#TSDayOut To Kuala Selangor - Episod 2: Ke Bukit Melawati Ya Kite

Intro--- Stress giler lak sejak semalam, my opis block FB..hoho
Tapi kerja banyak jalan lah tu yang bagusnya....
Cuma bila kita STRESS takleh lah nak kurangkan dengan membaca status kawan2...
Sekarang LIFE memang fokus pada kerja dan keluarga, ajor!
Masa sosial dengan PC sudah semakin menjauh diri..
Hmmm kalau lihat pada positif part, bagusler untu kesihatan diri, hik hik
Done :)

Balik kepada tajuk atas- Ke Bukit Malawati Ya Kite!

So setelah kami semua diberikan makan, ada sesi ceramah (hahaha) tentang alam sekitar, flora dan fauna, kepupusan dan lain-lain sewaktunya yang mana semuanya terangkum "Kesedaran menjaga bumi ke arah kebaikan". Bagus banyak input di situ, cuma badan agak letih so ramai yang syahid tertido tapi saya tetapi setia mendengar.

Abis segala pengisian ceramah, misi untuk naik Bukit Malawati diteruskan. Kami menaikii tram yang sungguh kalerful. I like...cam rainbow gitew...


Excited nak naik, siap berebut tempat duduk. Bukan gelojoh tau tapi over excited. Bayangkanlah saya berlumba naik tanpa memikirkan saper2, selalunya bila time nak naik kenderaan perkara pertama di kepala, "anak-anak naik dulu". Ni sebab datang secara solo tu yang mak sampai lupe dirik tu :p

Kanak-kanak ribena yang sentiasa ceria sokmo. Hepi memanjang paling meriah dalam rombongan Cik Kiah! So sepanjang perjalanan ke Bukit Melawati memang meriah dengan cerita-cerita lagenda/ sejarah Bukit tersebut yang diceritakan sendiri oleh wakil Majlis Perbandaran Kuala Selangor.




Bukan setakat kitaowang jer yang bergembira bahkan abang yang menjual ini turut ter-gembira. Mana idaknya sakan kami soping membeli jajan dan sayuran untuk penduduk apes kat sini. Banyak benor lontong-lontong yang berkeliaran, jadi segan saya, hik hik. Takut sebenarnya, hahahahah.

Ini adalah rumah api 1708 (betulke nombor ni? sudah ingat2 lupa). Menara ini still kukuh, cantik apatah lagi ianya berwarna putih. Ini merupakan antara monumen yang bersejarah di atas Bukit Melawati.

Kat situ ada juga simbolik tinggalan sejarah seperti perigi beracun. Perigi ini digunakan sebagai hukuman kepada pesalah-pesalah negeri. Sekiranya pesalah ini tidak tahan dengan hukuman yang dikenakan, minum jer air dalam perigi tersebut kerana ianya beracun. Cepat lah sikit kematian dirinya.

Tapi paling menarik minat saya ialah "Batu Hampar" sejenis batu yang agak besar konon-kononnya tempat Sultan Ibrahim (raja yang memerintah ketika itu) berehat dan bersabung ayam. Batu hampar juga digunakan untuk memancung kepala penderhaka-penderhaka raja. Dikatakan dayang2 yang berzina dengan orang lain akan dipancungkan kepala mereka disitu. Dan darah dari pacungan itu ditabur kelilingi Bukit Melawati, sebagai simbolik untuk menakutkan masyarakat tempat supaya tidak menderhaka. Dan sejarah memancung penderhaka ini dikaitkan dengan pokok sena yang berhampiran dengan batu hampar tersebut apabila ditoreh mengeluarkan getah merah seakan darah. Siyesly saya tak try toreh tapi ada antara kami yang pergi toreh, dan hasil torehan terbukti getahnya berwarna merah.
Ini pula dinamakan meriam betina. Citer die lebih kurang macamni, konon-kononnya ada satu meriam kat Bukit Melawati telah dihantar ke Klang. Selepas menghantar satu meriam semua panglima dan pembesar yang terlibat dalam penghantaran jatuh sakit. Panggil segala pawang tapi tak berjaya mengubati mereka. So, dipendekkan cerita ada satu pawang ni telah bermimpi yang kalau nak pulihkan mereka yang sakit perlulah mencari sebuah meriam di muara sungai (apa ke nama tempat tu) tapi letaknya berhampiran dengan Kuala Selangor. Pergilah depa cari kat muara sungai seperti yang dinyatakan, tiba-tiba nampaklah meriam ni terapung2 kat situ. Dan dikatakan meriam ni adalah jadian seorang puteri yang mati dalam perjalanan jumpa kekasihnya. Dan mengikut lagenda lagi, meriam ni kena di letakkan menghadap laut/muara. *Tu meriam betina memang mengadap laut :) So itu apa yang diceritakan oleh pemandu pelancong kami pada hari tersebut. Kalau citer ngan anakanda2 saya, mesti dowang tak berhenti kompius dan tertanya2 "Camana owang leh bertukar jadi meriam?...huhuhu" wapucitau ini kisah lagenda ya....


