Kempen Jakel Barulah Raya 2017 Memang Meriah Noks!!!

Baru-baru ini saya sempat singgah ke Wisma Jakel Shah Alam untuk mencari baju melayu buat Akid, Afiq dan Ameer. Dengan slogan Jakel Barulah Raya tahun ini, JAKEL Trading Sdn. Bhd. telah menampilkan sekali lagi selebriti duta raya Jakel bagi mempromosikan koleksi pakaian raya. Apa yang menarik untuk kempen kali ini, Jakel turut memperkenalkan konsep pemilihan warna pakaian sedondon sekeluarga, baju untuk mereka yang bersaiz besar, kurta dan banyak lagi.

Majlis berkonsepkan sembang santai yang diadakan baru-baru ini di Jakel Shah Alam turut menampilkan sekali lagi Duta Raya tahun 2017 iaitu Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Scha Al Yahya & Lara Alana (Schawalara) serta Ayda Jebat. Turut sama juga adalah wajah baru tahun ini Hanis Zalikha , Hairul Azreen & Yusuf Iskandar dan tidak dilupakan Upin dan Ipin yang turut hadir memeriahkan acara. 

Menurut Tuan Hj Mohamed Izani b. Mohamed Jakel; Pengarah Urusan Jakel Shah Alam, 

 "Kempen Jakel Barulah Raya tahun ini adalah salah satu aktiviti wajib dalam kalendar promosi Jakel bagi memasarkan produk pakaian raya di antara Duta Raya Jakel bersama para pelanggan. Di majlis ini turut menyelitkan sessi lelongan jualan untuk koleksi pakaian raya. Dimana, setiap Duta Raya Jakel akan mempromosi dan menjual koleksi pakaian raya mereka dengan harga runtuh untuk pelanggan Jakel. "


Selain daripada itu Jakel Shah Alam turut menghangatkan lagi kempen jualan hari raya dengan memberikan baucar Baju Raya Percuma kepada 1,000 pelanggan yang terawal.  Memang berbaloi sangat! Yang mana pelanggan boleh menggunakan baucar ini bagi mendapatkan Baju Melayu & Jubah Aaron Aziz secara PERCUMA . 

Untuk koleksi edisi raya kali ini ianya merupakan koleksi terkini yang memfokuskan kepada corak dan warna yang lebih segar dan moden. Memahami keinginan pelanggan, Jakel sentiasa menampilkan koleksi kain terbaru dan terkini untuk pengemar fabrik di luar sana. Jadi tidak hairanlah jika jenama Jakel juga itu sendiri adalah trendsetter. Sekaligus menjadikan koleksi kain di Jakel mempunyai ciri-ciri eksklusif tersendiri kerana ianya dicipta oleh desingner in-house Jakel.

Melihatkan kepada keadaan ekonomi yang sangat mencabar, ramai pengemar fesyen lebih selesa memilih koleksi pakaian mampu milik tetapi masih mengekalkan elemen eksklusif. Kesemua koleksi produk yang dikeluarkan oleh Jakel mementingkan elemen-elemen utama antaranya pemilihan fabrik berkualiti tinggi, permainan warna yang bersesuaian dan perincian rekaan secara kemas dan rapi. Gabungan kombinasi ini untuk menyerlahkan lagi personaliti si pemakai agar kelihatan bergaya dan fashionable sesuai dengan trend terkini. Ini bersesuaian dengan golongan sasaran Jakel iaitu untuk semua peringkat golongan umur sama ada muda atau tua, untuk mereka yang memiliki koleksi pakaian daripada Jakel pasti ianya menimbulkan aura keangunan untuk wanita dan ciri-ciri maskulin si jejaka pasti terserlah. 

 JUALAN MURAH SEMPENA HARI RAYA 

Sempena menyambut bulan Ramadan dan hari raya pada bulan hadapan, Jakel juga memberikan penawaran istimewa kepada para pelanggan yang berkunjung membeli-belah di Jakel, dimana para pelanggan boleh menikmati HARGA RUNTUH. Jakel juga mengambil peluang dengan memberikan potongan harga sehingga 85% untuk produk pakaian koleksi lebaran kali ini. Lagi menguntungkan, koleksi pakaian readymade baru untuk persiapan hari raya juga direka khas daripada pereka-pereka dalaman Jakel sendiri. Jualan hebat sempena Hari Raya yang berlangsung sehingga malam raya memberikan promosi harga yang cukup hebat dan jimat sekaligus membantu pelanggan mendapatkan koleksi pakaian raya yang terbaik. Jualan hebat juga dianjurkan adalah bermatlamat untuk menarik minat lebih ramai pengemar fesyen terutama golongan wanita dan remaja untuk melihat dengan lebih dekat keluaran koleksi terbaru yang diperkenalkan oleh Jakel. Selain daripada itu ianya juga ingin memberitahu kepada pelanggan bahawa mereka boleh mendapatkan harga yang jauh lebih murah berbanding ditempat lain. 

