CompAsia Memperkenalkan Program ‘ReNew+’ Yang Membolehkan Telefon Pintar Mampu DiBeli Setiap Tahun!

ComputerAsia Sdn Bhd (jenama 'CompAsia')  merupakan syarikat "IT Asset Disposition" yang terkenal telah melancarkan satu program pemilikan terbaik yang dikenali sebagai “ReNew+’’ dan dijangkakan dapat mengubah cara bagaimana pengguna bijak berkemampuan menjual-beli telefon pintar mereka samada di negara Malaysia, Singapura dan Filipina.

Untuk pengetahuan semua pelancaran program ReNew+ ini sebagai satu langkah perintis yang sememangnya tidak pernah diterokai oleh mana-mana syarikat ITAD yang berani menembusi untuk bersaing di pasaran telefon pintar baru yang begitu kompetitif di ketiga-tiga negara itu (Malaysia, Singapura dan Filipina).

CompAsia yang ditubuhkan pada tahun 2012 untuk membangun industri membaik-pulih peralatan elektronik di rantau Asia telah bermula mengendalikan operasi fasiliti pertamanya di Petaling Jaya pada hujung tahun 2012. Aktiviti-aktiviti komprehensif yang dilaksanakan termasuk penghapusan data secara selamat serta membaiki, membina semula, mengubah suai dan seterusnya memasarkan semula peralatan elektronik pengguna yang terpakai ini. Perkakasan elektronik yang dibaikpulih untuk penggunaan semula adalah termasuk pelbagai komputer riba, komputer meja, laptop, monitor, pelayan web, komputer tablet dan telefon pintar yang akan dijual menerusi kedai online sendiri (www.comp-asia.com) dan juga melalui rangkaian pengedaran yang terdapat di seluruh negara. Pada hari ini dan empat tahun kemudian,

CompAsia telah berjaya melebarkan sayapnya menembusi pasaran Singapura dan kini Filipina dalam
usaha merealisasikan matlamatnya menerajui industri ini sebagai pembekal peralatan elektronik dan
telekomunikasi gunasemula yang terunggul dan juga profesional di rantau Asia.





Program ReNew+


Langkah 1: Beli telefon iPhones terbaru di CompAsia's online store (www.compasia.com) atau dari mana-mana kedai tertentu yang turut menawarkan program ReNew+ ini.i. 

Langkah 2: Buat bayaran menerusi Maybank Credit Card dan sertai Maybank's EzyPay untuk plan interest percuma sehingga 24 bulan. 

## Digalakkan menggunakan Maybank's EzyPay yerppp. Ini kerana pelan ini menawarkan pembayaran ansuran tanpa faedah sehingga 24 bulan (hanya untuk mereka yang layak membeli dengan menggunakan kad kredit Maybank mereka). Disamping menawarkan bayaran bulanan rendah tanpa apa-apa bayaran pendahuluan, pembeli turut berpeluang mendapat insuran “Phone Guard’ percuma selama setahun sebagai perlindungan daripada skrin retak.

Yang menariknya pembeli di Malaysia hanya dikenakan bayaran bulanan yang rendah untuk mendapatkan iPhone 7 dan iPhone 7+ yang baru. Disamping itu juga pembeli dapat memulangkan iPhone mereka selepas selesai pembayaran 12 bulan mereka bagi melayakkan diri untuk mendapat iPhone generasi baru tahun depan tanpa sebarang kerumitan susulan upgrade maupun dikenakan sebarang yuran pembatalan.Best giler!!!

 
Program upgrade dari ‘ReNew+’ ini amat fleksibel kerana ia membenarkan pengguna bebas memilih samada syarikat telekomunikasi sendiri maupun bersambung semula sahaja dengan yang sedia ada. Yang amat menarik sekali ia memudahkan pengguna bebas untuk menukar syarikat telekomunikasi walaupun selepas 12 bulan tanpa sebarang kerumitan susulan pembatalan kontrak dua tahun dengan syarikat tersebut.


