Meh Sekodeng Kelip-kelip di Kampung Kuantan :)

Cuti CNY, kitaorang anak-beranak gi jengjalan. Ni luar dari planning asal, ngeh :p. Secara drastik bangun tidur hari Jumaat packing baju, gi atm kuarkan duit terus keluar dari bumi KL. Dari nak ke utara patah balik, pusing-pusing, last-last malam sampai kat Kuala Selangor. Hebatkan perjalanan tanpa dirancang? Bertambah hebat lagi takde GPS. Memanjang makan buah langsat kelat. Huhuhu.

Yang besh part merasa gak tengok kelip-kelip di waktu malam di Kampung Kuantan di Kuala Selangor. Pengalaman baru buat anak-anak bersampan di waktu malam. Oh ya, satu sampan RM40 dan dapat 4 botol air mineral free. Biasanya 1 sampan untuk 4 orang dewasa, ataupun 2 dewasa 2 kanak-kanak dan sewaktu ngannya.
Bukan main syok Anaqi landing kat dalam sampan itu. Yana cam biasa bergambar gediks.
Anaqi berjaya menangkap 3 kelip-kelip. See kelip-kelip dilepaskan Anaqi terbang kat area hidungnya kat pic di atas. Dan memang cantik melihat kelip-kelip bersinaran di waktu malam. Yana lak dapat tangkap 1 ajer. Itupun berusaha secara gigih menangkapnya tanpa rasa buhsan.
Kamera saya capture kelip-kelip cam tak nampak apa-apa. Ceh. Tapi memang kelip-kelip kat kawasan tu cantik sangat. Nampak bintik-bintik cahaya putih kebiruan dalam kegelapan malam. Uol nampak tak kelip di daun-daun hijau disitu? Hahahah. Nampak kan kan kan...
Ni time Anaqi bermain ngan kelip2. Bersungguhlah katup ngan tangan, Jangan mati sudoh kelip-kelip tu, dahlah spesis ni makin berkurang.
Takut atau mengantuk? ? ? Dah kul 10 malam, tapi rasanya bukan time tidur Afiq lagi ni.
Kelip-kelip lagi. Cuba cari sampai dapat. Tugasan meneliti gambar sambil membaca blog ni wokeh. :)
4 kanak-kanak bersama Dedet. Bermudik didalam sampan a.k.a perahu mencari kelip-kelip hari Jumaat malam Sabtu.
Sampai jer kat jeti terus keempat-empat anak ini berlari kat saya yang sedia menanti bersama Amani di dermaga. Saya dan Amani duk layan kupu-kupu tiruan yang dijual berhampiran ngan jeti situ. Tak belipun, tumpang main jer. Nasib baik tauke tak bising sebab Amani suka buat muka simpati nak minta main free kupu-kupu RM3. Hihi :)

Meh Sekodeng Kelip-kelip di Kampung Kuantan :) Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on February 05, 2011 Rating: 5

8 comments:

  1. sgt besh aktiviti ni
    me masa kecik2 sempat tau tangkap kelip2--dgn adik2 me, siap letak dlm botol lg :)

    ReplyDelete
  2. :) :) :)
    tak pernah gi, walau aku duduk ks dekat 7 tahun..
    terbaeekkk!!!!

    singgah dari mknace unlimited

    ReplyDelete
  3. macam mencabar jer.... naik sampan.. one day kena pergi

    ReplyDelete
  4. satu je i tertanya tanya...ada Incik B ke kat sungai tu??? Dah pernah pergi jugak....

    ReplyDelete
  5. wow.. bestnya, kalau bawa anak tentu dorang sonok

    ReplyDelete
  6. wahh,adventure btollah..dulu kelip2 slalu ader kt umah nenek saya,mak kitorg nk pakse tdo die kate tu kuku cine mati,hahahhaa

    ReplyDelete
  7. buaya dalam sungai rasanya takde... kalau adapun yg dalam perahu/sampan hehehe

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.