Syampu Shurah Ariana Pilihan Terbaik Buat Wanita Berhijab Seperti Saya!

Biarpun saya wanita berhijab, namun saya sentiasa mengambil berat tentang kesihatan rambut saya. Ini adalah kerana rambut adalah mahkota bagi wanita. Oleh yang demikian pemilihan syampu yang sesuai dengan jenis rambut adalah penting untuk memastikan rambut dan kulit kepala kita kekal sihat dan cantik berjaga. Sepertimana yang kita ketahui dengan menutup rambut sepanjang hari dalam keadaan cuaca panas dan lembap akan mengakibatkan rambut mudah berminyak dan sekaligus menjadi punca rambut berkelemumur. Ini menyebabkan kita akan berasa tidak selesa dan rambut menjadi berbau. Impaknya kita akan menjadi rasa kurang keyakinan diri.

Namun baru-baru ini saya telah diperkenalkan dengan Syampu Shurah Ariana oleh seorang rakan. Apa yang menarik bahan semulajadi sebagai ramuan dalam syampu ini diekstrak dari bahan semulajadi dan ianya halal. Bebas paraben dan ianya sesuai digunakan oleh semua jenis rambut. Kita boleh pilih sendiri kesesuaian rambut ketika melalui pilihan siri penjagaan syampu Shurah ariana yang ditawarkan.


Syampu Shurah Ariana telah diperkenalkan untuk membantu dalam penjagaan rambut wanita terutamanya wanita berhijab. Ia diperkaya dengan bahan aktif semulajadi DANDRILYS yang mampu mengurangkan kelemumur dan ia lebih efisyen berbanding molekul anti-kelemumur terkenal, Zinc Pyrithione (ZPT). Ia berupaya mengurangkan kerengsaan, ketidakselesaan akibat kegatalan dan
mengawal pengeluaran minyak pada kulit kepala. Selain itu, bahan aktif Farnesol dan aroma wangian yang disertakan dengan teknologi pengurangan bau akan membuatkan rambut kekal harum dan segar sepanjang hari.

Rangkaian syampu Shurah Ariana baharu ini hadir dalam empat set berbeza untuk menangani pelbagai masalah rambut khususnya rambut wanita berhijab.

1. Botol Pink - Lembut Dan Bersinar atau Smooth & Silky Hair


Dirumuskan dengan pati buah tin dan delima yang membantu melembutkan rambut dan membersihkan kulit kepala dari kesan minyak serta kekotoran.Menariknya kandungan bahan antioksidan yang tinggi mampu memelihara kesihatan kulit kepala walaupun berhijab sepanjang hari. Dan ini mampu meningkatkan rasa keyakinan dalam diri.

2. Botol Hijau - Anti Kelemumur atau Anti Dandruff

Diformulasi dengan bahan aktif Octopirox dan Menthol sememangnya sedia maklum ianya dapat mengurangkan masalah kelemumur. Ini adalah melalui pengawalan minyak berlebihan, mengoptimumkan tahap sebum serta melindungi dari unsur-unsur luar. Kandungan menthol di dalam syampu ini juga membuatkan kulit kepala dan rambut anda kekal sihat, menawan dan segar sepanjang hari. Saya sendiri setelah menggunakannya kepala rasa begitu sejuk dan selesa.

3. Botol Oren- Rambut Kering & Rosak atau Dry & Damaged Hair


Diadun menggunakan ekstrak minyak Argan, minyak Jojoba, Vitamin A, B5 dan E yang berupaya membekalkan nutrisi mencukupi untuk mengatasi masalah rambut kering, gugur dan bercabang sekaligus menjadikan rambut lebih lembut, subur dan bermaya. Vitamin A memberi kelembapan berkekalan kepada kulit rambut. Vitamin B5 menguatkan akar rambut supaya tidak mudah gugur, membantu mengawal kerosakan rambut akibat terdedah kepada panas dan mengurangkan masalah
rambut bercabang. Vitamin E pula mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas dan membekalkan nutrisi yang mencukupi bagi mengatasi masalah rambut kering, gugur dan bercabang sekaligus menjadikan rambut anda tampil lebih lembut, subur dan bermaya.

Saya sangat syorkan bagi mereka yang mempunyai rambut bermasalah untuk mencuba sendiri produk syampu Shurah Ariana dari siri ini. Ianya mampu merawatkan rambut anda agar sihat, kuat dan bersinar semula. Terutama masalah bercabang keguguran.


4. Botol Biru - Kawalan Rambut Gugur atau Hair Fall Control

Diperkaya dengan protein dan minyak zaitun untuk menguatkan, memperbaiki serta
melindungi rambut agar sentiasa lembut dan sihat. Kandungan minyak zaitun membantu mengawal kesan anti radang pada kulit kepala. Bahan anti oksidan pula menyubur dan menguatkan akar rambut serta mengurangkan kelemumur. Siri penjagaan rambut ini sesuai untuk mereka yang mempunyai rambut yang lebat :-)

So uolls siri syampu Shurah Ariana ini boleh didapati di pasaraya dan farmasi utama seluruh negara pada harga RM12.30 untuk 330ml dan RM7.90 untuk 170ml. Sangat berpatutan dengan ramuan dan khasiat penjagaan rambut yang terbaik diberikan.


Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shurah dan rangkaian Shurah Pencerah, uolls boleh layari:

Facebook Shurah Malaysia : https://www.facebook.com/ShurahMalaysia/
Untuk pembelian di dalam talian: http://www.jetaine.com/shop/

#shurahmy
#shurahariana
#shurahmalaysia
#shurahpencerah

Syampu Shurah Ariana Pilihan Terbaik Buat Wanita Berhijab Seperti Saya! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 07, 2017 Rating: 5

4 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.