Master Your Force, LEGO STAR WARS DAYS 2016 di LEGOLAND

Peminat LEGO dan Star Wars khasnya pasti tidak sabar menantikan kemunculan bulan Mei 2016. Ini kerana acara LEGO Star Wars terbesar di rantau ini bakal berlangsung di LEGOLAND Johor selama sebulan!

Saya sendiri begitu teruja menantikan kemunculan Star Wars  Days ini. Tambahan pula siri Star Wars ini sememangnya diminati oleh seluruh ahli keluarga saya :=)


VIPs di  majlis sidang akhbar Master Your Force di LEGOLAND


“This is the grandest full-fledged partnership that The LEGO Group is doing with LEGOLAND Malaysia Resort, and the synergy is absolutely wonderful – we know that Star WarsTM fans love the sets that we have, and this is a chance for parents to show their children what they’ve loved since they themselves were kids. The LEGO Star WarsTM Miniland is the perfect place for them to show exactly what LEGO Star WarsTM can be like in creating the world of the beloved franchise. We’re very excited and we can’t wait for everyone to experience all this!”
kata Dick Yoong, Country Manager, LEGOMalaysia


Ms Thila memberi penerangan mengenai acara yang bakal berlangsung di LEGOLAND sepanjang bulan Mei 2016. Semuanya menarik uolls....

Antaranya seperti :-

- Perarakan Besar-Besaran (special Parade)  Pada 7-8 Mei 2016
Antara yang bakal mencuri perhatian pengunjung, perarakan Darth Vader, Imperial March Stormtroopers bersama karektor Star Wars yang lain (saya dipahamkan 90 cosplay Star Wars akan menyertai sama).

- Bersama Membina LEGO Gergasi
Pengunjung juga boleh menyertai membina LEGO Millenium Falcon dan TIE Fighters!

- Kehadiran hos LEGO Master Builder
Bagi peminat tegar LEGO, kehadiran ayah dan anak ini memang sangat dinantikan ~Daniel Steininger dan  Christoper Steininger yang akan membina kapal angkasan yang menjadi ikon dalam Star Wars iaitu  Millenium Falcon yang melibatkan 20,000 lego!!!

- Build Your Dream Lego Star Wars Starship (bermula dari 21 April - 8 May 2016)
*Ibubapa berpasangan dengan anak dengan membina  kapal angkasa (starship) LEGO Star Wars yang mereka imaginasikan/idamkan.

* Muat turun kapal angkasa yang siap dibina di wall LEGOLAND Malaysia Resort FB page dengan hashtag #MasterYourForce dan #LEGOStarWarDays

* 10 pemenang akan dicari berdasarkan kapal angkasa terbaik yang dibina (pemilihan oleh LEGO master Builders). Penyampaian hadiah adalah pada 14 May 2016.

- Pertandingan My Own Creation (MOC)
Peminat LEGO boleh juga menyertai MOC, yang mana pertandingan ini turut disertai oleh pembina-pembina LEGO dari Malaysia, Singapura, Taiwan, Indonesia dan Hong Kong. Yang mana pertandingan MOC, kali ini memerlukan pembina LEGO  bertanding dengan membina babak-babak dalam filem Star Wars menggunakan LEGO. Untuk tahun 2016, pertandingan ini telah dibahagikan kepada tiga kategori  iaitu: 7-15 tahun, 15 tahun ke atas dan kategori baru - pasangan ibu bapa dan anak. Setiap pemenang dari kategori akan diumumkan pada 8 Mei 2016. Semua pemenang karya MoCS akan dipamerkan di Legoland sehingga 31 Mei 2016.

- Aktiviti Sepanjang Bulan May 2016 di Legoland
* Pada kanak-kanak yang menggayakan/memakai costume seperti karakter Star Wars kegemaran mereka boleh memasuki ke taman tema Legoland secara percuma.

* Untuk aktiviti setiap minggu,:-
a. Pengunjung taman LEGOLAND berpeluang untuk membina dan membawa balik edisi terhad mini Milennium Falcon.
b. Kanak-kanak juga berpeluang untuk menyertai aktiviti menari bersama LEGO Darth Vader di Star Wars Miniland.

* Setiap keluarga juga boleh menyertai pelbagai aktiviti antaranya seperti mencari Harta Karun (treasure hunt)edisi Star Wars dan lain-lain serta berpeluang untuk memenangi hadiah istimewa.

* Boleh bergambar di Star Wars 'Photo Wall'

* dan pelbagai aktiviti menarik


Di majlis sidang akhbar Master Your Force di LEGOLAND ini, saya berpeluang sendiri melihat beberapa koleksi LEGO dari edisi terhad STAR WARS yang dipamerkan. Memang saya kagum dengan keunikkan hasil bina dari blok-blok LEGO ini. Bukan mudah ya uolls untuk hasilkan senibina yang terbaik. Perlukan keazaman dan kesungguhan yang tinggi.

Antara koleksi LEGO edisi terhad Star Wars seperti :-










Millenium Falcon Black Series
Builder : Bruce Lee





Nak bertemu dengan LEGO Darth Vader ini? Jangan lupa kunjungi LEGOLAND bulan Mei nanti ya!

Keterangan lanjut mengenai acara dan harga tiket boleh layari http://www.legoland.com.my/

May the force be with you,
Master Your Force, LEGO STAR WARS DAYS 2016 di LEGOLAND Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 11, 2016 Rating: 5

4 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.