Mewarna Di IPC Sempena Dengan "Movie Carnival"

Ahad lepas, saya dan anak-anak berjimba-jimba di IPC bersempena dengan Movie Carnival (carnival ni memang diadakan setiap tahun cuma lokasi jer bertukar). 
Anak-anak saya telah menyertai Pertandingan Mewarna. Termasuklah Amani. Ekceli Amani menggantikan abang dier Anaqi yang tidak dapat menghadiri sesi mewarna petang itu kerana menemani Mak Sha kuar bershopping.
Dan rata-rata yang datang memang membuat persiapan lengkaplah. Dengan set warna yang banyak dan terbaik..
Memang jauh beza ngan persiapan anak saya yang hanya meminjam urusetia punya---jenama Tesco lak tu, hahahaha.
Amani memulakan sesi mewarna dengan membuat garisan-garisan panjang di lukisan. Bila saya tegur "Amani, kalerlah cantek-cantek"... Amani jawab apa tau "Alaaaaaa, biar aaa..." Sabor jerlah kan...
See Afiq siap baring santai cam mewarna kat umah jer kan....
Saya siap tinggalkan Amani kat situ (yang duk gigih mewarna menconteng sebenarnya). Gi pusing cuci mata jejalan tengok barang kat Cold Storage, heheheheh. Since Yana memang nak jagakan Amani sambil mewarna, so berani jugaklah saya tinggalkan kejap. Pergi tak lama, balik jer kat lokasi mewarna Amani dan adik-beradik lain still tekun lagi mewarna. Abis mewarna sibuk suh amik gambar kat kawasan event.
Lepas tu main lawan tembak. Yana lawan ngan Afiq (Yana menang). Saya lawan ngan Akid... dan Akid menang. Sengaja jer kasi Akid menang, sebab kasi chance dier merasai kemenangan :p (ekceli saya memang tak reti menembak, hahaha).
Pengumuman pemenang... Afiq conso...
Akid juga conso...
Semua peserta kategori 5-8 tahun...
Paling lawak penyertaan Amani yang mewakili abangnya Anaqi diumumkan sebagai pemenang conso termasuklah dengan my Yana...
See Amani paling kecik, pendek dan muda untuk kategori 9-12 tahun, hahahahah... Muka serius atas pentas, banggalah tu menang biarpun consolation, hahahahah. Saya duk giler gelakkan Amani kat bawah pentas.
Character appearance pun cam sama jer setiap tahun--ada Clone Troopers punyer askar :)
Yang ni MIB III lak (rasanya)... Abe aliensss
The Chipmunks!
Lepas sakan mewarna, main kat kawasan menunggu IKEA. Dan dalam kul 4pm baru gerak balik.
Gabungan hadiah mewarna dan bermain menembak - Akid, Afiq, Yana dan Amani :)

p/s: Saya teruja sebenarnya tengok Amani yang semakin sporting menyertai acara. Sebelum ni die banyak memerhati kakak dan abang, kali ni bila diberi peluang nampak dier minat dan berani untuk mencuba. Sukelah tengok perkembangan positif  Amani :)

Mewarna Di IPC Sempena Dengan "Movie Carnival" Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 25, 2012 Rating: 5

7 comments:

  1. alamak ruginya tak joinnnnnn.. walau tau amana akan kalah tapi hehe.. suka nak bagi d a bcampur org

    ReplyDelete
  2. tak dpt nak join sbb zharfan baru abis sports ari tu :)

    ReplyDelete
  3. confirm amani akan folo abg/kakaknye yg aktif..silap2 bakal pro comper nih ;)

    ReplyDelete
  4. Hahaha....biar betik Amani menang? Mesti dorang kat situ cakap macam ni....

    ReplyDelete
  5. tak sempat nak join this year. last year i ada join dengan adik dan fren. best sebab dorang bg chance pada semua untuk menang something.. :)cayalah Amani!

    ReplyDelete
  6. akak pun gi ke situ gak..tapi gi harvey norman dulu..bila turun dah tak ada aktiviti dah

    ReplyDelete
  7. kan dah kata amani akan terikut jugak..
    rasa nak gelak jugak tgk amani muka serius atas pentas tue..
    terbaiklah!!!

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.