Mari Belajar Teknik Mewarna Bersama Uncle Uneh :)

Minggu lepas, saya telah menghantar 3 anak saya ke kelas belajar mewarna dengan pelukis Malaysia (famos gak) saudara Uneh di Galeri Shah Alam.
Kelas berlangsung selama 2 jam, dan tak ramai sangat peserta yang menyertai sama. Lebih kurang 3 keluarga ajer :)
Yana kalau bab mengaler, die memang berminat sangat. Sangat tekun mendengar penerangan dari Uncle Uneh tentang teknik mewarna dengan betul.
Inilah dia Uncle Uneh. Orangnya sangat peramah dan mesra dengan kanak-kanak.
Ini adalah hasil kerja yang pertama. Belajar mewarna menggunakan 3 ton warna yang berbeza. Cantek sangat lukisan yang dilukis bila dah siap.
Walaupun sikit tetap meriah. Dan lebih fokus sebenarnya, hahaha.
Simple tapi tetap cantek :)
Bukan ini sahaja, bahkan Uncle Uneh mengajar cara melukis gambar kartun burung dengan sangat mudah.
Sebelum balik bergambar dulu sebagai kenangan. Agak-agak melekat tak ilmu yang diperturunkan? Apapun aktiviti berfaedah dicuti sekolah memang berbaloi kalau dapat sertai sama. Kannnnn? :)

Mari Belajar Teknik Mewarna Bersama Uncle Uneh :) Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 02, 2012 Rating: 5

3 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.