Hidangan Fusion Hebat Di Ezietech Cafe

Agak istimewa bila kita melangkah kaki di sini bukan sahaja boleh menikmati hidangan yang unik 'lain daripada kebiasaan' bahkan kita juga boleh mendapatkan aksesori untuk telefon bimbit seperti casing, power bank, wayar caj dan banyak lagi.

Restoran ini terletak di bandar Baru Nilai. Sederet dengan pelbagsi kedai makanan yang lain, antaranya seperti Restoran Dapur Ayah. Paling best kalau datang sini, kita tidak perlu risau tentang parking. Ini kerana terdapat banyak kemudahan parking disediakan disini.

Signature dish di ezietech cafe adalah roti john dan juga pencuci mulut iaitu cendol durian. Dan sekiranya kita hendak mencari durian yang segar dan lemak isinya, kita juga boleh mendapatkannya di sini ketana ianya juga dijual mengikut kilogram.

Antara hidanagn yang telah saya cuba disini dan sangat rekomen pada korang untuk merasainya sendiri adalah seperti:-

Riz Ultimate Burger

Uniknya burger yang ditawarkan di Ezietech Cafe ini menggunakan waffle sebagai roti. 'Patties' adalah 'homemade' memang tebal dan padat isi dagingnya. Apatah lagi dikombinasi bersama kentang goreng (fries), salad dan timun dan paling penting ada keju yang meleleh. 

Chicken & Cheese Crispy Burger | RM14

Menggunakan waffle sebagai roti, kelainan burger ini ianya menggunakan 'patties' ayam dan juga keju. Tapi saya sangat sukan sos blackpepper yang datang sekali bersama set burger ini.

American Classic Cheese Burger | RM15

Set burger yang didatangkan sekali bersama telur mata.

Keistimewaan burger di sini ialah 'patties' yang merupakan hasil air tangan chef cafe sendiri. Dan untuk roti burger digantikan dengan waffle.

Spaghetti Udang Galah | RM12

Antara hidangan feveret saya di sini. Rencah spaghetti yang agak pedas tetapi sesuai dengan tekak masyarakat Malaysia. Dinikmati bersama udang galah yang agak tebal isinya.


Untuk hidangan nasi ada 2 jenis pilihan. Keduanya sedap dan berbaloi dengan harga yang ditawarkan.
Riz Chicken Chop Rice | RM9.90

Riz Chicken Grill Rice | RM9.90

Roti John | RM10

Saiz roti john ini memang besar. Saya anggarkan sehingga 6 orang boleh menikmatinya. Padat dengan isi daging dan keju. Sos biru itu merupakan mayonis.

Meatball | RM15

Anak-anak pasti menyukai hidangan ini. Tedapat 5 meatball bersaiz agak besar juga didatangkan bersama blackpepper sos dan juga mayonis.

Cheezy Wedges | RM6

Lambakan sos keju yang sangat mewah dalam satu pinggan wedges.

Ezietech Cafe sebenarnya sangat popular dengan hidangan pencuci mulut yang menggunakan durian sebagai salah satu ramuan utamanya. Paling penting pencuci mulut yang mempunyai durian ini akan sentiasa ada stoknya dan tidak akan ditawarkan mengikut musim.
Duren Bar Special Menu

Bagi hantu durian mereka harus mencubanya semua. Saya sendiri sangat teruja menikmati pencuci mulut yang mempunyai durian didalamnya. Antara yang ditawarkan didalam seleksi Duren Bar seperti:-

Duren Bar Bubble | RM6

Duren Bar Aiskrim | RM8

Duren Bar Original | RM6

Duren Bar Oreo | RM8

Riz Cendol

Bagi yang tidak gemarkan durian, korang boleh cuba seleksi Riz Cendol seperti:-

Cendol Bubble | RM6

Cendol Aiskrim | RM10

Cendol Mangga | RM8

Cendol Nata D'coco | RM10

Semuanya sedap. Serius korang kena cuba ke semuanya sekali.

Selain daripada meja makan biasa, Ezietech Cafe juga menyediakan tempat menikmati hidangan di meja yang menyediakan tempat caj telefon. Mudah bukan? Sambil kita caj telefon kita juga boleh menikmati hidangan yang dipesan.

