Restoran Just Seafood Menawarkan Pelbagai Pilihan Hidangan Shell-Out Yang Ohsem


Restoran Just Seafood Menawarkan Pelbagai Pilihan Hidangan Shell-Out Yang Ohsem | Just Seafood sememangnya cukup popular dikalangan masyarakat Lembah Klang tentang kehebatannya dalam menyediakan pelbagai jenis hidangan shell out. Terletak di dalam Sunway Giza Mall Kota Damasara, lokasi yang cukup strategik untuk mereka yang datang samada sendirian ataupun berteman mahupun berkeluarga. Ini kerana terdapatnya kemudahan letak kereta di bahagian premis mall tersebut. 

Tarikan utama dalam hidangan yang ditawarkan di sini bukan hanya disebabkan pelbagai pilihan jenis masakan semata bahkan hidupan laut segar (seafood) yang dihidangkan tidak pernah mengecewakan. Antaranya seperti ketam, udang, sotong, lala, kepah, kupang dan pelbagai lagi.

Terdapat 3 jenis masakan makanan laut yang sering mendapat perhatian dan pujian pelanggan tetapnya iaitu masakan stail cajun, susu mentega (buttermilk) dan krim kacang istimewa. Dan yang terkini terdapat 2 jenis masakan yang diperkenalkan di Restoran Just Seafood iaitu Nasi Lemak Cajun dan Creamy Durian Special.

Namun kedatangan saya dan keluarga ke Restoran Just Seafood baru-baru ini telah mencuba 3 menu hebat yang memang sangat rekomen oleh peminat seaffod yang pernah menikmati hidangan di sini - Nasi Lemak Cajun, Golden Salted Egg dan Original Louisiana Cajun.

Original Louisiana Cajun - Saya bagi 👍👍👍👍👍👍👍👍👍 . Sedap giler! Paling best sebab hidangan ini menggunakan semua hidupan laut (seafood) yang benar-benar segar dan besar. Saiz L ke atas semuanya. Dikatakan ianya adalah inspirasi masakan gaya Vietnam.

Hidangan ini pula kesukaan suami. Menurut suami, gabungan rasa peda sambal nasi lemak memang mantap- cukup rasa dan kepekatannya. Di gabung pula dengan hidupan laut segar bugar. Sinonim dengan persembahan nasi lemak diatas hidangan ini telah ditaburkan dengan kacang tanah dan ikan bilis yang digoreng ranggup. Dan pastinya menikmati dengan nasi lemak memang padu rasanya. Cenggini rasanya 👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌

Ini pula gaya masakan Golden Salted Egg. Untuk anak-anak memang mereka sukakan gaya masakan seperti ini 💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓. Terasa lemak-lemak manis dan masin cukup sesuai bagi mereka yang tidak sukakan rasa pedas.

Selain adanya pilihan nasi putih dan nasi lemak untuk dinikmati bersama hidangan shell-out. Kita juga boleh mencuba menikmatinya bersama Deep Fried Man Tou. Paling best kalau nikmati Man Tau ini bersama dengan hidangan Golden Salted Egg. Memang confirm susah nak  berhenti makan, hakhak. Sedap oii!

Bayangkan kalau dapat makan beramai-ramai bersama rakan dan keluarga di sini. Mesti bertambah meriah.

Seronoknya apabila menikmati hidangan di sini, kita boleh bebas menikmatinya tanpa rasa terbatas kerana perlu menikmatinya atas pinggan. Kita punyai pilihan untuk menikmatinya secara terus dari meja santapan. Suasana yang cukup membahagiakan sukar digambarkan.

Licin. Nasib baik kulit kupang tu tak ditelannya sekalikan. Bukti betapa enaknya hidangan yang ditawarkan di Restoran Just Seafood :-)

Antara peminat hidupan laut yang agak ekstrem. Yana, Afiq dan Akid memang teruja apabila berpeluang merasai sendiri hidangan enak dari Just Seafood. Menurut mereka gabungan rasa pedas yang tidak keterlaluan (just nice) serta percikan rasa sour untuk hidangan Original Louisiana Cajun benar-benar memikat. Digabungkan pula dengan Golden Salted Egg yang mempunyai rasa lemak-lemak manis dan juga Nasi lemak Cajun yang mempertaruhkan rasa sambal ikan bilis memang terbaik. Btw berapa kali entah anak-anak ini repeat nasi dan Man Tau.

Antara penulisan daripada pengamal media yang lain, digantung sempurna sebagai kenang-kenangan dan penghargaan kepada penulis yang pernah membuat review di Restoran Just Seafood satu masa dulu.

Terdapat beberapa arca yang dijadikan dekorasi hiasan dalaman turut menarik minat pelanggan untuk bergambar.

Suasana restoran agak luas, boleh memuatkan sehingga 80 orang untuk kegunaan sepenuhnya ruang  bawah. Terutama jika kita datang ramai, bolehlah membuat tempahan terus daripada pihak restoran.

Di bahagian ruang atas akan dibuka sekiranya ruang makan di bahagian bawah sudah penuh atau dari permintaan pelanggan itu sendiri . Dan untuk ruang makan di atas agak lebih esklusif dan privasi.

Kemas dan cantik susunan meja di sini bukan. Walaupun dekorasi dalamannya 'simple' tetapi bagi saya ianya tetap kelihatan menarik.