Harga koleksi baju melayu yang ditawarkan juga amat berpatutan iaitu bermula dengan harga serendah RM89 dengan diberikan secara PERCUMA sehelai kain samping beserta butang baju melayu bagi setiap pembelian sepasang baju melayu. Untuk tahun ini juga Jakel telah mengeluarkan produk pakaian kurta untuk mereka yang mahukan penampilan ringkas ketika berhari raya dan kurta ini juga adalah mesra wuduk. Manakala baju kurung wanita dijual dengan harga bermula RM 79 sepasang, jika tahun sebelum ini Jakel menageluarkan pakaian kanak-kanak berjenama Lara Alana, edisi kali ini Jakel melengkapkan pakaian raya kanak-kanak lelaki dibawah jenama Yusuf Iskandar. Pakaian raya kanak-kanak juga memberikan harga yang menjimatkan bermula pada RM 39. 


Koleksi Baju Melayu Aaron Aziz ini direka khas dan khusus dengan mengetengahkan kekemasan pada leher, poket dan motif bercorak. Keistimewaan Koleksi Aaron Aziz adalah koleksi yang sememangnya berbeza dari segi penggunaan fabrik dan warna. Rekaan terbaru khas 2017 adalah dari pelbagai jenis fabrik. Antara warna-warna yang dijangkakan bakal menjadi pilihan pada tahun ini adalah warna-warna pastel selain warna kegemaran ramai antaranya hijau zamrud, merah cili dan biru diraja. 


Manakala Baju Melayu Nabil Ahmad berkonsepkan moden kontemporari yang menekankan kekemasan pada leher dan poket. Baju-baju ini ditawarkan dengan harga yang berbeza-beza bergantung pada rekaan dan kualiti. Ini kerana, JAKEL mempunyai beberapa kumpulan sasaran dan ingin menjadikan Koleksi Nabil Ahmad ini sebagai koleksi mampu milik. Jika uolls perasan rekaan Nabil lebih kepada slim fit yang mana memang 'in' dengan kegemaran anak-anak muda hari ini.


Menambahkan lagi kemeriahan promosi hari raya, Jakel mengambil inisiatif mengeluarkan produk baju melayu “plus size” dan ini juga merupakan kali pertama bagi Jakel memasarkan produk tersebut untuk mereka bersize comel. Lanjutan daripada ini, Jakel mengambil peluang berkolaborasi bersama selebriti yang telah mendapat pengiktirafan sebagai “Funniest Person in the World” iaitu Harith Iskander. 

Koleksi kurta di bawah label Awal Ashaari dan Hairul Azreen ini adalah keluaran terbaru dan terkini Jakel dimana ianya adalah untuk memenuhi citarasa pelanggan disamping mengikut trend semasa. Setiap koleksi kurta yang dihasilkan adalah berkualiti kerana ianya mementingkan keselesaan bila dipakai. Koleksi kurta menggunakan fabrik cotton yang bercorak disamping mempunyai kekemasan di potongan leher dan di belakang bahu serta dilengkapi dengan poket. Keluaran koleksi kurta turut berkonsepkan mesra wuduk dimana ianya boleh dilipat dan dibutangkan pada bahagian sisi lengan. Setiap koleksi kurta yang dihasilkan mempunyai variasi pelbagai rekaan dan terdapat lebih daripada puluhan warna bagi setiap rekaan kurta. Jakel juga turut mengeluarkan koleksi kurta Aaron Aziz dan Nabil Ahmad sebagai pilihan kepada pelanggan untuk mengayakannya di musim lebaran ini

Jakel turut mengeluarkan koleksi baju kurung dibawah label Ayda Jebat yang berkonsepkan kurung moden. Ini adalah bersesuaian dengan citarasa terkini terutamanya para gadis yang inginkan penampilan tampak ceria dan segar. Koleksi kali ini juga Jakel masih mengekalkan ciri-ciri eksklusif pada setiap rekaan dimana, penggunaan warna yang lebih lembut tetapi masih diberi perhatian kepada rekaan yang 'up-to-date' dan perincian. Dan untuk baju kurung yang dikeluarkan ini mensasarkan kepada golongan wanita daripada peringkat remaja hingga dewasa. Setiap keluaran Ayda Jebat bagi koleksi lebaran tahun ini ianya lebih bertemakan “simple but nice” dimana koleksi rekaan memfokuskan kesederhanaan dalam pengayaan tetapi masih disuntik dengan elemen glam dan bersesuaian trend masa kini agar si pemakai tampak lebih trendy ketika berhari raya.


