Lebih Adventur & Menarik Di Siri ZooMoo Groove!

Berpeluang membawa anak-anak beraktiviti di pameran ZooMoo bersempena dengan siri terbaru mereka ZooMoo Groove sememangnya saya tidak lepaskan. Apatah lagi untuk siri terbaru ZooMoo, bukan sahaja didatangkan dengan cerita lebih menarik bahkan turut diperkenalkan dengan karektor baru.

Kenalkan Seth Drury sebagai ZooMoo Renjer. Untuk pengetahuan semua Seth adalah selebriti yang berasal dari Australia (bekas peserta Australian Idol) merupakan seorang penyanyi, pelakon dan penari yang cukup dikenali.

Dalam siri terbaru ZooMoo, Seth akan membawa penonton menerokai pelbagai pengalaman baru bersama haiwan yang lain di laut, bukit dan peplbagai jenis landskap yang baru. Lebih menyeronokkan terdapat juga beberapa watak haiwan baru dengan pelbagai personaliti berbeza. Dan Seth akan membantu haiwan ini mencari habitat yang paling sesuai dengan mereka.

My Amani dan Ameer bergambar dengan Flash salah satu watak utama dalam ZooMoo :-)

 Antara mama blogger bersama anak-anak bergambar riang dengan dua watak utama ZooMoo iaitu Flash dan ZooMoo Renjer. Nampak begitu happening bukan!!!

Oh ya! Anak saya sempat juga menyertai beberapa aktiviti yang disediakan di pameran ZooMoo di sini. Antaranya seperti:-

Membina dan mencipta menggunakan "brick"...

 Permainan atas talian yang sentiasa mencuri perhatian kanak-kanak yang datang ke sini.

Aktiviti seni seperti mewarna karektor ZooMoo antara yang paling digemari oleh my Amani.

Abang badut yang rajin melayan karenah permintaan kanak-kanak yang inginkan belon yang ditiup menjadi objek yang digemari. Contohnya seperti pistol, pedang, anak beruang dan macam-macam lagi.


Jangan lupa tau saksikan tayangan ZooMoo premier di saluran Astro 619 pada hari Rabu 5 April 2017 jam 3.20pm. Manakala siaan ulangannya pada hari yang sama 7.20pm dan pada hari  Khamis pada 7.20pm dan 11.20am.

Keterangan lanjut boleh layari FB ZooMoo :=)
Lebih Adventur & Menarik Di Siri ZooMoo Groove! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 27, 2017 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.