Ada kisah meriam lagi ni... saya copy paste dari Kosmo online... kisah dier meletop pulak..


Meriam meletup
Selain kisah Batu Hampar terdapat meriam Sultan Ibrahim yang dikatakan meletup secara tiba-tiba.
“Kejadian itu berlaku dua kali. Sekali pada 1960 dan sekali pada 1975 semasa hari ke-28 dalam bulan Ramadan. Punca meriam itu meletup sendiri masih menjadi misteri.
“Kedua-dua peristiwa ini menimbulkan kegemparan kepada penduduk kampung pada waktu itu sehingga mereka membuat solat hajat dan doa selamat supaya Allah menjaga mereka daripada sebarang malapetaka,” katanya.
Semasa kejadian meriam meletup sendiri pada 1975, pokok-pokok sekitar jalan Kuala Selangor sepanjang lebih kurang 20 kilometer terbakar dan tunduk sendiri, tambah Harun.
“Tidak ada petir atau kilat pada masa itu,” ujar Harun lagi.
Cerita eksentrik di Kuala Selangor disusuli dengan kisah Makam Anak Dara.
Menurut versi cerita daripada Muzium Sejarah Kuala Selangor dan cerita lisan orang kampung, seorang anak dara yang warak dipaksa berkahwin dengan seorang pemuda walaupun dia tidak bersetuju.
Gadis itu dikenali dengan nama Siti Rubiah. Siti Rubiah tiba-tiba ghaib pada malam pernikahan.
Jelas Harun, kerana jasad Siti tidak ditemui, sebuah kubur dibina oleh ibu bapanya bagi memperingatinya dan ia digelar Makam Anak Dara.
Penduduk tempatan yang ditemui mendakwa pernah terserempak dengan Siti Rubiah dan dikatakan seorang gadis yang cukup cantik dengan rambutnya panjang melepasi bahu.
*********************
Apa yang BESH kalau pergi kat tempat sejarah? Ada citer lagenda yang diceritakan.
Banyak rupanya tempat menarik kat Selangor...
Sowi ya gambar Batu Hampar, Perigi Beracun dan meriam2 lupa nak amik, tapi kalau google banyak jer... So kesimpulannya nak tengok boleh ler guggle :p

Episod 3 akan datang ... Ikan ajaib dan saya belajar buat pasu tanah liat :)


#TSDayOut To Kuala Selangor - Episod 2: Ke Bukit Melawati Ya Kite Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 20, 2012 Rating: 5

5 comments:

  1. same lah kite, pe***nas pun baru je blok FB start dari isnin.. boring

    ReplyDelete
  2. me tak suka tempat2 gini sbb 'keras' me spesis penakut hehehhe

    ReplyDelete
  3. ayu...tmpt ni keras kan? tengok pokok berdarah x?

    ReplyDelete
  4. best nye
    teringin nak g sini
    selalu tgk dalam tv je

    ReplyDelete
  5. kak ayu, lontong tu kuah lodeh.. lotong kak..hihik... apapon, mmg best pergi sana.. pengalaman yg tak akan dilupakan..

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.