Pakaian kanak-kanak masih dikekalkan dengan label Upin Ipin walaubagaimanapun ianya diolah dengan rekaan yang sedia ada kepada rekaan baju melayu bercorak. Bagi pemebelian koleksi baju melayu Upin Ipin turut diberi percuma samping dan butang baju melayu. Jakel sentiasa melakukan keistimewaa pada setiap kempen yang dijalankan, bagi lebaran tahun ini Jakel menapilkan koleksi pakaian kanak-kanak di bawah label Yusof Iskandar selain daripada Lara Alana.


Istimewanya lebaran kali ini, Jakel tampil mengeluarkan koleksi raya bercirikan kekeluargaan dimana ianya direka dengan rekaandan warna sedondon. Secara tidak langsung mewujudkan lagi suasana riang di hari raya bersama keluarga tersayang. Contohnya jikatahun ini baju raya bertemakan warna ungu jadi mudah untuk kita dapatkan warna dan rekaan yang sama untuk setiap ahli keluarga. Paling menarik Jakel kali ini juga menghasilkan rekaan dengan mengeluarkan produk bercirikan warna-warna ceria dan boleh digayakan untuk satu keluarga.


Koleksi Schawalara 


a) Awal Ashaari


Koleksi pakaian raya Baju Melayu di bawah label Awal Ashaari ini direka khas dan khusus dengan mengetengahkan kekemasan pada leher, poket dan motif warna. Disamping itu, mengetengahkan potongan “shirt” tanpa pesak seperti kebiasaan baju melayu, Ia mampu memberikan kekemasan apabila digayakan bersama sampin. Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan dan lebih menarik lagi, pelanggan akan diberikan percuma samping beserta butang baju melayu.  Saya juga sangat tertarik dengan rekaan sampin bunga tabur yang didatangkan dengan set baju melayu Awal. Memang cantik sangat uolls!!


Disamping itu, terdapat juga keluaran kurta Awal Ashaari bagi mereka yang gemarkan penampilan secara ringkas ketika berhari raya. Berkonsepkan rekaan moden dan mengekalkan keaslian ciri asli kurta itu sendiri membantu menampakkan lagi ketampanan pada si pemakai. Kurta dibawah jenama ini juga divariasikan menerusi rekaan bagi memenuhi permintaan pasaran. Diperbuat daripada material yang berkualiti dengan menggunakan fabrik cotton untuk memberikan keselesaan kepada si pemakai. Selain mempunyai jahitan yang kemas, ianya juga mempunyai kekemasan pada bahagian bahu agar ianya nampak terletak cantik apabila digayakakan. Untuk selebriti seperti Awal memang sentiasa mencari kesempurnaan dalam memilih pakaian :-)



b) Scha Al-Yahya

JAKEL mengambil inisiatif dengan mengeluarkan koleksi Baju Kurung Moden di bawah jenama Scha Al-Yahya. Fabrik yang digunakan untuk menghasilkan baju koleksi ini adalah dari himpunan fabrik-fabrik berkualiti dari jenis fabrik kapas sulam, chiffon, lace dan banyak lagi. Baju-baju ini ditawarkan dengan harga yang berbeza-beza bergantung pada rekaan dan kualiti. Ini kerana, JAKEL mempunyai beberapa kumpulan sasaran dan ingin menjadikan Koleksi Scha Al-Yahya ini sebagai koleksi mampu milik untuk semua lapisan masyarakat. Baju kurung Scha Al-Yahya diperkemaskan dengan beberapa jenis detailing seperti jahitan manik, perincian lace dan permainan dari segi “cutting” supaya ia nampak menarik dan tidak terlalu sarat. “Musim raya ialah musim untuk kita meluangkan masa bersama keluarga dan sahabat handai, jadi keselesaan menjadi keutamaan dalam setiap baju saya”. Lebih menarik, kesemua baju Scha Al-Yahya didatangkan dalam pelbagai saiz, bermula dari S hinggalah ke XL.


c) Lara Alana

 Bagi merealisasikan konsep kekeluargaan, JAKEL juga mengekalkan si kecil Lara Alana sebagai Duta Raya Jakel untuk tahun ini bagi mempromosikan produk baju kurung kanakkanak perempuan dibawah jenama Lara Alana. Populariti si kecil ini dengan pengikut hampir 2 juta di laman sosial, dan dengan gaya fesyennya yang seringkali mendapat perhatian di Instagram dilihat mampu untuk menarik minat anak kecil, khususnya ibu bapa yang inginkan anak perempuan mereka tampil secomel Lara Alana di hari lebaran kelak.

Koleksi Lara Alana yang direka dengan lebih 20 rekaan ini menggunakan jenis fabrik yang lembut dan bersesuaian dengan kulit kanak-kanak. Memberikan kelainan pada baju kurung kanak-kanak, rekaan kali ini dihiasi dengan butiran beads dan lace untuk menceriakan lagi karektor kanak-kanak di musim perayaan nanti.


