CASIO EX-FR200 dan EX-ZR5000 Untuk Mereka Yang Suka Berselfie


Casio Malaysia baru-baru ini telah melancarkan kamera terbaru mereka baru iaitu EX-FR200 dan EX-ZR5000. Disasarkan kepada mereka yang suka berselfie, dengan EX-FR200 pengguna boleh mengambil keseluruhan imej 180 darjah dengan menekan hanya satu butang, ini termasuklah gambar pemandangan di bahagian belakang. Selain kamera ini boleh merakamkan  360 darjah 'view' horizontal Panorama untuk gambar dan video. Selain itu 208 darjah untuk foto dan video Super Wide Angle. Selain itu FR-200 mempunyai ciri-ciri  waterproof, freeze-proof, dan impact
resistant.

Turut diperkenalkan kamera EX-ZR5000, tambahan terbaru kepada siri Casio EXILIM ZR. Model baru ini juga memaparkan 19mm super wide-angle lens dan Wide View Photo mode untuk merakamkan pemandangan yang lebih luas dan berimpak tinggi sekaligus menjadikan gambar-gambar menjadi lebih cantik. Dengan spesifikasi dan ciri kamera ini menjadikan pengguna boleh mendapatkan foto ber'selfies' dan 'wefies' dengan lebih cantik.
Turut hadir ke majlis pelancaran adalah  Leona Chin pelumba drift perempuan no. 1 di  Malaysia, yang turut sama berkongsi pengalaman beliau menggunakan FR200 ketika melakuakn aksi-aksi drift di litar.

Encik Takashi Niida, Pengurus Bahagian Pemasaran Global Strategik, Casio Computer Ltd berkata 
“It is our hope and vision to take away the monotony and limitations of selfie taking using a smartphone camera and encourage users to see the vast capabilities that our digital cameras bring to the global phenomenon of selfies. We wish to keep reminding users that Selfie is Casio and Casio is Selfie.”


FR200 dijual pada harga RM2,399 manakala ZR5000 berharga RM1,949. Kedua-dua model dijangka berada di pasaran pada akhir bulan Oktober 2016.
CASIO EX-FR200 dan EX-ZR5000 Untuk Mereka Yang Suka Berselfie Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 15, 2016 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.