Keseronokkan My Amani, Akid dan Afiq Di Bengkel "Your Child's Magical Holiday!"

Sememangnya cuti sekolah 2 minggu ini akan lebih bermanfaat jika dapat kita berikan aktiviti terbaik buat anak-anak kita. Selain daripada pergi bercuti, ke kelas tambahan, menghantar anak-anak ke bengkel yang dapat mereka belajar dan pada yang sama memberi keseronakan juga adalah sesuatu yang perlu dipertimbangkan.



Lokasi bengkel adalah di Les Petits Baking Setia Walk Puchong Selangor.

Memang ruang untuk beraktiviti sangat luas dan kemas uollls...Ok, di sini tempat di mana kanak-kanak akan belajar membuat kek.

Turut kelihatan beberapa potrey menunjukkan aktiviti-aktiviti yang pernah dijalankan di sini.

Di satu sudut merupakan kelas untuk penerangan buat anak-anak yang hadir.

Aktiviti 1: Belajar membuat "jewellery" bersama Kak Angie
Biarpun mungkin pelik bagi seseorang anak lelaki nak buat jewellery tapi ternyata ianya juga menarik uolls. Bayangkan anak lelaki yang bersungguh membuat barang perhiasan buat ibu mereka. Selain daripada mereka harus teliti dan tekun, menguji juga kesabaran mereka menyiapkan barangan perhiasan yang diinginkan buat ibu yang tersayang.

My Amani dengan pilhan manik yang berwarna-warni...

Masuk  dengan teliti dan kemas....
Inilah My Amani uolls.....seorang yang sangat cermat dalam membuat kerja apapun.

 Semuanya hepi dengan barangan perhiasan yang dihasilkan...

Aktiviti 2: Bengkel membuat "cup cakes"
 Setiap kanak-kanak yang menyertai dibahagikan 3 orang dalam satu kumpulan...
Mereka akan diberikan bahan-bahan untuk membuat cupcakes..

See ketiga my anaks dalam satu team...
Yang diketuai oleh My Akid..

 Mereka juga mendapat tunjuk ajar dari guru-guru yang berpengalaman sepanjang berada di bengkel ini..
 Bukan ahaja kena buat cup cakes...bahkan kena belajar mendeko juga... :=)

 Siap!!! Boleh makan :)

Peserta bengkel yang hepi dengan hasil masakan masing-masing...

Setiap peserta bengkel bukan sahaja dapat membawa balik hasil aktiviti yang dilakukan seperti cup cakes dan jewellery, bahkan setiap orang daripada mereka turut menerima sijil penyertaan.

So, uoll kalau nak daftarkan anak-anak di bengkel ini untuk slot akan datang boleh rujuk kepada poster di atas ya...

Bagus tau hantar anak-anak ke bengkel sebegini, selain daripada dapat memenuhi masa cuti mereka dengan perkara faedah. Anak-anak juga dapat belajar, bermain dengan gembira dan dapat berkenalan dengan rakan baru juga.

:)
Keseronokkan My Amani, Akid dan Afiq Di Bengkel "Your Child's Magical Holiday!" Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 04, 2015 Rating: 5

2 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.