Jika dilihat didalam Ezietech Cafe begitu banyak menawarkan aksesori telefon seperti casing, power bank, wayar caj, selfie stick dan banyak lagi. Paling penting harga yang ditawarkan sangat berpatutan dan begitu banyak pilihan yang ditawarkan. 

Sambil korang mencari aksesori telefon disini jangan lupa untuk merasai sendiri hidangan fusion yang hebat dan enak dari Ezietech Cafe Nilai tau :-)

Sila 'follow' IG dan FB Ezietech Cafe untuk mengetahui promosi terbaru:-

IG: 

FB: 


xoxo;

Comments

Wow 1st time dengar ada cafe yang 2 dalam 1. Boleh makan dan beli casing dll. Menu dia pula unik2. Burger tu comel. Roti john nampak sedapppppp
amirnawawi said…
Ya Allah, semua nampak menggiurkan kak.

Teringin nak cuba cendol durian tu. Saya dahla peminat durian.

Harga pun not bad. Memang affordable.
Mimi Azirah said…
Harga not bad. Presentation pun nampak colourful dan menarik.tak juah mana dari rumah nanti nak cuba jugalah.burger tuh nampak istimewa sangat
Nina Mirza said…
Adudhduhhhh... kejam sungguh ..!! Semua nampak sedap, menarik pastu harga lak sangat berpatutan. Nasib baik jauh kalau tak sat lagi dah sampai. Save bookmark for this weekend tuk di terjah. Hehe
Cerita Huda said…
unik sangat tengok semua menu especially burger waffle, sos biru tu nampak pelik mula-mula, tapi sebenarnya mayonaise jer rupe yer. ingatkan apa yang kaler biru tu. nak try singgah sini la boleh shopping accesories phone sekali
Amanda Suria said…
Terseksa jiwa dan raga dan hati kecik SA masuk sini..semua makanan sedap2 belaka ni...menggoda kalbu..terus rasa lapar..
Bro Framestone said…
Cendol dia mengancam la... belum lagi menu-menu dia yang lain.... Lama x jejak Nilai
Khai Artzfar said…
omggg semua nampak sedap! kalau shah alam ni dah lama pergi
Zharif Azis said…
Alamakkk kenapa semua makanan nampak menggiurkan nie. Unik lah bun burger dia. Menggunakan waffle. Nak cuba lah !
comelnya burger-burger tu guna waffle merah hehe. nampak sedap semua makanan di sini. fuhhh tahan lapar je la ni.. kemudahan seperti tempat untuk charge telefon tu yang buat pelanggan lagi tertarik

www.maisarahsidi.com
Maha Mahu said…
Cendol tu memang menggiurkan lah bestnya banyak pilihan lak tu paling best mestilah yang ada durian nak datang walaupun jauh sikit hehehe...
cik tom said…
uniknya burger waffle kolor merah..hihi..ciktom terliur cendol aiskrim tu..nmpk sedap!harga pun berpatutan..kalau dekat confirm pergi terjah ni..
dr-Life said…
Frankly speaking.. the durian tempted me the most... Hahaha... I want to eat that la.... Time to visit the outlet
Emily said…
So attracted to the colourful Western fusion menu. Aih, when will I have the chance to visit Nilai? If I'm there, will surely drop by!
Mrs Liez said…
lain dari yang lain burger dia...servedgn wafer bewarna lagi..tgk chicken chop dengan roti john tu sedap je.. utama yang ada durian tu.... waaaaa meleleh ayaq liuqqq
Lia Hasty said…
Burger dia menariknya sumpah lain dari yang lain. Siap ada jual aksesori handphone lagi. Dessert pun sedapnya.

www.liahastu.com
Mawardi Yunus said…
Pergh menarik betol lah restoran ni. Banyaknya makanan rare. Kalau ke Nilai memang nak kena singgah ni.
Mek Onie said…
Assalamualaikum, Ya Ampun apa menggoda tengok entri kak ayu ni,huwarrrrrrrrrr.....grill chicken tu murahhhhh! ultimate burger ya rabbi.... Tinggi dan menggoda yang amat kak! Kalau la badan ni boleh terbang ke sana, sekarang jugak rasa nak terbang p makan sana kak :D
kita rasa nak nangis tengok burger patties tu. kita lapar kak ayu~ nnt pi nilai nak pi sini.
Shasratul said…
Duriannnnn 😍😍😍 harga ok. Nak pergi la. Kena set time ni.

Popular Posts