Anaemia

Anaemia merupakan antara masalah kekurangan nutrisi yang paling lazim di dunia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia menganggarkan bahawa kira-kira 30% daripada penduduk di dunia (lebih 2 bilion individu) menghidapi anemia, penyakit paling lazim di kalangan wanita dan kanak-kanak. Di Malaysia, daripada 5,184 orang dewasa yang diuji oleh Bahagian Kesihatan Pengguna Merck, kira-kira 39% daripada mereka menghidapi anaemia – 42% daripada 3,676 adalah wanita dan 31% daripada 1,508 adalah lelaki.

Anemia berlaku apabila tahap sel-sel darah merah atau tahap hemoglobin lebih rendah daripada biasa, oleh itu jumlah oksigen yang kurang telah dibawa ke dalam aliran darah. Kekurangan zat besi yang menyebabkan anemia adalah jenis anemia yang biasa disebabkan kekurangan zat besi di dalam badan untuk menghasilkan hemoglobin.

Walapun kelihatan tidak merbahaya, anemia boleh membawa kepada pelbagai komplikasi jika dibiarkan tanpa rawatan. Antara kesan utama termasuklah bayi dengan kecacatan kelahiran, perkembangan fizikal dan kognitif terjejas, peningkatan risiko kesihatan kepada kanak-kanak dan mengurangkan produktiviti kerja di kalangan orang dewasa. Perlu ditekankan bahawa penyakit ini menyumbang kepada 20% daripada semua kematian dalam kandungan di seluruh dunia dan menjadi satu kebimbangan utama bagi negara-negara membangun.

Tanda-tanda anemia adalah ringan dan risikonya kurang diketahui kerana kekurangan kesedaran dan pemahaman, Akibat kekurangan oksigen dalam badan, pesakit kekurangan zat besi anaemia akan mengalami gejala-gejala seperti – pening, kelesuan atau lemah badan; kerap sakit kepala; kebas kaki; keinginan untuk makan yang pelik seperi kotoran, ais atau tanah liat; sejuk kaki dan tangan; bengkak lidah dan tekak kuku rapuh dan kulit pucat. Sekiranya tidak dirawat, anemia boleh menyebabkan degupan jantung tidak teratur dan boleh membawa kepada kegagalan jantung atau serangan jantung.

Kehamilan, kedatangan darah haid yang berlebihan dan fibroid rahim adalah antara sebab yang mengundang lebih ramai wanita untuk menghadapi anemia berbanding lelaki. Menurut Institut Jantung, Paru-paru dan Darah Negara, anggaran 20% wanita mengalamai kekurangan zat besi anemia[. Ini dibuktikan dengan kajian yang telah dijalankan di Semenanjung Malaysia, melaporkan bawah 25% antara golongan wanita berusi 18 hingga 60 tahun menghidap penyakit tersebut. Golongan wanita hamil pulak lebih berkemungkinan untuk mengalami kekurangan zat besi kerana mereka memerlukan lebih banyak darah untuk menyokong pertumbuhan bayi mereka.

Melihat kepada peratus berkaitan kekurangan zat besi anaemia yang membimbangkan, Bahagian Kesihatan Pengguna Merck kini melangkah dan meneraju usaha meningkatkan kesedararan tentang penyakit anemia yang disebabkan kekurangan zat besi melalui kempen mereka, ‘Menangi Hari Anda’. 

