Simply Good Meals bersama Chef Wan

Hari Sabtu pagi, 21hb April 2012 saya dan rakan-rakan telah menyertai aktiviti memasak bersama Chef Wan di Bosch Bangsar. Acara bermula pukul 10 pagi, saya tiba lewat 10 minit dek kerana susahnya nak carik parking kawasan situ, huhu.
Sebelum kita tengok gambar makanan, meh kita layan peserta kelas masakan. Lebih kurang dalam 30 owang. Semuanya pompuan kecuali Dyat jer sorang lelaki. Nak jadi suami mithali Dyat ni, heheheh.

Banyak tips yang berguna dalam penyediaan masakan oleh Chef Wan. Antaranya:-
Nak masak pes tomato kena masak lama sikit, biar betul masak sampai jadi warna cantek berguna. Ini kerana kalau tomato pes dimasak lama, semakin manis rasa tomato tersebut.
Ini adalah daun basil. Yang real punya sebab biasanya kalau kita beli yang jenis kering jenama Mc Commick etc. So kata Chef Wan lagi, masakan lagi sedap kalau kita gunakan yang segar. Ni nak carik bukan boleh beli kat pasar malam rasanya kat Pasaraya Cold Storage jer ader.
Ni Hash Brown yang serba guna pakai. Bila dah goreng garing--nak jadikan inti popiah, berger, isi rojak dll. Menurut Chef hidangan anda pasti lebih enak. Promote lebih nampaknya Chef, hik hik.

See gambar dibawah semua adalah aksi Chef dalam menyediakan masakan :)
Nak masak kena merancang tau. Kena tahu bahan resepi awal2 lagi. Jangan time nak masak baru terhegeh tengok resepi, nak carik barang bla bla bla... Boleh tahan Chef ni membebel :)
Masak kena ada minat, seronok, ikhlas... Kalau tak memang hasil masakan tidak memuaskan...
Peralatan dapur semua kena ada. Cam takde kena mengena dengan gambar tertera jer kan? Hahaha...
Ni masak bukan sambil berFB ya. Tapi chef nak amik gambar guna tab dier. Alalala, bestnya bilalah saya nak merasa pakai tab sendirik, kan?
Antara feveret hidangan yang disediakan-pancake ala2 Korea...
Hasilnya dapatlah 4 hidangan istimewa dari Chef Wan...
Insyaallah satu hari nanti akan saya hasilkan... verangan verangan dulu...
So hidangan di atas ada yang cam bergedil, pankek, kasero dan sup...
Nanti saya try buat dan share ngan semua ya... hehehe
Abis jer sesi memasak... sesi menjamu selera pulak. Wahh memang best :)
Saya ada juga menerima hadiah dari Chef Wan kerana berjaya menjawab kuiz. Gigih gak mengangkat tangan nak menjawab...
Hadiah jawab kuiz (dapat hamper pasta Leggo), souvenir dari Simplot, Majalah Jelita + dll...

Overall : Best dan puas hati...
pssst: dapat gak ngedat jumpa Ezz dan Suzz, Kak Ina KL, Jac, Dyat....

Simply Good Meals bersama Chef Wan Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 23, 2012 Rating: 5

4 comments:

  1. Best dan puas hati sebab FREE dan bukan calang2 chef yang kita jumpa tu. Chef Wan........

    ReplyDelete
  2. wah bestnya..
    dapat jumpe chef wan pastu dapat makan2..hehe

    ReplyDelete
  3. memang puas hati dapat dengar celoteh chef wan dan jumpa korang semua..apasallah tak call akak bagi tiket tu...ruginyaaa

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.