create lasting friendships. We are able to offer this to our students as we have a vast network of schools that spans from Europe to Asia. This ability to use our network to offer experiences to our students is what sets us apart from the rest," - Kasuri.

Lebih dari 200 pelajar dari 5 buah negara menyertai pertandingan sukan yang dianjurkan seperti futsal, ping pong, olahraga dan bola keranjang. Selain itu turut diadakan empat pameran iaitu BISC Biennale (Art), BISC Exploratorium (Sains), BISCLICK (Photography), Festival Filem BISC ), BISQUIZ Show, BISC Talk, dan BISC IDOL.

Beaconhouse Malaysia diwakili oleh delegasi yang mewakili 42 pelajar dan 6 pegawai pengiring yang menyertai acara renang (lelaki dan perempuan), Futsal (lelaki dan perempuan), Ping Pong (lelaki dan perempuan), Atletik (lelaki dan perempuan) dan Bola Keranjang (lelaki dan perempuan). Pasukan delegasi Malaysia dipilih melalui karnival antara sekolah Beaconhouse di Malaysia iaitu Beaconhouse Sri Inai, Beaconhouse Sri Murni, Beaconhouse Sri Lethia, dan Newlands International School.

Pengurus Team Ms Nicki Coombs yang juga Pengetua Sekolah Antarabangsa Beaconhouse Newlands di Kuala Lumpur berkata beliau amat berbangga menjadi sebahagian daripada pasukan Malaysia kerana mereka menunjukkan keunggulan sukannya. “The Malaysian team displayed great athleticism, discipline and sportsmanship. Although it was friendly, the competitive spirit was high with every student vying to come out tops to make their home countries proud.”


Pasukan Malaysia memulakan latihan pada November tahun lepas dengan mendapat tunjuk ajar jurulatih mereka iaitu S. Ashok Kumaran, Kugendran Murugeesan, Johnson Cheong dan Rachael Sarah Ford. Biarpun di Malaysia mempunyai cuti yang agak banyak namun ianya tidak akan mengganggu momentum latihan para pelajarnya bahkan mereka memberikan 100%  komitmen untuk bagi memastikan prestasi mereka cemerlang di BISC 2018.

Wakil Malaysia di BISC 2018 telah menunjukkan kecemerlangan yang luar biasa di dalam 17 kategori yang ditawarkan. Di mana wakil Malaysia telah membawa pulang 8 pingat emas, 10 perak dan 8 gangsa. Beaconhouse sentiasa menggalakkan kecemerlangan bukan hanya dalam akademik sahaja tetapi juga sukan, sains dan seni. Nah! Tidak hairanlah bagaimana Malaysia mampu membawa pulang sebanyak 26 pingat, di mana 21 daripadanya adalah daripada pertandingan sukan. Dalam pertandingan yang lain, Malaysia mencapai yang terbaik dalam BISQUIZ, perak untuk BISC Talk dan Bronzes untuk Biennale, Exploratorium dan BISC Idol.

Dalam sukan, pasukan Malaysia merangkul emas untuk Bola Keranjang, satu untuk acara atlentik (perempuan) dan satu untuk acara kuiz . Manakala perenang Simon Peter membawa pulang 5 pingat emas dan telah dianugerahkan sebagai PerenangTerbaik untuk BISC 2018. Indii Choon dari pasukan Bola Keranjang lelaki juga telah dinobatkan sebagai Pemain Bola Keranjang Terbaik.

Syabas pasukan Beaconhouse dari Malaysia. Anda memang hebat :-)
Beaconhouse Malaysia Terus Cemerlang di Beaconhouse International Student Convention (BISC 2018) Oman Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 28, 2018 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.