"Pada tahap permulaannya, ReNew+ dilancarkan hanya untuk menawarkan program upgrade bagi telefon pintar iPhone sahaja memandangkan terdapat permintaan tinggi di pasaran jualan semulanya dan juga peranti ini merupakan iOS premium yang berharga tinggi dan masih tidak mampu dibeli orang ramai terutama mereka dari pasaran Asia yang sedang membangun. Selain itu, pengguna iPhone didapati lebih cenderung dan kerap kali menaiktaraf telefon pintar mereka jika dibanding dengan pengguna jenama lain,"ujar Julius Lim, Ketua Pegawai Eksekutif CompAsia.

Beliau berkata matlamat CompAsia adalah untuk menawarkan lebih banyak pilihan dan fleksibiliti
berbanding dengan pengeluar OEM maupun syarikat telekomukasi tempatan kerana hasrat pembeli
majoritinya setakat ingin mendapatkan satu pelan upgrade yang awal, mudah dan baik. Dengan adanya ReNew+, beliau yakin pembeli dapat menyedari bahawa kini terdapatnya satu cara yang lebih berbeza and bermanfaat lagi jika mereka ingin membeli dan menjual balik telefon pintar lama mereka.


Mengenai ComputerAsia Sdn Bhd ( CompAsia )

Beroperasi sebagai syarikat pelupusan asset teknologi maklumat (IT Asset Disposition) yang terulung di negara ini, CompAsia kini menyediakan pendekatan strategik menawarkan serta menyelenggarakan perkhidmatan membaikpulih kepada organisasi awam dan syarikat swasta bagi mereka membijakkan pengunaan dan juga pengunaan semula aset perkakasan mereka sebelum dipersarakan atau tidak terpakai lagi.

Ditubuhkan pada tahun 2012, CompAsia telah membuka fasiliti pertamanya di Petaling Jaya pada hujung tahun 2012 untuk membaiki, membina semula dan membaikpulih pelbagai peralatan elektronik pengguna seperti komputer meja, komputer riba, laptop, pelayan web dan peranti-peranti pengguna mudah alih seperti telefon pintar dan tablet. Barangan elektronik pennguna ini dijual secara terus kepada pengguna melalui kedai onlinenya (www.comp-asia.com) dan juga menerusi saluran pengedaran yang tedapat di seluruh negara.

Visi dan hala tujuan CompAsia adalah terkandung dalam ‘Dokumen Hidup'nya yang mementerikan
CompAsia bertanggungjawab mengendalikan aktiviti pemulihan aset IT secara lebih berhemah agar alamsekitar berkekalan bersih, nyaman dan segar didiami. Syarikat ini mengamalkan dasar ‘Pengurangan dan  Pengunaan Semula’ ( Reduce & Re-Use ) sebagai pilihan yang paling sesuai dan pro-alam mesra bagi menjamin kelestarian langkah syarikat menjalankan industri membaikpulih yang mampan.

##############################
ComputerAsia Sdn Bhd
Suite 2.04 Level 2,
Wisma Academy,
No. 4A, Jalan 19/1,
46300 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia.

Website: my.compasia.com
Facebook: fb.com/CompAsiaMY
Twitter: @compasiamy
Instagram: @compasiamy
Waktu Operasi:
Isnin - Jumaat, 8.30 pagi – 6.00 petang 
Tutp pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum




Jom, dapatkan..

 IPhone 7 

32GB: RM160/bulan   

128GB: RM185/bulan 

256GB: RM210/bulan 


IPhone 7 Plus
32GB: RM190/bulan

128GB:  RM215/bulan

256GB: RM240/bulan



CompAsia Memperkenalkan Program ‘ReNew+’ Yang Membolehkan Telefon Pintar Mampu DiBeli Setiap Tahun! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 31, 2016 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.