CARRIE JUNIOR KINI DALAM PEK ISIAN SEMULA, MUDAH GUNA & BOLEH KITAR SEMULA


Selama lebih daripada 20 tahun, CARRIE JUNIOR telah mencipta jenama yang dipercayai dalam
pasaran penjagaan diri kanak-kanak yang dirumus khas untuk kanak-kanak dan bayi. Sebagai jenama
yang percayai dengan inovasi, CARRIE JUNIOR sentiasa mencari cara baru bagi memenuhi keperluan pengguna setia yang sentiasa mengutamakan nilai dan kualiti.


Kos sara hidup yang meningkat telah menyebabkan pengguna mencari alternatif untuk mengurangkan perbelanjaan. Namun bajet yang ketat tidak bermaksud anda perlu mengorbankan keperluan penjagaan diri, terutamanya apabila tiba masa mandi untuk si manja anda.

Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia, CARRIE JUNIOR kini menawarkan pek isian semula, suatu pilihan penjimatan kos. Pek isian semula mudah guna, dan menjimatkan ini bukan sahaja khas untuk pengguna setia, tetapi juga sesuai untuk pengguna baru yang ingin mencari produk
penjagaan diri buat si manja tanpa perlu berbelanja lebih.

Pek isian semula baharu ini turut membantu memulihara alam sekitar kerana ia mengurangkan
keperluan membeli botol mandian baru yang akan meningkatkan pembaziran sisa plastik dan memberikan kesan buruk kepada alam sekitar. Dengan CARRIE JUNIOR Pek Isian semula, ibu bapa dapat berjimat dan menyelamatkan alam sambil menyediakan si manja dengan kelengkapan peribadi yang terbaik.

Antara varian CARRIE JUNIOR Pek Isian semula seperti:-

Body Hair & Body Wash - Joyful Rasberry

Body Hair & Body Wash - Cheeky Cherry

Body Hair & Body Wash - Groovy Grapeberry

Baby Bath - Groovy Grapeberry

CARRIE JUNIOR Refill Packs kini tersedia untuk rangkaian Hair and Body Wash dan Baby Bath.
Pek isian semula CARRIE JUNIOR Baby Bath 500g berharga RM8.90* (Semenanjung) dan RM 9.30* (Sabah & Sarawak) manakala CARRIE JUNIOR Hair and Body Wash terdapat dalam harga RM9.90* (Semenanjung) dan RM 10.40* (Sabah & Sarawak). Produk CARRIE JUNIOR boleh didapati di gedung-gedung runcit terkemuka, pasaraya hyper, pasaraya, dan farmasi terkemuka di seluruh Malaysia.

*Harga termasuk GST.
CARRIE JUNIOR KINI DALAM PEK ISIAN SEMULA, MUDAH GUNA & BOLEH KITAR SEMULA Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 26, 2017 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.