Kempen ‘Menangi Hari Anda’ diadakan untuk mendidik dan memperbaiki kehidupan harian wanita khususnya kerana mereka berkemungkinan akan lebih cenderung untuk mendapat anemia.
Sebagai peneraju dalam penjagaan kesihatan dan kesejahteraan, Merck komited dalam memperbaiki dan memperkayakan aspek kesihatan dan kehidupan rakyat Malaysia. Dr. Dhara Shah, Pengarah Hal Ehwal Perubatan, Bahagian Kesihatan Pengguna Merck, berharap melalui usaha yang dianjurkan meeka, kehidupan mereka, terutamanya wanita, yang terjejas akibat kekurangan zat besi anaemia akan bertambah baik dalam usaha mereka mencari jalan membebaskan diri daripada penyakit tersebut.
Beliau berkata, “Dengan meningkatkan kesedaran mengenai isu ini, kami percaya bahawa rakyat Malaysia akan mendapat manfaat daripada pemahaman yang jelas tentang kekurangan zat besi dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk memulakan kembali kehidupan sihat. Kami mendorong mereka dalam mengambil inisiatif untuk mendapatkan pendapat daripada pakar penjagaan kesihatan kerana jika anemia tidak dirawat, ia boleh menjadi teruk dan menjejaskan kehidupan harian kita. Oleh itu, kami ingin membantu rakyat Malaysia untuk menangi hari mereka dan menjalani kehidupan bermakna dalam jangka masa panjang.”
Pasukan perubatan Merck di Indonesia bersama-sama pakar perubatan yang lain telah membangunkan Alat Penilaian Risiko Anemia. Alat tersebut membantu orang ramai untuk mengesan sama ada mereka berisiko menghadapi anaemia berdasarkan maklumat ringkas ke atas gaya hidup serta diet mereka. Disediakan percuma secara online, alat tersebut membawa pengguna kepada soalan-soalan mudah serta Carta Warna Konjungtiva ‘Conjuctival Paleness’. Carta tersebut akan membantu pengguna untuk mengenalpasti gejala-gejala kekurangan zat besi anaemia memandangkan mata mereka yang mengalami kekurangan zat besi anaemia akan lebih pucat dari normal akibat kekurangan sel darah merah dan hemoglobin. Ini boleh disahkan melalui ujian hemoglobin yang diselia oleh pakar kesihatan di klinik atau di hospital. Sekiranya mendapatkan rawatan dengan segera, ia boleh mengembalikan kesihatan dan meningkatkan produktiviti sebanyak 20%.
Dr. Zulfitri menambah bahawa pengurusan makanan dan nutrisi adalah penting dalam menangani penyakit ini. Untuk menambah tahap zat besi di dalam badan, seseorang perlu menambah tahap penyerapan zat besi melalui pengambilan daging, ikan atau ayam dalam setiap hidangan utama. 

“Antara cara untuk meningkatkan tahap penyerapan zat besi di dalam badan ialah dengan pengambilan vitamin C dalam setiap hidangan. Pengambilan minuman seperti the, kopi dan susu juga perlu dielakkan kerana ia menghalang penyerapan zat besi dalam makanan. bahkan pengambilan makanan tambahan zat besi membantu dalam menangani penyakit ini. Beliau turut menekankan bahawa makanan tambahan dapat diserap secara efektif dengan perut kosong. Namun, sekiranya terdapat ketidakselesaan atau kepedihan perut, makanan tambahan tersebut perlu diambil selepas makan.” jelas Dr. Zulfitri lagi, 

Seperti dalam kes Nor Amni Bt Haris, 31 dan Siti Noorshella Zainal, 37, rutin dan tugas harian mereka terganggu sebelum mereka mengetahui mengenai penyakit mereka. Nor Amni, wanita bekerjaya yang sering mengabaikan waktu makan, hanya mengetahui mengenai penyakit beliau selepas beliau dihantar ke doktor oleh rakan sekerjanya, setelah beliau pengsan di tempat kerja. Melalui perubahan dalam rutin diet, bersama pengambilan makanan tambahan yang disaran doktor, beliau kini mampu untuk mengawal tahap zat besi dalam badan beliau. Beliau menegaskan bahawa golongan professional, belia ataupun pelajar sekolah, perlu peka terhadap kekurangan zat besi anaemia kerana ia menganggu produktiviti sama ada di sekolah atau di tempat kerja.

Siti Noorsheila, ibu kepada 3 orang anak, mengetahui mengenai penyakitnya sewaktu hamil. Beliau menyedari bahawa kekurangan zat besi anaemia ini mampu memberikan kesan kepadanya yang menyusukan bayi. Pengambilan makanan tambahan serta diet makanan harian yang baik telah mem,bantu kehidupan seharian serta anak-anak beliau. Selain orang dewasa, beliau turut menasihati ibu-bapa untuk lebih peka terhadap anak-anak mereka kerana penyakit ini juga cenderung dialami oleh kanak-kanak .


Sempena kempen kesedaran “Menangi Hari Anda”, Merck menyediakan ujian hemoglobin secara percuma di farmasi terpilih di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut mengenai ujian hemoglobin percuma, dan melakukan pemeriksaan sendiri berkenaan status anemia anda melalui Borang Penilaian Risiko Anaemia dan Carta Warna Konjungtiva atau jadual ujian hemoglobin, sila layari www.winyourday.my. Untuk keterangan lanjut boleh juga layari http://www.sangobion.com.my/
Anaemia Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 10, 2016 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.