Raya Merdeka Cook With Chef 2016 & PENSONIC MALAYSIA!

Saya memang teruja giler! Apatah lagi ini merupakan tahun kedua saya menyertai Raya Merdeka Cook With Chef anjuran Pensonic. Untuk pengetahuan semua kelas memasak anjuran Pensonic merupakan tahun 3 berturut-turut dianjurkan. Setiap tahun jumlah penyertaan semakin meningkat dan mendapat sambutan yang hangat.
Untuk tahun ini, saya membawa Anaqi sebagai partner dalam memasak sambil ditemani my Ameer yang ketot itu, hahahah. Haruslah si Ameer dibawa juga memandangkan si kenit ini hanya mahu berkepit dengan ibunya ke mana sahaja.

Lama dah tak jumpa dengan Chef Ismail :)
Rasanya last jumpa masa bulan puasa. Ada majlis di Restoran Rebung ketika itu.

Di sini juga disediakan pelbagai props menarik yang boleh kita bergambar sakan. Pelbagai aksi dan keletah peserta kelas masakan dapat kita dilihat. Masing-masing memang teruja betul!

See my Anaqi tak nak kalah sama. Hahahah. Cuma dier ni kan jenis malu-malu kucing parsi. So bergambar seadanya sahaja.

Berbeza dengan mak dier yang overdoss vitamin. So, bila bergambar memang rupa paras teruja tu tak boleh nak sorok dah. Hahahaha. Dan TQ Ameer sebab tolong jadi props untuk mummy kat depan tu :p

Antara selebiti yang hadir memeriahkan majlis. nampak pelakon-pelakon Ola Bola di situ!



Segmen paling meriah, masa sebelum aktiviti memasak semua peserta kena bersenam ikut gaya Chef Ismail. Memang yang hadir rata-rata sporting abis, ekekekeke.

Cooking session kitaorang. Meja no 23. Semua dah tersedia dengan peralatan memasak dan juga bahan untuk masak pun adoooo...


Bahan-bahan mentah terutama ayam memang kami bersihkan terlebih dahulu. Biarpun memang sudah kelihatan bersih tapi bagi memastikan kualiti kebersihan dua kali ganda. Kami membersihkannya berkali-kali.

Anaqi in action,chewahhh!!!
Anaqi ni bab-bab memasak memang dier minat. Sejak kecik lagi sebab dier ni jenis suka makan. Tapi sejak dah meningkat dewasa ni, nampak dier prihatin sikit dengan penjagaan badan. Kiranya suka bersenam dan mengambil makanan pada waktu yang perlu sahaja. mak dier pulak yang stress, huhuhu.

Antara selebriti yang mendapat perhatian ramai. Berebut chik-acik ni nak bergambar. Al-maklumla bukan senang nak jumpa Tengku Ismail 'live' kat luar kan...

Memang ramai giler ajak berselpie, heheheheheheh

Pelbagai aktiviti disediakan sepanjang acara memasak berlangsung. Selain demonstrasi masakan, terdapat juga cabutan bertuah dan juga peraduan gambar di instagram paling menarik.

Dan saya cukup bertuah, kerana gambar saya dan Ameer telah dipilih menjadi salah saeorang pemenang untu peraduan di instagram. Dan ini adalah ke semua 10 pemenang instagram. Masing-masing muka excited dan sempoi jer (memang kaki bergambor ni, hahahaha)

Apapun, terima kasih Pensonic atas jemputan. Acara yang padat dengan pelbagai aktiviti dan paling penting saya dapat lagi belajar tentang menu baru yang mudah dan sedap dari chef selebiriti kesayangan 1Malaysia iaitu Chef Ismail. Semoga bertemu lagi tahun depan!!!
Raya Merdeka Cook With Chef 2016 & PENSONIC MALAYSIA! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 03, 2016 Rating: 5

3 comments:

  1. akak tahniahh.. bertuah betul akak ni.. Tengku Ismail ni suka betul dia berlakon... nak selfie dgn dia.. heheheh

    ReplyDelete
  2. jue----hehehehehe tq :) ala2 mng sekali sekala jer ni heheheh

    ReplyDelete
  3. tahniah ayu..tiap2 thn bertuah..makin byk gadget dapur

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.