Bila Diri Diduga Dek Keretaku Menjadi Punca Kesesakan Jalan Raya..

Lokasi Kejadian: Jalan Dato Abu Bakar
Waktu Kejadian: Jumaat (7.1.2011) / 3:45pm
Mangsa Kejadian: Saya dan suami (secara tidak sengaja) keh keh

Hari ini saya ada meeting yang memakan masa yang agak panjang dan pada yang sama telah berjanji dengan pihak Unicham (Mamypoko) untuk mengambil cek. Selepas meeting saya bergegas keluar dari ofis dan tiba di jalan utama Dato Abu Bakar seksyen 16 yang sekian maklum sentiasa sibuk dengan kereta... tiba-tiba... KERETA SAYA MATI! Paling sadis saya mencuba berkali-kali untuk hidupkannya tetapi tidak berjaya... sob sob... saya tidaklah panik walaupun kredit hp ada kurang dalam RM10. Cam biasa saya akan buat miss call kat telefon Encik Hubby. Dan Encik hubby wajiblah menelefon saya balik dan saya buatlah laporan penuh situasi kejadian yang mana "KERETA SAYA MATI DEKAT DENGAN LAMPU ISYARAT DI LALUAN KANAN (FAST LANE)". Encik Hubby pulak dari kilangnya yang terletak di Kuala Selangor dan otw ke ofis kat Jalan Klang Lama terus sahaja beliau straight ke tempat saya yang sedang bertapa dengan kereta yang mengada mati secara tetiba. HuHuHu.
Siyes, sepanjang 30 minit saya duk dalam kereta di laluan paling kanan (yang sepatutnya untuk lorong laju) dan kereta berpusu-pusu namun takde sorang pun pengguna jalan raya yang bertanya khabar berita. Mungkin kerana muka saya yang cool dalam kereta dan kirapun saya bersangka baik mungkin semua pengguna jalan raya ketika itu semua dalam tergesa-gesa. Dalam waktu itu saya terus teringat arwah Asmady (rakan ofis saya yang sudah tiada). Kalaulah arwah masih ada beliaulah orang kedua yang saya akan hubungi selepas suami saya. Hmmmm.
Saya sendiri rasa takut-takut meminta bantuan kat luar, sehinggalah 2 orang mamat (india dan melayu) menaiki motor dan berhenti di depan kereta saya. Gabra gak saya masa tu. Dalam hati amik jerlah apa-apapun tapi jangan amik IC dan buku ASB (belum sempat gi update lagi ngeh). Mamat india terus ketuk tingkap kereta saya dan arahkan saya control stereng, dia dan mamat melayu akan tolak kereta saya ke tepi. Huh memang saya tarik lafaz lega, ada gak insan yang prihatin tentang seorang wanita yang keretanya tiba-tiba mati di tengah jalan dan sekaligus menjadi punca kesesakan jalan raya yang teruk .
Encik Hubby sampai tidak lama selepas itu. Mula2 check enjin. Start2 beberapa kali confirm bukan sebab bateri atau spark plug. Nasib Encik Hubbyku terror pasal kereta. Dan seperti yang telah dijangkakan oleh Encik Hubby yang sememangnya dah standby belikan petrol kereta RM5~ Minyak kereta abis daa!!!... Siyes meter minyak jauh lagi dari itu huruf "E". Saya salahkan jenama kereta dan meter minyak yang rosak secara tiba-tiba... Hahaha... Cam biasa, Encik Hubby mesti membebel kat saya.."Awak ni nak suruh saya ingatkan selalu..hari ni jangan lupa isi minyak amik resit. Bila tak suruh tak isilah pulak. Dah jadi macam ni saper yang susah?"... Memangpun, selalunya saya akan isi minyak bila Encik Hubby suruh :p Pada muka saya kan... Hoho... Isi RM5 tak cukup, sebab 'level' jalan yang naik bukit so Encik Hubby kena cari stesen minyak tambah lagi RM5... Selesai semuanya boleh start kereta terus Encik Hubby suh saya pergi stesen minyak dan dia follow dari belakang. Dan Encik Hubby yang gi masuk dalam stesen dan bayar segalanya. Manja sungguh saya erkkk...
Kegigihan seorang suami membantu menyelamatkan kereta isterinya yang sedang nazak kerana kekeringan minyak petrol. Dan tidak lama selepas itu Nurul Mamypoko call bertanyakan mengenai janji yang telah dimeterai... cehh... terus ku heret lakiku untuk menuntut cek dan kereta saya ditinggalkan sementara di depan stesen minyak. Boleh gitu, gigih sungguhlah..
Hanya kerana cek RM500 dan pampers Mamypoko percuma..
Saya gumbira walaupun diduga..
Dan ingatlah jangan percaya pada meter minyak kereta..
Kerana adakalanya bacaan itu semuanya dusta..
Isilah minyak sentiasa jangan berkira..
Walaupun RON 97 naik secara tiba-tiba...

p/s: Thanks pada mamat 2 orang yang baik hati dan muahhh to my laki :)

Bila Diri Diduga Dek Keretaku Menjadi Punca Kesesakan Jalan Raya.. Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 07, 2011 Rating: 5

12 comments:

  1. dugaan sungguh tu..me jenis yg isi minya full tank --heheh

    besh rm500 tu!!

    ReplyDelete
  2. owh k.ayu ini under contest pa&ma tu ke? kan ke kita dah dpt ceknya hari yg berkenaan. klu bkn mntk mahap le k.ayu. xmalu bertanya xsesat jlnku. tiba2 wan jadi skema hahah...

    sian k.ayu 30minit tu bkn sekejap. kalau wan sabar pergi laut dah jadinya huhuhu...

    ReplyDelete
  3. suzz- i pulak jenis ikut suka hati bila nak isi minyak..ngeh ngeh

    wan- a'ah hari tu cek salah tulis nama ayah...la ni baru dapat balik :)..30minmenunggu...habis membuang masa dekminyak abis lebih dari 1 jam...huhu

    ReplyDelete
  4. i gelabah kalau minyak nak sikit. Terus isi. i tak suka jalan kalau minyak sikit....

    ReplyDelete
  5. ezz- i pun jenis gitew..tapi duk relax sebab meter minyak jauh dari E

    ReplyDelete
  6. kenapa isi minyak kena mmik resit?? takut lupa tarikh terakhir isi sbb meter tue rosak ke??

    ReplyDelete
  7. hehehe... tu belum cerita overheat-kan keta mak sendiri sbb tak tgk meter suhu enjin.. ;p

    ReplyDelete
  8. huih... panjangnyer perjalanan nak amik MamyPoko tu yer..

    ReplyDelete
  9. dedet- shhhhhhhhhhhh

    amira- dugaan...dugaan...

    ReplyDelete
  10. ooohh... wan ingt ada lg cek tambahan cash rm500... klu betul tu soheh joget gaban dah wan ni! ahhaahha

    ReplyDelete
  11. mmg panik ler kalo tiba2 kete mati tgh jln lps tu kt fast lane plak tu..huhuhuhu...nasibaik ayu cool...kena check timing part minyak tu...hehehehe..nasibaik dpt cek rm500 tu berbaloi gk kot2 kalo ada apa yg rosak kt kete...ehhehe

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.