Bekalkan Sajian Khasiat Mengikut Kesesuaian Citarasa Ameer Yang Dikasihi

Kenalkan ini Ameer Shahmi berusia 3 tahun. Anak keenam dalam tujuh adik beradik. Seorang kanak-kanak yang periang dan aktif. Suka eksplorasi perkara baru dan gemar bersosial dengan rakan sebaya. Jiwanya sangat penyayang terutama dengan haiwan-haiwan yang jinak.



Antara tempat kegemaran Ameer adalah Zoo Negara, taman permainan, taman tema, kolam mandi dan taman rekreasi. Pendedahan anak dengan persekitaran luar sambil melakukan aktiviti sememangnya sangat membantu anak itu sendiri terutama dari skil pemotoran (fizikal badan), pemikiran (boleh berfikir di luar kotak) dan banyak lagi kelebihan yang sekiranya disenaraikan memang panjang berjela.


Namun bagi memastikan anak saya Ameer mampu melakukan semua aktivitinya tanpa halangan/masalah terutama dari kesihatan badan, saya harus memberinya yang terbaik. Ini terutama dalam pengambilan hidangan harian di samping memerhatikan kandungan nutrisi bagi menyokong tumbesarannya agar Ameer sihat selalu dan menjadi lebih cergas lagi. 



Memandangkan Ameer sentiasa mencuba sesuatu yang baru, jadi sebagai ibu, saya kena lagi berusaha untuk membuat eksperimentasi dari segi bahan makanan apabila menyediakan hidangan. Ini termasuk bahan-bahan dalam diet pemakanan sihat seperti protein, kekacang, sayur-sayuran, buah-buahan, tenusu dan bijirin. Barulah seimbang dan berkhasiat…

Apabila umur Ameer menjangkau usia 3 tahun, beliau sudah mula mengambil hidangan 3 kali sehari. Apatah lagi selain susu, Ameer sudah mula meminta nasi, roti,buah-buahan dan sebagainya. Walaupun Ameer bukanlah seorang yang cerewet, namun si manja saya ini sangat sukakan sesuatu baru dan unik. Apatah lagi jika ianya seni makanan yang disusun cantik didalam bekas membuatkan beliau lebih teruja untuk menikmati hidangan tersebut.

Antara yang menjadi kegemaran Ameer adalah roti mentega kacang bercoklat bersama hirisan strawberi. Untuk mentega kekacang coklat ini, saya hasilkannya sendiri dengan menggunakan mentega kacang dan campuran susu Dumex Dugro perisa coklat serta madu.

Bagi menambahkan minatnya untuk menikmati hidangan tersebut, saya telah mengajak Ameer bersama-sama melakukan aktiviti penyediaannya. Ternyata aktiviti sebegini mampu memberi keseronokan kepada Ameer sekaligus menjadikannya antara aktiviti berfaedah yang boleh dilakukan bersama ibu dan anak.

Dengan memberi arahan serta sokongan, Ameer dapat mengikutinya dan melakukan penyediaan makanan kegemarannya dengan baik. Apatah lagi apabila diberikan buah strawberi yang menjadi kegemaran beliau menjadikan kelancaran penyediaan hidangan sangat mudah.

Sebenarnya, saya amat seronok meyediakan bekalan makanan buat si manja sebab saya boleh mengawal kandungan nutrien dalam makanan. Dengan sedikit imaginasi, saya bermain dengan makanan yang berwarna-warni, kaya dengan rasa, tekstur dan nutrien untuk membuatkan Ameer teruja untuk makan. Kanak-kanak aktif seperti Ameer, kena lah ada bekalan sendiri untuk memupuk tabiat makan yang sihat dan mengelakkan pembaziran. Apabila nampak bekalan Ameer habis licin, itulah yang menggembirakan hati saya.
 

Ameer bersama bekal makanan yang berisi semua makanan kegemarannya. Antaranya seperti roti mentega kacang bercoklat bersama hirisan strawberi (berwajah beruang), buah epal dan biskut mentega warna-warni.

Bagi saya budaya membawa bekal makanan memang baik sebab ia dapat mengelakkan anak saya membeli makanan ringan yang tak berkhasiat.

Apa sahaja yang terbaik buat mu sayang :-) Pengambilan susu juga tidak dipandang remeh sebab kanak-kanak perlukan khasiat seperti kalsium dan protein untuk pertumbuhan dan perkembangan mereka. Dengan membekalkan si manja dengan makanan lebih lagi nutrisi yang juga menjadi kegemarannya bersama susu Dumex Dugro sekaligus menjadikan sajian hidangan lengkap dengan khasiat yang diperlukan.

Dan saya telah memilih susu Dumex Dugro 4 sebagai sumber nutrisi tambahan untuk membantu tumbesaran anak saya. Apa yang menarik mengenai susu Dumex Dugro hari ini, kandungannya telah diperbaharui dengan lebih khasiat yang diperlukan oleh si manja. Dugro® dirumus dengan lebih lagi DHA*, 15 vitamin dan mineral serta lcFOS unik (hasil kajian selama 40 tahun), untuk ibu-ibu yang sentiasa ingin memberikan Si Manja mereka lebih lagi nutrisi.

*berbanding dengan formulasi terdahulu, 9.7 mg.

Inilah bekal makanan baru yang Ameer suka…


Dengan setiap pembelian 2 pek mana-mana varian bersaiz 900gram Dumex Dugro, para ibu berpeluang mendapatkan "Dumex Dugro Bekal Nutrisi" secara PERCUMA. Terdapat 3 warna bekal nutrisi yang ditawarkan iaitu merah, hijau dan kuning. Untuk keterangan lanjut boleh layari http://www.dugro.com.my/promosi_dan_acara/ncp

Sekiranya ibu ibu mempunyai sebarang persoalan mengenai amalan pemakanan atau nutrisi Si Manja, ibu ibu boleh menghubungi CARELINE 24 jam DUGRO, yang terdiri daripada pakar nutrisi, pakar diet dan bekas jururawat. Talian CARELINE DUMEX yang beroperasi selama 24 jam ini adalah:-

1800 38 1038




Berikan yang terbaik buat si manja yang dikasihi,
Bersama sajian lengkap Dumex Dugro "lebih lagi nutrisi,
Membantu pertumbuhan sihat dan cergas setiap hari ,
Dengan kualiti terbaik harga mampu miliki,
Penjimatan dirasai, 
Dumex Dugro sememangnya pilihan famili!

Comments

Popular Posts