Antara sudut diatas yang menarik perhatian saya. Cukup kemas pemandangan dengan hiasan dinding yang tersusun cantik.

Saya bersama pemilik Restoran Just Seafood iaitu Mr Terence Ham. Saya kagum dengan Mr Terence yang begitu komited dan bersungguh-sungguh memastikan setiap pengunjung dapat menikmati hidangan yang ditawarkan mengikut selera mereka. Selain itu kualiti hidupan segar yang terbaik sememangnya sentiasa dijadikan faktor utama bagi memastikan hidangan yang dihasilkan begitu sempurna. Nah! Tidak hairanlah Restoran Just Seafood ini bukan sahaja dikunjungi masyarakat tempatan bahkan ada dikalangan pelanggannya juga datangnya dari luar negara.

Jadi kalau korang nak cuba sendiri bolehlah terjah di lokasi:

Just Seafood
A-9-G, Sunway Giza Mall, 
Jalan PJU 5/14, 
Dataran Sunway, 
Kota Damansara, 
Petaling Jaya, Selangor.


Waktu operasi: 12PM-10.30PM setiap hari
Tel: 012-229 0855 / 03-6144 6366 (RSVP)

Nak datang naik MRT pun boleh ya. Berhenti di stesen Surian. Jalan kaki sahaja ke Sunway Giza sebab ianya begitu dekat dengan stesen MRT. Nak lagi senang naik servis GRAB car. Tidakpun datang terus dengan kenderaan sendiri :-)

Comments

Zharif Azis said…
Wahhhh seronoknya kalau makan ramai-ramai di sJust Seafood nie yer. Mesti meriah. Pelbagai makanan laut terhidang pulak tu. Saiz pon bukan calang-calang. Nak jugakkk !
Emarieys said…
Ya ampun, datang sini tengok makanan..terus bunyi perut ku. Harap dapat bertahan sehingga waktu maghrib nanti. Seronok juga makan gaya shell out...dapat erat silaturahim.
Ana Suhana said…
Sedapnya semua menu yang dihidang. Saiz seafood besar2 pula tu. Ana paling tertarik dekat golden salted egg tu. Sedapnya.
Iris Myra said…
Sedapnyee shellout.. Iris mmg suka shellout boleh la ltak dalam list tempat ni. Tq for sharing
Alahaiii... Dari tadi dok baca pasal makan je ni. Menjejes ailio dibuatnya. Seafood apatah lagi. My feveret. Pernah makan dekat just seafood. Memang terbaik sebab sedap.
Syafiera Yamin said…
dia buat style shell out dah,, dulu kami makan yang ketam gergasi kat sini ngan oyster memang gila fresh lah sedap sangat kualiti pun jaga sangat..
adianiez AIDA said…
mudah dah skang ni nak ke damansara dgn wujud nyer mrt kan.
shell out !!! lama dah aida tak bershell out.
sebab laki bini elergi dgn seafood. itu yg jarang gi.
sebab kalu gi, abis semeja seafood tu kami anak-beranak bedal.
then, 3- 4 hari laki bini demam :) ha ha ha
Ni Shell Out la ni. Makan pula dengan nasi lemak. Nyumsss....I memang suka makanan laut ni. Seleksi makanan laut pun kemain banyak. Nak nak makan dengan yang tersayang pulak. Memang bertambah best.
Seronoknya dpt makan ramai2... meriah sungguh! Inilah masa famili bonding bersama kan.
Mrs Puex said…
memang sedap sampai melekat bau bebahan rempah tu kat tangan..hahaha..

eksaited lebih sbb terinterprem kt blog kak ayu..yeayy!!

jom repeat lgi jom!
Jane Chua said…
My children likes the salted egg too. Next round, will bring my husband there to try it out.
Amanda Suria said…
Ya ampunnnnn...menyesalnya x pergi ari tu...nasib baik la ada hal siang tu kan...next time nak datang sini la...
Seronoknya dapat makan ramai-ramai. Sedap ye Seafood Cajun tu Kak Ayu? Nanti kami pun nak try la. Terliur dah ni.
JMR said…
Walaweyyy sedapnya nengok gambar ni kak. Pernah gak makan di Just Food..tp shell out biasa je. Teringin nak makan nasi lemak cajun tu
Mimi Azirah said…
Sedapnya kak...ramai ramai shell ou mcm nih memg best. Tengok gambar je dah terliur kak. Nampak sedap dan masing masing makan tak pandang kiri kanan
Mek Onie said…
Dekorasi kedai dia cantik dan kemas. Besar pun iye. Onie kalau area rumah ni ada satu jugak tempat makan lauk cecampak. Memang sedap masakan dia . nanti la nak try makan kat sini lak..
Hanny Abdullah said…
Aduhaiiii...untungnya lahai dapat makan shell out ni. Nampak sedap sis tengok, bila lah ada org nak belanja sis makan kat sini
Spaciousnya ruang kedai ni..
Memang sesuai la makan beramai2 bershell out ni kan...
Tengah telan ailio tengok malam2 ni
Shell out memang best. Cuma ruby tak makan pelbagai seafood. Kena ajak akak la makan sekali. Ruby nak lala aje. Hahahaha. Jom kak kita pi lagi.
Bro Framestone said…
Sedap sangat, tak pernah rasa nasi lemak bersama seafood macam tue.. Rasa macam nak repeat lagi je

Popular Posts