Kejar Kerjaya atau Tukar Lampin Cahayamata?

Berpeluang mendengar sendiri melalui perkongsian dari Pakar Perubatan yang hebat ilmunya dalam bidang fertiliti serta perkongsian pengalaman penerima rawatan fertiliti di sini memang tidak akan saya lepaskan. Biarpun saya sudah memiliki 6 orang anak, tetapi sebagai seorang ibu saya juga sering didekati wanita-wanita di luar sana yang suka berkongsi cerita dan meminta pendapat peribadi terutama dalam masalah kesuburan. Seriusly, sejujurnya saya pun tidak dapat membantu. Namun setelah saya menghadiri sesi pengenalan rawatan fertiliti dan kesuburan, sedikit sebanyak dapat meningkatkan lagi pengetahuan saya tentang isu ini dan seterusnya saya akan berkongsi dengan anda semua :p :=)

Antara panel yang terlibat dalam diskusi ini ialah dari kiri Dr. John Peek (Pengurus Besar Kualiti, Makluamt dan Sains, Fertlity Associates New Zealand), Dr. Mary Birdsall (Pengurusi dan Pakar Kesuburan, Fertility Ssociates New Zealand), Dr. Arasu Muthusamy (Pengarah Perubatan, Fertility Associates Malaysia) dan Atilia Harun (Penyanyi R&B popular di Malaysia).

Untuk pengetahaun semua di Malaysia dikatakan 1 daripada 6 pasangan megalami masalah kesuburan. Ini mungkin diesebabkan dengan perubahan demografik di kalangan pasangan-pasangan di Malaysia. Antara yang mungkin menjadi faktor masalah kesuburan seperti:-

1. TERLALU MENGEJAR KERJAYA
Ada wanita yang mengejar kerjaya daripada ingin segera berumahtangga. Ini kerana mereka memerlukan JAMINAN kewangan yang kukuh sebelum mempunyai keluarga. Secara tidak langsung bagi mereka yang memulakan keluarga pada umur yang agak lewat boleh menyukarkan lagi untuk mendapatkan zuriat.

2. KURANG KESEDARAN
Ini merupakan faktor utama yang menyebabkan ramai dikalangan pasangan Malaysia yang mengalami masalah kesuburan tidak dapat mengatasi masalah yang dihadapi oleh mereka. Difahamkan pasangan yang bermasalah akan hanya mendapatkan rawatan dan nasihat dari pakar perubatan kesuburan setelah tidak hamil beberapa tahun.

Untuk pengetahuan semua, SARINGAN KESUBURAN merupakan langkah pertama yang paling penting yang perlu dilalui oleh setiap pasangan samada lelaki mahupun perempuan. Ini adalah peringkat yang mana setiap pasangan dapat memahami kesihatan kesuburan mereka dan mengetahui apakah tindakan proaktif yang boleh diambil sebelum terlambat.

Beberapa siri ujian kesuburan perlu dilakukan, dan pakar Perubatan dalam bidang kesuburan biasanya akan merujuk kepada 'BIOLOGICAL CLOCK' bagi mengetahui waktu kesuburan (contohnya proses simpanan ovari dan banyak lagi). Selain itu, faktor umur juga antara yang penting dalam proses cubaan untuk hamil.


Penerangan ringkas oleh Dr. John Peek




Sepanjang usia dewasa saya, saya tidak bimbang mengenai kesuburan. Status kesuburan seseorang itu bukan sesuatu yang dibincangkan secara terbuka. Kini, setelah saya dan suami mencuba untuk tempoh yang agak lama, saya sedar sudah tiba masanya untuk mendapatkan bantuan. Saya berada di sini pada hari ini untuk meyakinkan lelaki dan wanita di Malaysia bahawa anda boleh memfokus kepada kerjaya anda dan turut mempunyai anak – jika anda mengambil langkah-langkah yang sepatutnya, bermula dengan saringan kesuburan,” kata Atilia

Saya cukup tersentuh dengan kisah dari dua wanita hebat ini. Mungkin juga dikalangan kita mempunyai masalah yang sama. Punyai penyakit kanser payu dara, ataupun sudah mencuba berkali-kali dan berkali juga menghadapi masalah keguguran. Bagaimana ketabahan mereka ini mengharunginya demi untuk mendapatkan zuriat dari darah daging mereka sendiri.

Namun dua wanita ini sering menekankan tentang "kita jangan ada perasaan putus harapan, bahkan kita harus bangkit mencuba"dan juga "kita perlu mendapatkan rawatan dan nasihat dari pakar kesuburan".

“Saya menggalakkan wanita mendapatkan nasihat dan menjalani Saringan Kesuburan sebaik sahaja ingin cuba untuk hamil. Ia mudah dan membantu meningkatkan peluang anda dalam jangka panjang. Jangan tunggu hingga sudah terlewat.” - Fatemeh Jalilvand.

“Mengambil langkah pertama tidak sukar – kakitangan di Fertility Associates benar-benar membantu dalam perjalanan kami.” - Laavanya Gopal Krishna.


Pakar-pakar perubatan dari New Zealand  turut menekankan bahawa terdapatnya banyak kemajuan dalam bidang kesuburan. “Saya menggalakkan wanita untuk mengambil tindakan ke atas kesuburan mereka sebaik sahaja mereka mencapai usia subur. Mula lebih awal dan jalani saringan supaya anda memahami kesuburan anda dan juga pilihan-pilihan yang ada, sama ada memerlukan rawatan kesuburan atau tidak untuk hamil,” 

 Dr. Mary Birdsall (Pengerusi dan Pakar Kesuburan, Fertility Associates New Zealand).

Demi kesedaran kepentingan menerima rawatan dan Ujian Kesuburan buat semua wanita Malaysia, Fertility Associates Malaysia kini telah mempersiapkan wanita dengan peralatan canggih, pengetahuan, rawatan dan sokongan tidak berbelah bahagi untuk membantu mereka yang bermasalah. Ini terutama untuk mengetahui status kesihatan kesuburan pasangan (lelaki dan perempuan) sebagai persediaan untuk masa hadapan mereka. 

Samada kita merancang untuk memulakan keluarga segera atau lambat lagi, dengan hanya melalui ujian kesuburan yang dijalankan dapat membantu kita merancang untuk mendapatkan zuriat memandangkan setiap manusia adalah berbeza dari segi tahap kesuburan yang dimiliki oleh mereka.

Keterangan lanjut mengenai rawatan boleh layari :

Sebarang pertanyaan:
info@fertilityassociates.com.my
0379319510 / 1300800400

Atau walk in sahaja ke:
Fertility Associates
106 Jalan Gasing
Seksyen 5
Petaling Jaya, 46000
Selangor

Kejar kerjaya???
Tapi sampai bila?

Atau mungkinkah..
Keinginan Tukar Lampin Cahayamata :)

Jangan malu untuk mendapat rawatan,
Lakukanlah ujian dan rawatan kesuburan!

Kejar Kerjaya atau Tukar Lampin Cahayamata? Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 06, 2016 Rating: 5

3 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.