Kempen “Get Mouth Fit” Bulan Kesihatan Mulut Colgate 2018 Bersama Fahrin Ahmad

Colgate-Palmolive Malaysia, Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (MDA) dan Bahagian Kesihatan Pergigian dari Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini melancarkan Bulan Kesihatan Mulut 2018. Tema untuk Bulan Kesihatan Mulut pada tahun ini ialah “Get Mouth Fit” untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengambil berat tentang penjagaan mulut dan mengunjungi doktor pergigian secara berkala sebagai sebahagian daripada pendekatan keseluruhan kepada kesihatan fizikal dan kesejahteraan hidup.

Trend kecergasan diterima baik oleh rakyat Malaysia dan ini dapat dilihat melalui peningkatan dalam trend senaman berkumpulan, pelancongan untuk kesejahteraan, program-program kesihatan, serta pertambahan jumlah gimnasium 24 jam.

Namun, kaji selidik yang dijalankan oleh Colgate baru-baru ini mendapati bahawa walaupun rakyat Malaysia bersetuju bahawa kesihatan mulut mempengaruhi kesihatan mereka secara keseluruhannya, hampir separuh daripada semua responden tidak tahu cara-cara untuk mendapatkan kesihatan mulut yang baik. 1 Ini bermakna rakyat Malaysia mungkin tidak mengamalkan tabiat kebersihan yang betul seperti yang disarankan oleh doktor-doktor pergigian seperti memberus gigi dua kali sehari selama 2 minit, flos gigi dan membilas mulut dengan larutan pencuci mulut, dan menukar berus gigi setiap 3 bulan. Satu lagi langkah untuk memastikan kesihatan mulut ialah mengunjungi doktor pergigian secara berkala.

Walau bagaimanapun, menurut Kaji Selidik Kesihatan Pergigian Negara pada 2010, hanya 27.4% orang dewasa mengunjungi doktor pergigian dalam masa setahun sebelum itu. Kempen “Get Mouth Fit” Bulan Kesihatan Mulut Colgate 2018 ingin menangani isu ini sebagai salah satu daripada 4 langkah utama untuk “Get Mouth Fit”.

Kempen “Get Mouth Fit” Bulan Kesihatan Mulut Colgate 2018 telah mendapatkan khidmat pengacara TV, pelakon dan peminat kecergasan yang terkenal iaitu Fahrin Ahmad untuk menggalakkan orang ramai mengamalkan 4 langkah utama untuk Mengaktifkan Kesihatan Mulut. Fahrin akan berkongsi pelbagai tip untuk “Get Mouth Fit” bersama para peminat sepanjang bulan Mac ini.
Di majlis pelancaran Bulan Kesihatan Mulut 2018, En. Peter Torrington, Pengurus Besar Colgate-Palmolive Malaysia berkata, “Rakyat Malaysia mungkin semakin sihat dari segi fizikal, tetapi adakah mereka juga menjaga kesihatan mulut? Kami berharap kempen tahun ini akan menggalakkan rakyat Malaysia menilai semula pendekatan mereka dalam mencapai kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan yang lebih baik dalam usaha mencapai matlamat kami untuk mendorong Malaysia menjadi negara yang lebih sihat. Dengan adanya pelbagai aktiviti menarik yang telah dirancang pada bulan ini, kami berharap lebih ramai rakyat Malaysia akan menyertai pergerakan ini dan mendapatkan maklumat lanjut tentang cara-cara untuk “Mengaktifkan Kesihatan Mulut”.
“Pemeriksaan kesihatan pergigian secara berkala oleh doktor pergigian memberi jauh lebih banyak manfaat daripada sekadar membersihkan gigi dan memeriksa untuk kaviti. Impak penyakit-penyakit pergigian terhadap kualiti hidup sangat besar: bagi orang dewasa, ia boleh membawa kepada masalah malpemakanan dan pengasingan sosial dalam kes-kes yang paling teruk: dan bagi kanak-kanak, ia merupakan penyebab paling lazim bagi gangguan tidur berkaitan kesakitan dan pertumbuhan yang terbantut. Kesihatan mulut tidak seharusnya diasingkan daripada kesihatan keseluruhan,” kata Yang Berusaha Dr Nomah binti Taharim, Pengarah Bahagian Penjagaan Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia yang merasmikan majlis pelancaran tersebut.


“Kunjungan ke klinik pergigian memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan kesihatan mulut yang baik. Memandangkan keadaan pergigian seseorang itu berbeza mengikut tabiat pemakanan dan faktor-faktor gaya hidup yang lain, doktor pergigian akan dapat memberi nasihat untuk penjagaannya serta mengesan sebarang masalah yang tersembunyi. Jika anda belum berjumpa doktor pergigian sejak setahun lalu, rancanglah kunjungan anda secepat mungkin untuk mengetahui status kesihatan mulut anda,” kata Dr. Ng Woan Tyng, Presiden Persatuan Doktor Pergigian Malaysia.


Bulan Kesihatan Mulut 2018

Bulan Kesihatan Mulut Colgate 2018 yang kini dalam tahun ke-15 meneruskan usaha untuk meningkatkan status kesihatan dan kualiti hidup rakyat Malaysia secara keseluruhannya dengan meningkatkan akses kepada perkhidmatan pergigian, yang merangkumi pemeriksaan gigi percuma di 1109 klinik pergigian swasta yang mengambil bahagian di seluruh negara. Ini akan disokong oleh pameran bergerak “Aktifkan Kesihatan Mulut” Bulan Kesihatan Mulut Colgate 2018 di seluruh negara serta aktiviti-aktiviti di dalam kedai dan peraduan digital di halaman Facebook Colgate Malaysia untuk meningkatkan lagi penglibatan dengan rakyat Malaysia agar mereka mengingati 4 langkah utama untuk mengekalkan kesihatan mulut yang baik dan mendapatkan senyuman yang berseri.

Selain Bulan Kesihatan Mulut, Colgate juga telah menjalankan program Bright Smiles, Bright Futures® dengan usaha sama Kementerian Pendidikan di mana para jururawat dari Kementerian Kesihatan mengunjungi sekolah-sekolah rendah dan memberikan pendidikan mengenai penjagaan pergigian dan menanamkan tabiat pergigian yang baik dari kecil. Program ini telah dijalankan selama lebih 40 tahun.

Layari Halaman Facebook Colgate Malaysia di https://www.facebook.com/ColgateMY/ untuk maklumat lanjut mengenai pameran dan aktiviti di seluruh negara.

Kempen “Get Mouth Fit” Bulan Kesihatan Mulut Colgate 2018 Bersama Fahrin Ahmad Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 02, 2018 Rating: 5

2 comments:

  1. seronoknya dapat join event nih
    banyak input dapat

    ReplyDelete
  2. Hans-- sbnrnya join mcama ni selain dapat info baru..membiona networking jug ahehehe

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.