Anak Saya Memang Enjoy di Karnival Disney Junior Mickey and the Roadster Racers!


"Laughter is timeless. Imagination has no age. Dreams are forever." -Walt Disney

Saya memang membesar dengan kartun Mickey Mouse. Sejak sekolah rendah lagi saya sudah mula mengikuti siri animasi ini dan berminat untuk mengumpul barangan dari Mickey Mouse sebagai koleksi peribadi. Dan Mickey Mouse sirinya terus mewarnai dunia dari dulu sehingga kini. 

 Dan lebih menarik, siri animasi terkini Disney Junior iaitu Mickey and Racers Roadster telah mengadakan siri jelajahnya di tiga lokasi di Malaysia  iaitu:-

Kuala Lumpur
Centre Court, Megamall Midvalley
15-26 Mac 2017
Meet & Greet: 18 & 19 Mac 2017
Pulau Pinang
Gurney Paragon
29 Mac – 4 Apr 2017
Meet & Greet: 1 – 2 Apr 2017
Kota Bharu
Aeon Mall
6 – 8 Apr 2017
Apa yang menarik sepanjang Karnival Disney Junior Mickey and the Roadster Racers ini berlangsung terdapat pelbagai aktiviti interaktif yang disediakan oleh pihak penganjur. Nah! Dengan kedatangan cuti sekolah selama seminggu ini pastinya dengan menyertai aktiviti ini memberi 1001 kepuasan buat anak-anak dalam menghabiskan masa cuti mereka dengan aktiviti yang menyeronokkan!

 Antaranya permainan talian yang menguji tahap kepantasan anak dalam mengutip poin menerusi misi yang diberikan.

 Aktiviti membuat topi kaledar dari kertas dan juga mewarna. Oh ya! Ini antara aktiviti  kegemaran Amani setiap kali mengikuti acara yang melibatkan kanak-kanak :-)

Untuk anak-anak remaja, permainan simulator "car racing" sentiasa menjadi tumpuan. Lebih 'real", lebih mencabar dengan trek berjenis liku yang memerlukan teknik pemanduan dan kepantasan yang terbaik.


Perlumbaan di Hot Dog Hills istimewa buat kanak-kanak yang tidak melebihi 130 cm (hiks), yang mana mereka berpeluang membawa sendiri kenderaan iaitu kereta Micky yang comel sambil mengikuti arahan keselamatan ketika memandu.

Antaranya seperti, pastikan kita berhenti apabila isyarat lampu merah. Dan mula memandu apabila lampu bertukar hijau.


Pakai tali pinggang demi keselamatan!

 Pastikan kita mengambil semua ciri-ciri keselamatan sebelum memandu. Contohnya tutup pintu rapat, kunci pintu (aksi sahaja ya) dan lain-lain.

Ameer dan Afiq yang memang nampak seronok memandu kereta di Hot Dog Hills ini.

 Amani yang sentiasa memandu dalam keadaan berjaga-jaga. Mungkin sebab perempuan pemanduannya lebih berhati-hati dan perlahan, hiks.

Selepas seronok melakukan aktiviti pemanduan, mereka layak untuk mendapat lesen memandu.

Tada!!!!!!!!!!
Kembang kuncup hidung Afiq sebab dah ada lesen, hahahaha.

Sempena dengan karnival ini juga turut diadakan jualan barangan Mickey dan kawan-kawan di booth berdekatan. Memang cantik dan banyak pilihan juga!

Dan siri jelajah ini diadakan juga bersempena dengan Siri Mickey and the Roadster Racers yang bakal ditayagkan Disney Junior (Astro Ch 613) dan Disney Channel (Astro Ch 637). 

Yang mana untuk rancangan premier akan diadakan pada Jumaat, 24 Mac 2017 jam 1:30 petang di Disney Junior, Disney Channel dan Disney!

Untuk waktu siaran biasa: Setiap hari 2:30 petang di Disney Junior; jam 8:00 pagi di Disney Channel

Jangan lupa tonton tau!

 MICKEY merupakan watak utama siri bersama dengan kereta terbaiknya The Hot Doggin’ Hot Rod!

 Minnie dan Daisy dua sahabat rapat yang menjalankan agensi "helper"yang melakukan segala kerja yang di inginkan oleh masyarakat Hot Dog Hills. Daisy memiliki kereta "Snapdragon"dan Minnie pula dengan kereta comelnya "Pink Thunder"

 Kawan baik Mickey iaitu Donald dan juga Pluto, mereka juga penceria cerita. Donald memiliki kereta "The Cabin Cruiser", manakala Pluto dengan kereta antik dan uniknya iaitu "The Turbo Tubster".

Chip dan Dale, dua anak tupai yang comel ini merupakan pembantu workshop Mickey.


Seriously! siri animasi ini memang menghiburkan bukan sahaja buat kanak-kanak bahkan golongan dewasa juga. Apa yang pnting dalam setiap cerita selain dari warna kartun yang berwarna-warni, banyak betul pengajaran yang diselitkan. Antaranya seperti setiakawan, respek, jangan ada iri hati, sentiasa berusaha tidak mengalah dan macam-macam lagi.

Untuk keterangan lanjut mengenai siri animasi, boleh layari:-

Website:  Disney Malaysia  
Instagram:  Disney Malaysia
We're gonna gear up for fun
We're gonna rev up for adventures
We'll take a ride with everyone
Helpin' out with the Happy Helpers (woo)

With the friends to know, we're gonna go, go, go
Zoomin' around, having the best time (woo)
From Hot Dog Hills, our favorite town
Till we get to the finish line

We're Mickey and the Roadster, Mickey and the Roadster Racers
Come on, come on
Mickey and the Roadster, Mickey and the Roadster Racers!


We're gonna tear up the ro-o-o-o-oad
Spin out the whe-e-e-e-eels
Go overdri-i-i-i-ive

We'll have a great ride with Mickey and the Roadster Racers
Hot dog!
We'll have a great ride with Mickey and the Roadster Racers
Hot dog!
We'll have a great ride with Mickey and the Roadster Racers!
Anak Saya Memang Enjoy di Karnival Disney Junior Mickey and the Roadster Racers! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 20, 2017 Rating: 5

1 comment:

  1. Huishh bestla pula tengok.. kita yang dah besar ni pun tetiba rasa teringin nak cuba juga.. hiks

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.