Domino's Memperkenalkan Kempen 'Bonus For All' Untuk Lebih Penjimatan

Pizza Domino's antara hidangan makanan yang menjadi kegemaran saya dan keluarga sejak dulu lagi. Dengan kepelbagaian pilihan topping yang memenuhi citarasa, selain tawaran harga yang berbaloi antara tarikan mengapa saya  begitu gemarkan Domino's.

Dan kini Domino's mengorak selangkah lagi dengan membuka cawangannya yang ke 150 di Seksyen 14 Petaling Jaya Selangor. Ini tentunya satu berita yang gembira buat peminat-peminat Domino's kawasan Petaling Jaya khasnya.

 Selain daripada perasmian pembukaan outlet terbaru, Domino's turut mengumumkan tentang kempen 'Bonus For All' yang sedang berlangsung dari sekarang hingga 31 Mei 2016. Menurut Encik Shamsul Amree (Senior General Manager, Operations Domino's Pizza Malaysia dan Singapura), Kempen Bonus For All merupakan antara tanggungjawab sosial Domino's yang mana melihat kepada cabaran ekonomi negara hari ini  telah menjadikan rata-rata masyarakat harus bekerja keras dan terpaksa mengatur perbelanjaan kewangan mereka.

Kesungguhan masyarakat ini yang tidak pernah berputus asa menjalankan tugas dan tanggungjawab kepada negara, selain untuk mencari pendapatan buat diri dan keluarga, menjadikan mereka ini boleh dianggap sebagai Únsung Hero' yang perlu kita banggakan. 

 Dengan tawaran voucher sebanyak RM 3, RM8 dan RM15 sedikit sebanyak dapat membantu mereka untuk menikmati hidangan Domino's pada harga cukup murah.

Gambar voucher adalah seperti diatas. Pembelian mengunai voucher ini boleh digunakan sama ada melalui pembelian terus di outlet Domino's mahupun melalui online https://www.dominos.com.my

Cuba bayangkan jika beli 2 extra large pizza pada harga RM70 diberi pengurangan lagi RM15, jumlah perlu dibayar hanyalah RM55 sahaja! Murah giler!!

So, sekali-sekala bolehlah kita belanja kengkawan opis, jiran-jiran atau ahli keluarga kita lain makan pizza Domino's. Harga mampu milik dan berbaloi!

Jom pizza Domino's noks :)
Domino's Memperkenalkan Kempen 'Bonus For All' Untuk Lebih Penjimatan Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 21, 2016 Rating: 5

2 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.