#66

Filem #66 terbitan Creative Motion Pictures bakal ditayangkan di Malaysia pada 17 November ini serentak juga dengan penayangan dengan di Indonesia. Diantara pelakon-pelakon yang membintangi filem ini ialah Asun Mawardi, Donita, Yayu AW Unru, Franki Darmawan, Erwin ST Bagindo, Ali Syehan,Fandy Christian, Djaitov Tigor, Hendra Louis, Joshua D Pandelaki dan Ricardo Silenzie.

********************************************
JUDUL FILM: #66

SUTRADARA : ASUN MAWARDI    

DURASI: 116 MINUTES

GENRE: AKSI/MARTIAL ARTS

PELAKON:
Asun Mawardi, Donita, Yayu AW Unru, Franki Darmawan, Erwin ST Bagindo, Ali Syehan,Fandy Christian, Djaitov Tigor, Hendra Louis, , Joshua D Pandelaki, Ricardo Silenzie






SINOPSIS


#66 (Asun Mawardi) adalah seorang pembunuh bayaran yang ditugaskan membunuh seorang informer polis untuk melindungi sebuah organisasi kriminal, tetapi melarikan diri bersama wang upahannya ke luar bandar sebelum menghabiskan tugasan yang diarahkan.

Niatnya satu untuk meninggalkan profesionnya sebagai PEMBUNUH!



#66 akhirnya memutuskan untuk kembali ke rumah kampung halamannya, tapi beliau tidak diterima oleh keluarga karena selama ini beliau telah menghilangkan diri tanpa ada khabar berita, dan perbuatannya itu membuat keluarganya begitu kecewa.

Akhirnya #66 memutuskan bekerja sebagai pemandu merangkap pengawal peribadi seorang gadis cantik bernama Fara (Donita) yang ternyata adalah anak dari ketua salah sebuah organisasi kriminal.

Berniat ingin keluar dari masa lalunya kini #66 terperangkap lagi di dunia kriminal semula. Semakin beliau mengetahui tentang keluarga Fara, semakin jelas terhadap bukti yang ahli keluarga ini bekerja untuk dengan organisasi kriminal dan adik Fara iaitu Ari (Ricardo Silenzie) menjadi pengedar narkotik.

Kehidupan mereka semakin konflik apabila terpaksa berhadapan untuk menumpaskan sarang pengedaran narkotik dan menghapuskan semua geng-geng musuh mereka.

Dan #66 juga sedang berusaha memulihkan kesilapan lampaunya dengan membina hubungan kekeluargaan yang sudah lama retak terutama dengan ayah dan adiknya.

Di sini #66 harus membuat pilihan samada untuk terus berkhidmat dan setia kepada pekerjaannya atau kembali kepada keluarga yang dirindui selama ini.


Apakah kesudahannya cerita ini?
Suspen..nak tahu kesudahan bolehlah menontonnya di pawagam-pawagam yang berdekatan anda :)

#66 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 17, 2016 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.