Food Truck Alam Impian

Antara lokasi food truck yang best pernah saya terjah adalah dekat Seafood Alfresco Alam Impian Shah Alam. Memang happening uolls dekat sini! Bukan sahaja senang nak cari parking, bahkan ada pengawal keselamatan yang sangat membantu ketika berada di sini. Jadi bila datang makan biarpun satu keluarg ayang ramai ahlinya, kita tak jadi stress.

Kawasan food truck kat sini agak besar dan selesa. Biarpun nampak ramia pengunjung tapi tempat duduk yang disediakan memang sangat mencukupi. Kita boleh pilih samada hendak berada didalam bangunan atau luar kawasan sambil menghayati kawasan persekitaran yang cantik.

Ini antara senarai menu dan harga yang ditawarkan oleh setiap jualan di Food Truck. Semua sedap-sedap uolls...memang rambang mata nak memilih. Boleh dikatakan setiap food truck menawarkan pelbagai makanan dan minuman yang unik dan jarang kita boleh dapati di tempat lain. Tapi yang paling menarik dan mendapat perhatian saya tentulah masakan 'seafood' dan keria montok!

Jom layan 'food truck' yang ada dekat Alam Impian...cikedaut gaisss...

Keria montok. Yang ini paling da'bomb!!!

Makain satu rasa nak menangis sebab sedap sangat, huhuhu.

Saya beli teh madu tarik dekat sini. Beli teringat teh tarik madu ni..terus ingat kedai makan kat kelantan...Macam mengembalikan nostalgia tentang makanan dan minuman fav kat kelate...

Sotong kering awokkk....

Di salai dan letak sos yang mengancam...

Ada satu berger dekat sini nama dia soft shell crab berger, yang memang menjadi pilihan kebanyakan pengunjung yang datang ke sini.

Ok! Ini antara yang mencuri perhatian....seafood!!!!

Macam-macam ada. Tapi saya yelah mencuba Set B dengan pilihan rasa "SPICY"...Jujur review dari saya...ianya memang sedap sangat!!

Kalau nak minum BIG CUP dengan pelbagai pilihan rasa air minuman boleh terjah ke Food Truck yang ini..

Persekitaran yang kemas dan cantik.

Antara makanan dan minuman yang sempat saya nikmati....

MAngo cheesecake uolls...

Keria montok....

Dan seafood....lupa nak amik gambar, hiks...

Nak tahu mengetahui Food Truck Alam Impian ni, boleh check FB dowang ya gaisss https://www.facebook.com/SeafoodAlfrescoAlamImpian/

Food Truck Alam Impian Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 20, 2017 Rating: 5

2 comments:

mama tisya said...

sronok p food truck ni..mcm2 makanan....rambang mata..syok la luas n senang parking..aritu p yg food truck kt area kl yg sebelah corus hotel tu , tmpt parking sesak..meja xcukup..tmpt pn xde la besar mana

AyuArjuna BiGoshh said...

mt- alam impian ni best...dkt ngan umah adik amy kan...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.