Produk Berz Yang Menarik dan Mesra Bayi!

Tidak dinafikan memiliki anak kecil di rumah menjadikan segala keperluan mereka sentiasa diutamakan. Baru-baru ini saya telah membeli 2 produk dari jenama Berz di Lazada. Apa yang menarik kedua produk yang dibeli didatangkan dengan bentuk yang sangat menarik dan praktikal buat ibu-ibu yang super busy dengan aktiviti setiap hari.

Dua produk tersebut adalah:-

Berz Toddler Dinnerware -Baby Solid Feeding Dishes 5 in 1 Multifuntional Bowls Cup Spoon and Fork FDA Approved BPA Free

Berz Baby Food Grinder blender Homemade Food Processor Multiunctional Feeding 8 in 1 Set Grinding Bowl Filter Lapping Plate FDA Approved BPA Free

Ini adalah produk yang memang saya mencari untuk my Yara. Biarpun saya sibuk bekerja tetapi keperluan harian seperti penyediaan makanan sememangnya saya memilih untuk melakukannya sendiri. Ini kerana makanan yang kita sediakan adalah yang terbaik memandangkan kita pasti memilih sayuran/buahan yang segar, kaya dengan nutrisi dan paling penting ianya bersih.

Diperkenalkan dengan produk Berz Baby Food Grinder blender Homemade Food Processor Multiunctional Feeding 8 in 1 Set Grinding Bowl Filter Lapping Plate FDA Approved BPA Free yang mempunyai 8 jenis peralatan (boleh rujuk pada gambar di atas) dalam penyediaan makanan bayi sememangnya sangat memudahkan urusan harian saya. Paling penting produk ini dihasilkan dari bahan yang bebas BPA yang mana kita sedia maklum membahayakan kesihatan untuk masa panjang.

Disebabkan Yara sudah mula diberi bubur dan air buah-buahan sejak beliau berusia 6 bulan lepas. Jadi antara buahan yang saya gemar berikan selain buah kiwi dan jus epal adalah buah oren. Apatah lagi  buah oren bukan sahaja kaya dengan vitamin C bahkan rasanya yang masam-masam manis menyebabkan anak-anak kecil begitu menggemarinya.

Memandangkan perkakasan ini tidak memerlukan penggunaan elektrik dan ianya diperbuat daripada plastik berkualiti tinggi jadi ianya tidak merbahayakan. Bahkan ianya boleh dijadikan aktiviti membuat jus bersama anak-anak kecil seusia 2 tahun ke atas.

Lihat sahaja my Ameer yang begitu teruja membantu menyediakan jus oren dengan pantauan saya sendiri. Sekaligus mengajar Ameer tentang tanggungjawab sebagai abang dan juga melatihnya untuk lebih berdikari.

Peralatan yang disediakan dari set Berz Baby Food Grinder blender Homemade Food Processor Multiunctional Feeding 8 in 1 Set Grinding Bowl Filter Lapping Plate FDA Approved BPA Free juga membolehkan kita untukmembuat puri isi ubi kentang, labu dan sebagainya. Ini kerana ianya juga didatangkan dengan alatan melenyek (warna putih) dan juga penapis. Paling best, kita juga boleh membawa Berz Baby Food Grinder blender Homemade Food Processor Multiunctional Feeding 8 in 1 Set Grinding Bowl Filter Lapping Plate FDA Approved BPA Free ke mana sahaja terutama jika keluar bersama anak kecil. Ianya sangat kompak, praktikal dan mudah.

Kita boleh dapatkan produk ini di LAZADA!

Ini pula adalah set Berz Toddler Dinnerware -Baby Solid Feeding Dishes 5 in 1 Multifuntional Bowls Cup Spoon and Fork FDA Approved BPA Free. Lihat sahaja rupanya yang comel bukan anak sahaja yang pasti teruja bahkan ibu juga!

Set lengkap 5 dalam 1 ini didatangkan dengan bekas makanan dan minuman dan juga set sudu yang sangat cute! Sebenarnya terdapat 4 pilihan warna dan saya telah memilih warna pink  ini.

Lihat sahaja set sudu dan garfu yang permukaannya di perbuat daripada silikon. Permukaan sudu dan garfu agak pejal tetapi lembut yang pastinya tidak akan melukakan mulut.

Bekas makanan yang diperbuat daripada stainless steel, ianya tahan lasak dan panas. Dan sangat praktikal dijadikan bekas makanan anak-anak ketika kita keluar berjalan ataupun untuk diletakkan di rumah.

Ianya juga sangat mudah terutama untuk menyuap anak kerana terdapat pemegang tangan. Selain itu bentuknya yang bulat menyebabkan ianya praktikal. Lihat sahaja my Yara yang begitu excited menikmati buburnya dalam mangkuk yang comel ini.

My Yara yang bersungguh-sungguh menikmati hidangan dalam mangkuk comel dari Berz Toddler Dinnerware -Baby Solid Feeding Dishes 5 in 1 Multifuntional Bowls Cup Spoon and Fork FDA Approved BPA Free

Terdapat juga bekas minuman yang mana muncung minumannya diperbuat daripada silikon yang materialnya sangat lembut dan ringgan. jadi kita tidak perlu risau jika anak kecil kita menikmatinya sendiri.

Pastinya produk berkualiti ini didatangkan dengan warna-warna ceria yang mampu menarik si manja kita. Praktikal, mudah dan bergaya untuk di bawa ke mana sahaja.

Nak dapatkan produk ini, boleh layari LAZADA!
Produk Berz Yang Menarik dan Mesra Bayi! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 16, 2017 Rating: 5

2 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.