Guardian Menyemarakkan Kecerian Kanak-Kanak Untuk Kembali Ke Sekolah!

Sebagai peneraju rantaian farmasi, kesihatan dan kecantikan terulung, Guardian Malaysia melalui Program CSR telah meraikan musim pembukaan sekolah bersama dengan 100 kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Dan acara ini telah diadakan di Restoran Full House Sunway Piramid.

 Setiap kanak-kanak yang hadir menerima beg esklusif Garfield On-The-Go dan beberapa barangan keperluan persekolahan.

Kanak-kanak yang hadir ini juga telah dijamukan dengan pelbagai hidangan enak sambil ditemani penjaga rumah kebajikan yang mereka huni.

Selain acara makan-makan, kanak-kanak ini juga dihiburkan dengan gelagat-gelagat badut yang ternyata menjadikan suasana majlis bertambah ceria.

 Kanak-kanak yang kecil pasti teruja dengan belon rekaan yang dihasilkan badut. Suasana yang santai dan ceria sememangnya memberika keseronokan buat anak-anak yang hadir.

 Terdapat juga acara pentas yang boleh disertai oleh kanak-kanak. Dan setiap pemenang bakal menerima hadiah esklusif dari Guardian :=)

 Saya bersama dengan Mr Peter J. Dove Ketua Pegawai Eksekutif Guardian yang mewakili pihak Guardian bagi menyampaikan hadiah program kembali ke sekolah kepada kanak-kanak yang dijemput.

Suka saya nak quote ucapan dari Mr. Dove yang berbunyi;-

"Kami berasa berbesar hati kerana berpeluang berkongsi dan memberi (giving) kepada mereka yang memerlukan pada musim perayaan ini. dalam kemeriahan kita menyambutnya, ianya juga menjadi budaya untuk kita terus membantu mereka yang kurang bernasib baik, selaras dengan program Syarikat yang mahu menyumbang semula kepada masyarakat".


Hmmmmm...
Perkara yang murni..
Dalam konsep memberi...
Pada mereka yang memerlukan..
Pasti memberi keceriaan...

:=)

pssst: uolls yang berminat nak tebus barangan Garfield-On-The Go, ada promosi khas sempena dengan program kembali ke sekolah. Beg sandang, harga asal RM39 + 20 setem, kali ini dijual RM31 + 20 setem dan juga beg sekolah troli harga asal RM69 +20 setem, untuk promo kali ini RM59 + 20 setem. 

Keterangan lanjut boleh layari:- www.guardian.com.my
Guardian Menyemarakkan Kecerian Kanak-Kanak Untuk Kembali Ke Sekolah! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 30, 2015 Rating: 5

2 comments:

  1. untung nyer dpt beg tu free.
    aida redeem dah backpack oren tu last week :)
    ni sedang plan nak redeem 1 lagi.

    ReplyDelete
  2. Kannn best dpt beg tu..

    Sy pun gegeh kumpul juga

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.