Kebaikan Produk Tenusu Fonterra Dalam Setiap Hidangan Istimewa Untuk Ramadhan

Produk tenusu samada susu, minuman kultur dan keju antara yang paling digemari semua masyarakat di kira mereka berasal dari mana sahaja. Produk seperti ini bukan sahaja enak bahkan ianya banyak mengandungi khasiat seperti protein yang sangat diperlukan oleh badan kita.

Bersempena dengan ramadhan tahun ini Fonterra Malaysia jenama tenusu terbaik dari New Zealand telah berkongsi tentang beberapa resepi yang sihat dan mudah boleh disediakan dari dapur rumah kita sendiri. Sekaligus resepi yang dikongsi boleh memberi idea buat kita yang masih mencari-cari hidangan terbaik untuk disediakan samada waktu sahur ataupun berbuka.

Oh ya! Untuk kali ini demonstrasi masakan adalah dari Puan Manisya Ismail (Co-operative affairs Manager and Chairman of Halal Committee Fonterra Brands Malaysia Sdn Bhd) dan  Nurul Aziah Muda (Consultant Dietitian).


Puan Manisya Ismail telah menunjukkan 2 resepi menarik iaitu :-

  • Cultured Mango Tango Smoothie
  • Chicken and Potatoes Mini Pizza


  • Cultured Mango Tango Smoothie
Bahan:-
  • 60gm Fernleaf CalciYum Yogurt (mengguna Mango tapi boleh juga menggunakan perisa lain)
  • 110ml Fernleaf CalcYum Cultured Milk Drink (perisa natural)
  • 80ml air sejuk
  • 1 susu kecil madu
  • 1 susu kecil serbuk badam
  • 2 cawan buah mangga segar (blh sediakan extra sebagai hiasan)
  • Daun pudina (sebagai hiasan)

Cara sediakan:

  • Masukkan semua bahan dalam blender (kecuali bahan untuk hiasan)
  • Kacau sebati
  • Hiaskan dengan lebihan mangga dan daun pudina

Minuman ini memang menyegarkan sesuai untuk minum waktu berbuka.


  • Chicken and Potatoes Mini Pizza


Bahan :-

  • 6 bentuk bulat pizza crust
  • 200gm dada ayam (kena potong dadu)
  • 400gm kentang (kena potong dadu)
  • 3 sudu kecil minyak sayuran
  • 30gm Anchor Unsalted Butter
  • 1 bawang besar (dadu)
  • 3 ulas bawang putih (dadu)
  • Sedikit hirisan halia
  • 3 sudu Fernleaf Full Cream Milk Powder yang dibancuh dengan 1 cawan air suam (kacau sebati)
  • 12 kepingan Chesdale atau Achor Cheddar Slices
  • sedikit serbuk kari
  • sedikit daun kari
  • garam secukup rasa
  • Daun sup (sebagai hiasan)

Cara sediakan:-

  • Masukkan minyak sayuran dan Anchor butter ke atas kuali non-stick dengan suhu api sederhana.
  • Goreng daun kari, bawang besar dan kecil serta halia sehingga kekuningan.
  • Bancuh serbuk kari dan tumis sehingga pecah minyak.
  • Masukkan ayam.
  • Letakkan sedikit air dan masukkan kentang. Masak sehingga empuk
  • Letakkan susu yang telah dibancuh. (Sebagai ganti santan)
  • Dah siap. Susun di atas kulit pizza.
  • Letakkan keju yang telah dipotong. Hiaskan dengan daun bawang.



Bakar selama 10 minit dengan suhu 200c.

Tadaaaaaaaaaaaaaaa..dah siap!!

Pizza yang mengandungi protein, karbo dan juga sayuran.

Seterusnya Puan Nurul Aziah Muda (Consultant Dietitian)  telah menunjukkan cara menyediakan dua resepi iaitu:-
  • Overnight Oats With Kurma
  • Rendang Tok


  • Overnight Oats With Kurma
Bahan:-
  • 1/2 cawan Anlene Low Fat Yoghurt - (Yang plain)
  • 1/2 cawan oats
  • 2/3 cawan Anlene Concentrate UHT - Original
  • 1 sudu kecil biji Chia
  • 2 sudu kecil kurma yang telah dihiris halus
  • Untuk hiasan boleh guna kurma, buahan segar dan sebagainya

Cara penyediaan:
  • Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk.
  • Kacau secara perlahan-lahan
  • Biarkan semalaman didalam peti ais.
  • Masa nak makan boleh taburkan buahan segar ataupun buah kurma diatasnya.

Overnight Oats with Kurma ini memang mengenyangkan. Paling penting ianya sangat membantu untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit ketika bukan ramadhan.

  • Rendang Tok
Bahan:-
  • 300 gram daging pejal yang telah dibersihkan potong ikut saiz sederhana
  • 1/2 cawan Anchor cooking cream (atau Anchor UHT Milk)
  • 10 gram galangal, perah untuk dapatkan jus
  • 5 gm halia + 10 gm bawang putih + 100 gm bawang merah dan serai (2 batang) - blender
  • 1 sudu kecil corriander spice + 1 sudu cumin seed + 1 sudu lada hitam + 10 cili kering - blender
  • 1/4 cawan kerisik
  • 1 seed Caedomom
  • 1/2 bunga lawang
  • 1/2 cinnamon
  • 1/2 asam keping
  • 1 sudu serbuk kari
  • 15gm palm sugar
  • 1/2 sudu garam
  • 2 cawan air

Cara Penyediaan:
  • Masukkan tanpa minyak semua bahan yang diblender.
  • Masukkan daging dan tambahkan sedikit air. Masak sehingga daging menjadi separuh masak.
  • Masukkan asam keping, palm sugar dan garam
  • Seterusnya letak Anchor Cream. KAcau 1-2 minit
  • Masukkan kerisik dan masak sehingga kering.


Menariknya tentang rendang tok ini ianya dimasak tanpa minyak. Cukup rasa dengan bahan spices. Enak dimakan bersama nasi panas ataupun ketupat dan lemang. Juadah menarik untuk hari raya nanti.

Puan Manisya Ismail dan  Puan Nurul Aziah Muda bersama hasil masakan mereka. Ternyata ke semua resepi yang ditunjukkan sangat mudah dan berkhasiat. Tidak menggunakan ramuan yang berkolestrol tinggi bahkan dengan penggunaan produk ternusu Fonterra mampu menjadikan hidangan yang disediakan cukup lengkap dengan pemakanan yang sihat.
Kebaikan Produk Tenusu Fonterra Dalam Setiap Hidangan Istimewa Untuk Ramadhan Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 27, 2017 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.