X-Plorasi Gua Tempurung Bersama Keluarga | Aktiviti Cuti Raya :p

Kami tersesat ke sini hik hik :P
Gara-gara lepas makan mee rebus sebaik saja masuk highway, Afiq menangis tak tahan nak membuang~sakit perut sesangat. Kebetulan jalan jammed so nampak jer exit keluar highway terus Encik Hubby belok masuk. Setelah Afiq selesai menunaikan hajat kami teruskan perjalanan dengan menggunakan jalan lama untuk balik KL.

Dan ternampaklah signboard ke Gua Tempurung, terus masuk & jumpa batu penanda "Selamat Datang Ke Gua Tempurung". Apa lagi terus kami anak beranak pakat terjah itu guaaaaa...
Tapi tak sangka lak...
****
***
**
**
**
*
*
*
*
*
*
*
*
Gua Tempuung camni jer ghupe die... Ahaks...
Itu hanyalah binaan "landmark" di pintu masuk. Jangan terkezut...
Cikedaut pakej dan bayaran yang dikenakan kepada pelawat2 yang berminat untuk memasuki Gua Tempurung ni. Kebetulan masa kita owang sampai still bukak lagi (walaupun baru lepas hujan) tapi dah kiranya kumpulan terakhir melawat ler untuk ari tu :)Cam seram jer nak masuk dalam gua ni... Tiba2 teringat movie "Jangan pandang belakang congkak". Rasanya shooting filem tu kat Gua Kelam...
Saya, Yana dan Afiq antara orang yang duk belakang sekali. Manakala Akid dan Anaqi bukan main laju die berjalan ke hadapan. Kejap jer dah ilang.Antara batu-batu semulajadi yang terdapat dalam gua...
Unik dan menyeramkan jugaklah. Ada batu kat situ rupa cam Osama Laden (lelaki berjanggut panjang & berserban), mata satu yang besar, obor-obor, yg cam tirai langsir, dua muka dan macam2 lagi. Yang terjulur cam kaki Monalisa pun ada :pKena panjat tinggi, siyes saya gayat time ni. Rasa nak nanges dan bersungguh nak turun balik tapi My Hubby sudah bebel impak maksima nyer style "Ngalahkan budak kecik, penakut betul"... Uiksss gigih gak panjat, dengan kaki menggigil.
Ada setengah batu kat sini kita tak boleh pegang. Alasannya tangan manusia boleh menyebabkan tindak balas kimia yang boleh mengakibatkan ketahanan struktur batu di situ menjadi lemah.
Ni lorong keluar rahsia yang mana akan menembusi sungai Siput... Laluan utama komunis melarikan diri dari askar Inggeris...
Amboi Anaqi, kat dalam gua siap boleh posing2 lagi...

Meh layan beberapa gambar dalam gua yang sempat diambil oleh My Incik Hubby...
Puteri Gua Tempurung Kelapa... Hahaha... Posing gedix
Ni port meeting komunis. Masa ni antara komunis yang pamos Rashid Maidin (yang memegang jawatan Setiausaha Parti Komunis Malaya) ~ so kawasan ini dikatakan tempat perjumpaan dan perbincangan antara ahli2 komunis ketika itu. Mengejutkan juga ketua komunis kat gua ni ialah seorang wanita (lupa dah nama).
Akid dengan gaya peace di dalam gua tempurung...
Vandalisme juga berlaku dalam gua. Menurut penjaga gua a.k.a pemandu pelancong a.k.a ranjer kegiatan vandalis ini dilakukan oleh budak-budak universiti yang datang melawat. Loh takde kesedaran sivik ngko!
Aliran air sungai yang melalui gua tersebut... Musim tengkujuh gua ini merupakan tempat laluan air sungai yang melimpah dan ianya akan kelihatan seperti kawasan air terjun tertutup yang cantik.
Pengalaman baru buat my kids mengeksplorasi gua. Tu pun excited ajak Dedet die pergi lawat gua-gua lain di Malaysia. Huhu. Yang biasa kita lalu dan masuk setiap kali raya ialah "Gua Musang" ajor :p
Masa untuk balik KL yeay...
So orang KL udah sampai ini gua... Orang Ipoh seperti Ezna dan Cacah, udah sampai belum? Hehehehe...

X-Plorasi Gua Tempurung Bersama Keluarga | Aktiviti Cuti Raya :p Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 06, 2011 Rating: 5

6 comments:

  1. suzz- sekali-sekala beraya di gua sonok gak hehehehe

    ReplyDelete
  2. i takut la you...i bukan adventerous...i pun gayat...i takut tinggi...hihihihi

    ReplyDelete
  3. ezz- i berair tau mata memanjat tinggi...my kids lagi boleh melompat sambil memanjat..termasuklah amani ada hati nak naik tangga berlubang tu sendiri...kus semangat

    ReplyDelete
  4. org ipoh nih blom lagi.. ha ha ha ;p

    ReplyDelete
  5. bese lalu je xpenah singgah

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.