 Koleksi Hanis, Hairul, Yusof 


Istimewanya hari raya tahun ini, Jakel juga berkolaborasi bersama keluarga kecil diminati ramai iaitu Hanis Zalikha, Hairul Azreen dan Si Cilik Meletop Yusof Iskandar. Pemilihan ini adalah kerana keluarga tersebut sering kali mendapat perhatian ramai oleh mereka yang mengikuti mereka di alam maya.

a) Hanis Zalikha

Setiap rekaan yang dihasilkan oleh jenama ini pasti memberikan kepuasan yang maksima kepada peminat Hanis untuk beraya bersama koleksi ini. Jakel mengekalkan konsep elegan, versatile dan classy serta mengangkat kecirian tradisional menjadikan koleksi gabungan ini memiliki keistimewaan tersendiri. Dihasilkan dengan berkonsepkan moden dan elegan. Setiap koleksi rekaan mempunyai pilihan warna yang berbeza. Penggunaan fabrik sangat selesa, setiap design dijahit kemas. Dilengkapi butiran beads dan sulaman lace menambahkan lagi ciri-ciri eksklusif. Keluaran ini juga menyediakan koleksi dengan harga mampu milik dan boleh dibeli di semua cawangan Jakel.


b) Hairul Azreen
Diperbuat daripada fabrik cotton material yang bersesuaian dengan keadaan cuaca di negara kita. Mempunyai keunikan kerana ianya berkonsepkan moden yang mana di bahagian sisi diberi potongan tepi. Setiap rekaan ini juga mempunyai detail poket dibahagian dada bagi memberikan sedikit unsur klasik dan bahagian tepi kiri untuk membolehkan pemakai menyimpan barangan peribadi. Selain daripada itu keluaran kurta ini juga bermotifkan mesra wuduk dimana bahagian lengan boleh dilipat dan dibutangkan di bahagian tepi bagi memudahkan pengambilan air sembahyang.


 c) Yusof Iskandar

Keceriaan lebaran tahun diserikan lagi dengan koleksi pakaian daripada si kecil comel Yusof Iskandar. Menjadi satu lumrah penjagaan anak kecil terutama soal pemakaian amat rumit untuk dipilih ditambah pula di musim perayaan. Oleh it, Jakel mengambil inisiatif mengeluarkan produk pakaian kanak-kanak dengan bercirikan kasual.

Dibawah jenama ini, baju melayu yang dihasilkan bermotifkan potongan leher “round neck” memang membantu memberikan keselesaan kepada kanak-kanak. Penggunaan fabrik cotton yang bermutu tinggi agar  sesuai dengan semua kulit kanak-kanak. Paling menarik pilihan warna untuk koleksi ini juga boleh disuai padankan dengan baju melayu dewasa, ini membolehkan para pelanggan bmemakai sedondon dengan dengan ahli keluarga lain.

Antara kemeriahan pelanggan yang datang berkung ke jakel Shah Alam yang sempat saya rakamkan :-)
Jualan lelong dari masa ke semasa, memang jauh lebih murah harga yang ditawarkan.

Layanan daripada pekerja dari staff Jakel memang terbaik. Staff Jakel akan membantu sebaik mungkin kepada pelanggan yang pening membuat pemilihan pakaian yang diinginkan.

Ini adalah koleksi Lara Alana. Banyak betul rekaan menarik dengan variaisi pilihan warna yang cantik.

Koleksi pakaian wanita yang mendapat perhatian ramai pengunjung terutamanya dari kaum wanita sendiri. Memang rambang mata untuk memilih, ini kerana rekaan yang ditawarkan di Jakel semuanya menarik.

Pelanggan yang datang berpusu-pusu tidak mahu melepaskan membeli pakaian Jakel pada harga menarik. Di zaman sekarang, pembeli kena sentiasa bijak untuk berbelanja. Beli barangan kualiti terbaik, up-to-date tapi harga masih relevan untuk membeli.

Nabil : Abang Dee, tahu tak ada berapa cawangan Jakel di Malaysia. Saya selaku duta Jakel 3 tahun berturut-turut nak tanya Abang Dee yang jadi pengacara jemputan 5 tahun berturut-turut selama mana abang Aaron jadi duta di Jakel...5 tahun in a row..

Abang Dee : 21 lahhh noks....soalan kbat lah sangat...

Nabil : Dengan Jakel Barulah Raya....
Abang Dee : Banyak rekaan, jauh lebih murah di pasaran, jimat perbelanjaan...gitchewwww

Kempen Jakel Barulah Raya 2017 Memang Meriah Noks!!! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 06, 2017 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.