Menang Makeover Ruang Tamu Rumah, TQ Nippon dan Majalah Wanita

Entri peram sekian lamanya. Dah hampir 2 bulan baru terhegeh nak naik cerita. Ekekekeke... Ok, uolls kalau membeli majalah Wanita edisi Disember 2015 yang menampilkan Rita Rudaini sebagai antara cerita utamanya. Bila dibelek-belek di dalamnya ada ruangan tentang kemenangan tajaan makeover ruang tamu rumah saya.
Gambar selepas di makeoverkan :)

Apa yang menarik. Proses pengecatan dan transformasi keseluruhan ruang tamu sangat cepat! Cat yang digunakan oleh Nippon (rasanya range majestic) tidak berbau dan cepat kering. Paling best ada cara mengadunkan warna untuk nampak lebih rustik dan unik.

Pada hari pertama ID datang rumah saya bagi membuat ukuran dan melihat sendiri konsep yang sesuai untuk rumah saya, beliau ada berkongsi dan bertanyakan pendapat warna yang menjadi pilihan saya.

Jawapan saya;
1. Ungu atau warna yang lebih cerah dan tidak terlalu feminin memandangkan saya ramai anak lelaki. 
2. Saya suka klasik moden. Ada sentuihan sedikit elemen futuristik.

See, mak jemah yang begitu demanding, hahahahahaha.
Ruang yang uolls nampak memang nampak kecil tapi sebenarnya Nippon telah bermurah hati mengecat warna ungu yang agak besar juga keluasannya. Giler suka!!!

Antara item yang juga diberi oleh pihak Nippon bagi menaik seri dalam dekorasi rumah;
Saya tak tahu apa nama benda ni...
Tapi salah satu aksesori sponsor yang unik....
Yang tu tempat bakar candle. Klasik... kan?
Perabot tepi yang rustik...
Ala2 arm chair 2 bijik. Bantal kecik dalam 10 bijik macam2 design.
Side table... Lilin dekorasi... Dan pasu kaca berserta bunga matahari (cam hipster skit fesyen dier sebab letak bunga dalam botol yang cantik itu).  :p
Coffee table lengkap dengan alas meja...

Karpet dia berbulu tebal (dalam gambar atas tu karpet saya sendiri, dapat masa pegi event spotlight. Errk beli ngan vou organizer kasi). Saya tukar karpet sebaik selepas photoshoot sebab karpet biasa lagi senang nak uruskan, sapu dan sebagainya.

Dapat lampu yang cantik dan juga langsir (yang bahagian luar).
Ni keadaan asal rumah saya. Simple jer... huhuhu.
Setelah diberikan sedikit sentuhan oleh pihak Nippon, terus bertukar!
Happy me with kids... Afiq dan Yana tak ada dalam gambar sebab dowang tidur lepas balik dari sekolah. Apapun syukran! Atas rezeki yang diberikan.

TQSM Nippon dan Majalah Wanita sebab memilih saya sebagai salah seorang pemenang yang bertuah :)

Menang Makeover Ruang Tamu Rumah, TQ Nippon dan Majalah Wanita Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 17, 2015 Rating: 5

5 comments:

  1. syoknye dpt makeover ruang tamu..ceria gtu

    ReplyDelete
  2. wow... bestnye... alhamdulillah rezeki dpr make over rumah... sgt cntik.. :)

    ReplyDelete
  3. Best giler.. Warna hijau tu betul lah penambah seri

    ReplyDelete
  4. tahniah,sy pun sama mcm k.ayu.tapi sy punya di make over tahun 2014

    ReplyDelete
  5. mt- tq hehehe

    fara- alhamdulillah

    miera- jkan hijau tu jadi outstanding sikit

    zie-- wah tahniah juga buat puan :)

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.