Why Ai suka Tudung Naelofar

Ai suke tudung keluaran Cik Neolofa iaitu Naelofar, tapi ai takdelah suke sangat Neolafa, hahahahha (statement kejam, kihkih). Dengan kata lain, ai bukanlah peminat fanatik tapi tahulah kehadiran Neolofa tu dalam industri seni Malaysia.
Butik Naelofar sejengkal jer dari umah mak ai...2,3 jengkal dari sekolah Anaqi..Dekat jaaa tapi ai duk beli orang yang menjual online. Apesal tak, herann betul...Sampailah my adik duk kepoh2 citer lebih 4 kali die tawaf masuk butik ni. Dan setiap kali masuk tak pernah bawa balik tangan kosong. Isk.

Terkesan dengan pengaruh adik ai yang suka menunjuk2 die pergi beli kat butik. Ai tanpa rasa bersalah pun terterjah. Alang2 setiap hari nak amik anak dari sekolah, ai pun menyinggah.

Oh maiii....
Susah nak carik parking satu hal...
Ramai pulak orang datang ke butik ni...
Yang lagi besh...bukan pompuan yang ramai tapi lelaki...
eh..eh..eh



Yang tergantung...semua tinggal tak banyak pilihan...
Cam pisang cheese goreng panas2..

My feveret...
Tinggal ni ajaaaa...
Sadis betoi...

Yang pesen ni berlambakan...
Sebab dah nampak biasa, rekaan ni takdelah glamer mana...

Butik ni nampak sangat esklusif uolls....
Kemas dan tersusun...
Ada yang datang bayar dengan cash..
Ada yang guna komputer kat situ, buat bayaran guna maybank 2u...
So ai tak sure boleh guna kredit card ke idok...

Ai still ingat ada satu brader ni bersimpuh di satu sudut melipat tudung keluaran nealofa ni untuk dimasukkan dalam plastik. Ai ingat staff butik, so ai tengok2 jugalah tudung yang die lipat..Rupanya die borong semua...diulangi borong semuaaaa tudung kat situ...Terkejut pankreas ai...

Rupanya die nak berniaga kat opis dier...
Adoihai....hahahaha...bukan setakat pankreas, saraf tekak ai turut tersangkut kat situ...

Sebab tak banyak pilihan..
Shopping 10 minit jer..
Cer kalau banyak pilihan mahu ai bermalam kat situ, kahkahkah

Ok, kenapa ai suka tudung Naelofar? (baru nak jawab soalan dari tajuk entri, hikhik)

Pertamanya, ai memang sangat suka material tudung - selesa dan sedap, memang terletak kat atas kepala (so, ai tak perlu stress nak cucuk pin kat kepala). Ai pernah beli tudung ciplak ala Naelofar kat RTC kelantan, rege dalam RM15. Rupanya sama, kualiti lebih kurang sama tapi bila pakai sangat hampa....Muka ai langsung tak macam Nealofa...hahaha statement cam hareeemmmm, hahahahahaha..Idokler, nak habaq tak sesedap ai pakai yang tulen punya...

Keduanya, harganya mampu milik lagi..Takdelah sambil terjojol bijik mata..takdelah my laki berbuih mulut cam kena sawan..Still boleh beli tanpa rasa bersalah biarpun hari2 makan KFC...gitew....

Ketiganya...Orang kata alah membeli menang memakai...Ai beli sebab bukan nak feeling2 cantek cam Neolafa sangat tapi lebih kepada "reward" untuk diri sendiri. Biarpun ai bukanler hijabister tapi ai jenis pompuan yang suker bergaya sekali-sekala, biarpun sekadar secalit lipstik penambah seri muka...


xoxo,
Why Ai suka Tudung Naelofar Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 18, 2015 Rating: 5

5 comments:

  1. Tiba-tiba jadi Ayu Raudhah...hehehehe

    ReplyDelete
  2. ada my colleagues pun suka pakai tudung brand ni :) nampak cute jer dia pakai :) i tak reti pakai tudung yg tak de awning hehhe

    ReplyDelete
  3. betul tu..tudung lofa ni memang selesa sangat..takdela mahal sgt..kira masih mampu milik.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum
    cantik sis bergaya dengan tudung naelofar
    mmg mcm goreng pisang panas
    harga insyaAllah mampu milik
    mana2 yang berminat
    saya ada ready stock chic basic and forever young
    lawati ig saya naelofar_rubimfs
    dan blog saya http://naelofarrubimfs.blogspot.com/

    #nhauthorizedstockist
    #ilovenaelofahijab

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.