Yep, Satu Perkara Hendak Dikongsi Tapi Perlu Dirahsiakan Dulu! | Saya Bahagia Melihat Anak Gembira :)

Salam uolls..
Siyes saya sangat sibuk dengan aktiviti bukan-bukan lately ni.
Saya rasa ramai kenalan rapat tahu saya berjaya dalam satu audition...
Dan saya telah berentap habis-habisan tapi nasib saya hanya sampai di semi final ajer...
Kalau dah masuk final automatik paling kurang RM10k cash menjadi rezeki saya.
Tapi apakan daya suratan dah tertulis, silap strategi, mental tak kuat saya GAGAL :(
Huhu... Penat sangaaaaaaaaaaaaaaat tapi pengalaman yang dapat itu priceless.
Program apa terpaksa saya rahsiakan sebab producer dah warning...
InsyaAllah nanti akan keluar kat mana2 rancangan di TV :p
Bila tak berjaya saya takdelah FRUST sangat.
Sebab memang adat bertanding kan... Ada kalah ada menang.
Cuma saya suka buat post mortem balik "punca kekalahan itu"
Sebab saya suka belajar dari kesilapan dan try perbaiki :)
Dan sentiasa terima kelemahan diri.

Bila balik dari segala kepenatan sampai rumah lewat malam...
Orang yang sentiasa setia menunggu saya ialah My Amani...
Selain dari Encik hubby ler huhu...
Dan saya berasa terharu sangat bila saya sampai jer rumah. Ketuk pintu my Amani sudah berlari mendapatkan saya. Terus peluk saya. Dan first time saya dengar die luahkan "Yayang Mummy"... Huhu...

Dan sekarang saya dah kembali pada "my normal life".
Saya perlu fokus pada study dan juga famili...

Seronok sangat menghabiskan masa bersama anak2...
Gambar2 latest saya dan famili Ahad lepas, jom layanzzz
Anaqi dan Yana sedang bercuti. Sekarang ni mereka berdua saya hantar kelas tahfiz separuh hari. Dan kebanyakan masa mereka akan menemani saya di opis.
My Afiq akan berpindah ke kelas baru. Sangat excited meminta saya belikan baju uniform baru. Dengan alasan baju abang Akid semuanya dah buruk... Huhu. Saya dah kena start monitor Afiq untuk vocab, mengira dan membaca.
My Akid tahun depan dah Darjah 1. Start bulan 12 Akid saya berhentikan tadika dan masukkan dia kelas Tahfiz seperti abang dan kakaknya. InsyaAllah mereka bertiga saya akan daftarkan untuk Kem Bistari di UIA selama 3 hari.
Si kecik buah hati pengarang jantung. Sentiasa menghiburkan hati saya. Amani juga akan berpindah kelas dan saya sangat suka dengan perkembangannya die.

p/s: Saya selalu berangan nak jadi SuperMom a.k.a SuperMok (super mak + gemoks, hahaha). Boleh jadi ibu yang superb, pekerja yang dedikasi, isteri mithali, belajar sehabis tinggi, melakukan segala aktiviti yang digemari tapi... sejauhmana kita boleh lakukan BADAN kita ada limit juga kekuatannya. Mental juga terlibat sama. So, saya rasa I need to take a break! Stop kejap dan balik pada kehidupan asal. Tak nak kejar sana-sini dan saya mahu hidup dalam keadaan selesa dan gembira bersama keluarga terchenta :)

Yep, Satu Perkara Hendak Dikongsi Tapi Perlu Dirahsiakan Dulu! | Saya Bahagia Melihat Anak Gembira :) Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 30, 2011 Rating: 5

10 comments:

  1. live life to the fullest :) apa2 pun congrats for ur achievement :)

    ReplyDelete
  2. tahniah sampai ke tahap tue..
    amani nampak lagi besar dari danialah.. hihi..sweet..

    ReplyDelete
  3. mummy ayu- thanks ya :)

    uyun- tq tq..amani tadi gi cucuk berat dah 11kg... :)

    devi- hehehehe...u pun bersungguh juga dalam melakukan apa jua perkara...i admire your spirit :)

    ReplyDelete
  4. insyaallah kak ayu.. kita berusaha bt yg terbaek untuk keluarga dan anak2..

    ReplyDelete
  5. Hi ayu, i pun dah ke dunia nyata. Yang penting buat apa yang kita suka dan kena balance....

    ReplyDelete
  6. jue- insyaallah jue...sama2 lah kita buat yg terbaik :)

    ezz- hehehehe..yep betul tu

    ReplyDelete
  7. ila pun kalau boleh nak jadik supermama tapi ila tahu tak terbuat semuanya... ila sekarang nak cuba jadi ibu & isteri yg baik je.. minat2 ila ne kekadang amik masa ila dgn family..

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.