Minum 2 Susu Sehari

Pelancaran Kempen Dutch Lady PureFarm, Dua Susu Sehari : Hadiah Terbaik Untuk Keluarga Anda akan bermula pada 10 Oktober 2015. Di acara majlis ini selain daripada pelancaran kempen, selebriti popular tanah air iaitu Aaaron Aziz bersama isterinya Diyana Halik turut hadir dan berkongsikan pengalaman mereka yang mempunyai karier yang sibuk dan pada yang sama mempunyai anak-anak yang sedang membesar.
Majlis ini diacarakan oleh Cheryl Samad, juga seorang ibu dan isteri, pengacara yang versatil dan punyai caranya yang tersendiri :)

Ucapan aluan daripada Jo-Anne Jauasiri, Pengurus Pemasaran Dutch Lady Malaysia.

"Susu merupakan salah satu makana yang berpatutan dan sumber nutrisi yang paling lengkap untuk seisi keluarga, juga membantu kanak-kanak dalam tumbesaran dan perkembangannya serta memperkukuhkan tulang dan otot untuk golongan dewasa".

"Namun, rakyat Malaysia tidak minum susu yang mencukupi"....

"Ini kerana kajian (Kajian Nutrisi Orang Dewasa Malaysia) menunjukkan rakyat Malaysia hanya mengambil 0.14 sajian susu dan produk tenusu setiap hari, yang bersamaan hanya segelas kecil seminggu, berbanding dengan Garis Panduan Diet malaysia yang mencadangkan untuk pengambilan sebanyak 1-3 sajian sehari"
Atas kesedaran itu, Dutch Lady Malaysia telah mengambil langkah inisiatif untuk memberi kesedaran kepada semua keluarga di Malaysia tentang betapa perlunya mengambil 2 gela susu sehari bagi membolehkan anak-anak dan golongan orang dewasa sendiri mendapat sekupunya nutrisi yang diperlukan oleh badan.

Perbincangan mengenai khasiat susu dan keperluannya turut diperbicangkan bersama ahli panel yang terdiri daripada Profesor Norimah A. Karim (Honorary Secretary, Nutrition Society Malaysia), Loo Mei Fong (Korporat Nutrisi Dutch Lady Malaysia) serta pasangan suami isteri selebriti Aaron Aziz dan Diyana Halik.

So sweet lah dowang ni...Siyes...

Sebagai seorang aktor sememangnya menuntut Aaron Aziz ini bekerja tidak tentu masa. Biarpun beliau agak sibuk. Beliau sentiasa memastikan yang anak-anaknya sentiasa sihat dan ceria. So, amalan minum susu di rumah memang beliau terap dalam diri anak terutama bila berada di rumah.

Apa yang menarik peminat susu Dutch Laduy perisa Strawberry ini, beliau sentiasa kreatif dalam menikmati susu Dutch Lady Pure Farm. Adakalanya beliau akan meletakkan susu di dalam freezer selama sejam, kemudian beliau akan menikmatinya ala-ala menikmati sorbet Dutch Lady Strawberry. Ianya begitu enak terutama menikmati di waktu cuaca panas.

Aaron juga sentiasa menggalakkan anaknya dengan memberi ganjaran siapa yang sudah minum 2 gelas, so anak-anak beliau akan berlumba-lumba untuk minum susu 2 gelas sehari.

Bagi Diyana Halik, beliau seperti ibu yang lain yang sangat pentingkan nutrisi dalam setiap hidangan pemakanan anak dan suaminya. Pasangan ini juga suka mengahabiskan masa beraktiviti dengan anak-anak mereka samada di dalam rumah mahupun di luar rumah. Bagi pasangan ini,  beraktiviti di luar adalah penting dan perlu bagi memastikan anak-anak mereka terdedah kepada sinar matahari yang memberi vitamin D.


Menurut Prof. Dr. Norimah vitamin D bukan sahaja boleh diperolehi dari cahaya matahari bahkan daripada pemakanan harian yang kita ambil. Contohnya seperti ikan kembung, sardin, salmon, telur kuning dan susu.
Pelancaran Kempen Dutch Lady PureFarm, Dua Susu Sehari : Hadiah Terbaik Untuk Keluarga Anda.
Antara susu Dutch Lady Pure Farm yang mendapat hati di rakyat Malaysia.

Di majlis ini turut diadakan pembukaan beberapa booth yang membolehkan para media yang menghadirinya beraktiviti, antaranya:-  

Menikmati susu segar dari Dutch Lady..

Mengetahui lebih lanjut tentang status nutrisi yang diperlukan oleh badan...

Belajar mengukur keperluan nutrisi menerusi BMI diri. Dan seterusnya mendapat nasihat daripada pakar pemakanan.

Merasai sendiri keenakkan smoothies yang disediakan oleh pihak Dutch Lady..

 Bergambar dengan props yang cute ini...

Alololololololo...

Dutch Lady PureFArm akan berkerjasama dengan Persatuan Pemakanan Malaysia akan mengadakan road show di seluruh negara dengan menyediakan pemeriksaan status nutrisi, menikmati susu dan aktiviti-aktiviti menarik yang boleh disertai bersama keluarga.

Keterangan lanjut boleh layari :-

Minum 2 Susu Sehari Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 25, 2015 Rating: 5

2 comments:

  1. gambar dengan aaron aziz manaaaa? hahahahaha saja bakar..larikkk...

    ReplyDelete
  2. hahahahahahah

    sajooooork hahahahahahahahah

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.