Yuna ~ Secret Concert!

And it's secret!!!
Alehai..
Saya menang 2 tix untuk menyaksikan persembahan Yuna di White Box Maps KL Solaris Dutamas. Opssss ini bukan kelab ya tapi lebih kepada studio tertutup yang banyak giler hasil seni lukisan yang menarik dan cantek2.
My partner saper lagi kalau tidak ~ My Yana.
Registration counter. Ohhh saya baru tahu ianya tertutup dan ditonton oleh pemenang2 sahaja samada dari Digi ataupun Astro Hitz.
Pas masuk....
Apa saya peratikan rata2 yang datang kebanyakan semuanya bertudung dan sangat stylo cam Yuna, hokeh! Mak ajer yang ketinggalan. Hik Hik.
Persembahan sangat santai sebab ada kerusi untuk duduk dan disediakan air (kalau ler dahaga boleh minum free)
Comey kan Yuna time ni :)
Yuna memang seorang yang sangat coool. Tak perlu jerit2 pun masa lontar suara untuk bernyanyi.
sebelah Yuna tu Paan (bestfren Yuna). Paan cam ramai giler peminat dier.
Yuna tengah carik feel..hahaha. Tapi lagu terbaru die sedap la...
Suke. Tapi ai bukannya jenis minat gegiler pun penyanyi dan pelakon. Setakat mengikuti perkembangan itu ajer. Nak kata tahu semua lagu Yuna, tak delah jugak ai tahu 2 lagu die jer. Tapi ai sangat suka dengan personaliti die (apa yang ai nampaklah)~YUNA seorang yang sangat COOL dan melodi lagu serta nyanyiannya sangat UNIK.

Tapi ai dan Yana lagi excited tengok lukisan2 kat White Box...Siyes cantek2 tapi takdelah mak jakun nak amik gambo semua buat penuh memory card ajo.
toilet die tak de papan nama yek...lawak jer tapi gambo pompuan sexy 18 sx ni hah! adoihai
antara lukisan yang mencurik pandang. Ada satu lukisan Michael Jackson sangat menarik tapi ramai lak yang berebut amik gambar kat situ. So tidaklah saya dan ngan Yana menyempat mengambil gambar bersama bayangan Michael Jackson.
Banyak gak hasil kreatif di sini dan ini adalah salah satunya.
Overall OKlah cuma mungkin saya lebih tertarik dengan lukisan serta hasil karya yang ada banyak kat situ. Sayakan jiwanya berseni gitew. Show Yuna tak boring dan sangat santai.

Besh part saya dapat kuar bersama Yana "Mother and daughter day out!". Yang buat saya terharu Yana beria ajak saya singgah kedailah, ajak pergi makanlah. Saya heran jugaklah..rupa2nya Yana nak belikan saya sesuatu dan nak belanja makan sempena Hari Ibu bulan ini. Siap bawak duit dalam handbag kecik dier lagi. Cam sedey dan terharu gak saya. Mana taknya duit dalam handbag penuh dengan duit RM1 (hasil dia simpan duit belanja sekolah).
Tapi last2 saya yang beria ajak dier balik sebab mengenangkan adik beradik kat umah bersama Mak Sha. Dan pada Yana janji akan bawa dia kuar lagi dan tunaikan apa yang die hajatkan, "Belanja makan dan nak belikan saya hadiah". Tapi siyeslah dalam hati saya tak perlukan semua itu cuma dah itu permintaan anak kan. Cam teremosi lak.
p/s: Really love my kids :).
p/s/s: Thanks to Astro Hitz :) for the Yuna Concert Tixs
Yuna ~ Secret Concert! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 02, 2011 Rating: 5

10 comments:

  1. sweetnya yana nak belanja mamanya tu ;)

    ReplyDelete
  2. best nye madam dapat jumpa yuna..dapat jumpa yana gak..haha nama dekat2 same dah..lawa tempat tu

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. suzz- byk duit RM 1 dier tapi tak tahulah jumpah dier berapa :)

    ezay- jumpa jer tapi tak tegur hahahah...yuna-yana-yuni

    ReplyDelete
  5. waaa rezeki dpt tix free..hehe..suka jgk yuna..respect ngn dia..sbb dia bkn penyanyi yg low class..educated pnya artist la..ni la baru cth yg baik kan..

    ReplyDelete
  6. tgk yuna pki camtu mcm african ladies plak,hik3..alahai touchingnye yana..tibe2 saye sedey,sedangkan tgk maryam sengih amik hati pon dah tersentuh,blm pandai banjer mamanye makan lagi ;p

    ReplyDelete
  7. suzie- n ai rasa yuan pun cam pompuan melayu malu2 :)

    yatie- :) beshhh yatie

    zeti- nanti bila Maryam dah besar mesti akan buat yang terbaik utk mak dier...masa kecik pun dah menggembirakan hati ibu :)

    ReplyDelete
  8. tak sabar tgu amana cakap "mama , selamat hari ibu"

    ReplyDelete
  9. apesal anak2 saya tak kecoh nak belanja saya lak? (pilih kasih tol)

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.