Me'nate Steak Hub | Makan Sekali Teringat-ingat

Kemasyuran rantaian restoran terkenal dengan hidangan stik yang dimiliki oleh warga tempatan ini sememangnya boleh kita banggakan. Dengan berkonsepkan "From Farm to Plate" "Chilled Never Frozen", Me'nate Steak Hub menawarkan pelbagai hidangan stik yang enak dari bahagian-bahagian daging lembu dan kambing mengikut pilihan pelanggan.
Di dalam pembungkusan yang kemas, pelanggan boleh memilih jenis hidangan yang diinginkan mengikut pilihan menu yang disediakan.
Untuk lebih jelas kita boleh rujuk pada gambarajah ini :)

Yang penting kita tak perlu ragu-ragu kerana kesemua bahan hidangan yang disediakan adalah dijamin HALAL.

Sempena dengan Ramadhan tahun ini, Me'nate Steak Hub turut memperkenalkan beberapa jenis hidangan yang enak, unik dan memberi kelainan yang begitu istimewa terutamanya bagi peminat-peminat tegar hidangan stik

Jom cikedaut apa yang menarik sempena dengan promosi Ramadhan dari Me'nate Steak Hub;
Untuk pemilihan nasi, pelanggan boleh memilih samada untuk menikmati Nasi Dhal, Nasi Tomato atau Nasi Briyani.
Bahagian daging yang dibakar dengan sos enak...
Juicy sesangat uollls...
Terasa kelembutan daging dalam setiap gigitan...
Yang paling popular di sini ialah "wagyu Me'nate"...
Sangat sedap uollls!!!
Acar pelengkap hidangan...
Pasta Olio Aglio...
Mix salad...
Bubur lambuk...
Mix fruit...
Ada promosi menarik untuk ramadhan tahun ni uollls (klik untuk besarkan menu).

GROUP STEAK (Minimum 2 orang tempahan)
Set A - RM75/seorang
Set B - RM75/seorang
Set C - RM100/seorang
Set D - RM150/seorang (khas buat peminat Steak Wagyu)

Bagi peminat-peminat yang gemarkan makanan berasaskan kambing, pakej Heavenly Lamb turut
sama ditawarkan pada harga RM300/pakej, sesuai dijamu bersama 4 hingga ke 6 orang. Heavenly Beef pula ditawarkan pada harga RM350, juga sesuai dijamu bersama 4 hingga ke 6 orang.

Me'nate Steak Hub turut menyediakan makanan ‘a la carte’, yang ditawarkan bersama-sama pakej sedia ada.

Untuk makluman semua pakej Ramadhan ini ditawarkan sehingga Ramadhan terakhir di semua cawangan Me’nate Steak Hub seluruh negara.

Set A
- Angus
- Beef Ribs
- Lamb ribs/Ranghost
- Pasta Olio Aglio
- Mix salad

Set B
- Lamb Shank
- Lamb ribs
- Lamb Rack/Loin
- Lamb Syabu
- Pasta Olio Aglio
- Mix salad

Set D
- Wagyu Beef
- Wagyu Beef Ribs
- Pasta Olio Aglio
- Mix salad

Kenalkan uolls, mereka yang hebat di belakang kejayaan Restoran Me'nate Steak Hub. 

Apa yang menarik, rangkaian restoran ini diusahakan dikalangna ahli keluarga Chef Mustafa ini sendiri. Berada paling kiri, iaitu Cik Fareza merupakan anak ketiga Chef Mustafa yang bertugas sebagai Akauntan, Encik Aiman merupakan anak nombor dua ditugaskan sebagai Chef & Butcher, diikuti Chef Mustafa selaku pemilik dan Master Butcher Chef, dan seterusnya Syed Idrus (Operation Manager), disebelahnya  Encik Ezman merupakan anak pertama dan bertindak sebagai PR Restoran Me'nate dan paling hujung kanan adalah Encik Khisofi merupakan anak keempat dan beliau adalah Head Chef  dalam setiap perancangan dan penyedian makanan di restoran.
Rakan media yang menghadiri majlis preview Ramadhan di Me'nate Steak Hub.
Hidangan 100% halal keenakan ketara,
Sentuhan chef terbaik bertaraf dunia,
Menikmatinya dengan penuh teruja,
Ternyata Me'nate Steak Hub memenuhi citarasa!

Restoran Me'nate Steak Hub yang kini mempunyai 3 cawangan iaitu di:-

Setapak Branch (HQ)
C-01 & C-01-03, 
Starparc Point,
Jalan Taman Ibukota,
Off Jalan Genting Klang,
53300 Kuala Lumpur
T : 03-41318121
F : 03-41311611

Ampang Jaya Branch
No 16 Jalan Kerja Air Lama Satu,
Taman Shuet Liang,
68000 Ampang Jaya,
Kuala Lumpur
T/F : 03-42513460

Wangsa Maju Branch
25 Jalan Delima 12,
Wangsa Link,
Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur
T: 03-42513460

Keterangan lanjut boleh klik dan like FB Me'nate :)
Untuk tempahan sila hubungi 012-9051517 atau 011-12838749.

Me'nate Steak Hub | Makan Sekali Teringat-ingat Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 19, 2015 Rating: 5

7 comments:

  1. dh byk cawangannye tp blum try lg...dapnye tgk lamb tu

    ReplyDelete
  2. mt- cubalah promosi ramadhan ni lagi murah :)

    ReplyDelete
  3. salam kak singgah sni time2 pose tgk blk kambeng tu! mak aiiii!!! meleleh :'(

    ReplyDelete
  4. suzai- kan meleleh2..hehehe

    mz- bertabahlah pose.heheh

    cik viva- memang sedap..

    ReplyDelete
  5. Tengok dari gambar sudah tahu makanannya terutamabya steak sangar sedap! Bahan-bahan yang dihantar dengan lori makanan setiap hari dapat menjamin kualiti yang baik. Saya akan ajak kawan saya try minggu ini. :D

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.