ASAP Steamboat & Grill | Hidangan Sihat, Sedap, Selesa, Murah dan Berbaloi!

Restoran yang terletak di Laman Izzah Catering Puchong ini mula dibuka pada 2 Disember 2016, begitu berdekatan dengan kawasan USJ, Putra Heights, Subang Jaya dan juga Puchong. Cetusan idea membuka restoran ini adalah dari Tuan Haji Haron Khamis (pengasas Nurul Izzah Catering) yang mana beliau mempunyai impian untuk membuka sebuah restoran dengan persekitaran yang bersih, dekorasi cantik, pengudaraan dan pengcahayaan terbaik serta  ruang makan yang selesa. Apa yang menarik di Asap Steamboat dan Grill menawarkan sehingga 115 pilihan tawaran hidangan makanan yang sihat boleh dinikmati dalam keadaan santai dan selesa bersama ahli keluarga lain mahupun rakan taulan. 


Restoran ini dibina berkonsepkan kontena yang mampu memuatkan sehingga 200 orang dalam satu-satu masa dengan 40 perletakan buah meja. Terdapat 4 bahagian ruang makan iaitu di bahagian bawah kontena, skylite, tingkat atas berbumbung dan tingkat atas tanpa bumbung. Selain itu terdapat juga ruang dapur dan ruang buffet.

Ruang makan skylite

Ruang makan dibawah kontena

Ruang makan di luar berdekatan dapur

Ruang makan di atas berbumbung dan tidak berbumbung (disebelahnya)

Ini adalah kawasan buffet yang mana disediakan pelbagai jenis pemanis mulut seperti ais krim, abc (air batu campur), pau dan juga jagung rebus. Selain itu di kawasan ini juga terletak pelbagai jenis "seafood", snek ikan-fish ball, crab ball, tauhu pelbagai jenis, hidupan laut yang segar seperti sotong, lala, udang dan macam-macam lagi. Untuk hidangan dimasak grill disini kita boleh merasai sendiri 16 jenis perapan pada daging, ayam dan juga ikan.

Minuman panas dan sejuk. Feveret saya tentunya kopi panas. Apatah lagi dinikmati bersama hidangan steamboat, sememangnya cukup sempurna :-)

Terutama kanak-kanak mereka sangat sukakan jagung rebus. Istimewa di Asap Steamboat & Grill, segala perkakasan bahan mengikut citarasa hidangan yang kita kehendaki ada disediakan. Contohnya seperti ais krim dan abc. Kita boleh meletakkan perasa dan bahan yang dikhendaki mengikut citarasa yang kita ingini. Oh ya! Ada pau, candy, buah-buahan dan dadih juga.

Makan pau panas-panas bersama secangkir kopi ataupun teh o' benar-benar memberikan keseronokan. Nyummeh!!

Variasi pilihan sayur dan mee menjadikan pilihan hidangan disini seimbang dari segi pemakanan yang sihat. Yang menjadikan saya lebih kagum, sayur sudah dibersihkan dengan teliti dan disusun dengan kemas di satu sudut meja buffet,

Tidak dinafikan setengah pelanggan memang suka menikmati hidangan steamboat dengan nasi dan mee, bagi mendapatkan khasiat karbohidtrat dalam pemilihan menu makanan mereka. Di Asap Steambiat & Grill akan menyediakan nasi goreng dan juga mee/pasta goreng. Ianya akan sentiasa ditambah dari masa ke semasa bagi memastikan semua pelanggan berpeluang menikmatinya.

Antara menu istimewa disini ialah sup kambing kaw kaw dan "soft shell crab"yang digoreng ranggup bersama tepung. Jangan lupa kalau ke sini untuk merasai sendiri kehebatan rasa dua menu ini, terutamanya sup kambing! Memang "superb"apabila dapat menikmati ketika masih dalam keadaan panas-panas dengan dagingnya yang begitu empuk. 💓

Antara yang unik disini adalah sos untuk dinikmati bersama hidangan steamboat dan grill, ianya diperbuat sendiri (homemade) oleh chef restoran. Terdapat 8 jenis pemilihan sos -bbq, sos ala thai, blackpepper dan banyak lagi.





Teringin makan Yong Tau Foo? Comfirm tak menyesal bila datang ke sini. Banyak sangat pilihan snek ikan, udang dan sotong. Pilih sahaja mengikut kesukaan!

Paling penting menag hidangan laut disini semuanya segar-segar. Dari ikan, sotong, ketam, kupang, lala dan macam-macam lagi semuanya hasil angkapan laut terbaik dibawakan khas untuk pelanggan-pelanggan Asap Steamboat & Grill.

  
Begitu juga hidangan grill, ada 4 jenis perapan untuk setiap daging kambing, lembu, ayam dan ikan (jumlah 16 jenis perapan)💓

Semuanya sedap-sedap dan meyelerakan! 😍

Terdapat 2 jenis pilihan sup samada tomyam ataupun sup ayam. Dan sebagai penggemar makanan pedas, haruslah saya mencuba sup tom yam. Suami saya sendiri tidak menafikan rasa kuah tom yam di sini benar-benar sedap 👍

Happy Family, Happy Tummy. 💏
Ternyata dengan menikmati hidangan yang cukup enak dan memenuhi citarasa semua menjadikan waktu bersama keluarga menjadi lebih bermakna. Apatah lagi apabila menikmatinya dalam suasana yang selesa menjadikan makan malam keluarga begitu cukup sempurna dan istimewa.


Dengan hanya harga (per pax) yang ditawarkan cukup berbaloi dan berpatutan:-

DEWASA                                   : RM33
KANAK-KANAK  (6-12 tahun): RM16.50
KANAK-KANAK (1-5 tahun)   : PERCUMA

Di Asap Steamboat & Grill juga ada menyediakan tawaran pakej untuk diadakan sebarang majlis keraian. Contohnya seperti Majlis Pertunangan, kelas demonstrasi mekap dan pelbagai jenis acara yang lain. Ini kerana di sini terdapat juga ruang untuk membuat pelbagai aktiviti, kemudahan lain seperti tandas dan juga ruang solat.

Permintaan untuk majlis dibawah kanopi juga boleh diadakan memandangkan kawasan di laman Restoran Asap Steamboat & Grill juga agak luas.

Waktu Operasi
Dibuka setiap hari (Isnin-Ahad) dari jam 6 petang -12 tengah malam
Untuk Tempahan
Whatsapp 013-485 8944
Lokasi
Lot 94, Jalan Tempinis, Kampung Tengah A, 47150 Puchong, Selangor, Malaysia.
Waze
ASAP Steamboat & Grill (5 minit dari Putra Heights / One City)


Keterangan lanjut boleh layari FB  ASAP Steamboat & Grill 
ASAP Steamboat & Grill | Hidangan Sihat, Sedap, Selesa, Murah dan Berbaloi! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 13, 2017 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.