Homaigaddddd Kedai Jalan Jalan Japan di 1 Shamelin Mall Cheras Dibuka Pada 30hb September 2017 !!!!

Ekoran dari penerimaan serta sambutan masyarakat Malaysia terhadap barangan dan produk preloved dari Jepun, Jalan Jalan Japan telah membuka sebuah lagi cawangannya yang terbaru di Kuala Lumpur. Dan ianya terletak di Tingkat 3, 1 Shamelin Mall Cheras. Apa yang menarik untuk lebih mudah kita berbelanja di sini, kita hanya ters parking kereta di tingkat atas di aras 3. Ini kerana outlet Jalan Jalan Japan berdekatan betul dengan parking di aras atas. 

Untuk pengetahuan semua kedai Jalan Jalan Japan ini adalah inspirasi dari kedai terkemuka BOOKOFF di Jepun, yang mana kedai ini juga mempunyai 800 cawangannya di Jepun dan seluruh dunia termasuklah New York dan Los Angelas. Barangan preloved yang dijual bukanlah disebabkan oleh masalah kerosakan dan sebagainya. Tetapi gaya hidup dan budaya masyarakat Jepun sendiri yang tinggal dalam unit rumah yang kebanyakan saiznya agak kecil menyebabkan mereka terpaksa menjual barangan di dalam rumah mereka. Dan ada juga barangan yang dijual masih belum digunakan lagi (masih baru dan elok).


Menurut Mr Daichi Shuzui Pengarah Pemasaran BOK, masyarakat Jepun sememangnya mengamalkan gaya hidup "kitar semula". Ianya bermula dari trend yang diperkenalkan oleh Bookoff Corporation yang memperkenalkan jualan buku-buku lama dan terpakai pada mulanya, seterusnya CD, DVD, barangan elektrik, permainan kanak-kanak, pakaian dan pelbagai lagi. Dari menyimpan dan memenuhi ruang tanpa dipakai adalah baik dijual pada harga yang berpatutan. Mungkin ada masyarakat dunia di luar sana yang sangat memerlukan barangan ini dan mereka boleh dapatkan dengan harga yang murah serta berpatutan.

Jadi kebetulan saya dan beberapa rakan yang lain sempat melihat sendiri barangan di Jalan Jalan Japan di 1 Shamelin Cheras hari Sabtu yang lepas. Memang sebelum masuk ke dalam lagi saya dah teruja sangat kerana saya pernah melalui pengalaman membeli barangan dari Jalan jalan Japan satu masa dulu. Memang sampai hari ini semua barangan yang dibeli masih boleh digunakan dengan baik sehingga hari ini. Boleh baca post dari entri saya yang lama di sini :-



Jpeun ada 4 jenis musim kan... So kat sini kita boleh dapatkan pelbagai jenis pakaian dan rekaan mengikut 4 musim - sejuk, bunga, luruh dan salji. Korang pilih sahaja dari segi saiz dan jantina tak ada masalah. Semuanya ada. Samada korang berminat ataupun tidak. Pandai pilih dapatlah yang terbaik.

Contohnya jaket macam Aunty Lily pakai. Nampat 'smart' dan elegan bukan? harganya RM30 sahaja. Giler tak murah. Untuk mereka yang bakal pergi ke tempat-tempat sejuk, bolehlah cari pakaian sejuk seperti kot dan jaket di sini. Harga sangat berpatutan jauh lebih murah dari harga pasaran.

Anaqi memang jenis suka pakaian ala-ala sweater macam ni. Sampai tak tahu nak pilih rekaan yang mana sebab banyak juga yang menarik dan memenuhi citarasa budak remaja seperti beliau.

Kepantangan wanita yang gila beg macam saya bila ternampak bahagian yang tergantung-gantung semuanya koleksi beg-beg dengan pelbagai rekaan. Memang ambil masa agak lama bila berada di sini. Nak cari yang benar-benar memikat hati memang mencabar.

Kalau nak travel memang kita perlukan beg yang besar. Jadi semuanya memang kena rancang betul-betul. Perancangan ini perlu juga melibatkan persiapan dan perbelanjaan. Jadi untuk lebih jimat, nak dapatkan beg troli yang besar dan murah boleh datang ke jalan Jalan Japan 1 Shamelin Mall Cheras. 

Miliki anak kecil, stroller ni memang menjadi keperluan. Selain itu terdapat juga barangan-barangan bayi yang lain mungkin kita benar-benar perlukan. Semuanya ada di sini. Yang penting kita buat pilihan yang terbaik dan benar-benar diperlukan oleh si manja kita.

Sebenarnyaaaaaa.... Banyak giler barangan kat sini. Rambang mata nak pilih. Daripada barangan perhiasan rumah, alatan tulis, periuk belangan, kelengkapan dapur, pakaian, kasut, perabot (ada sedikit), barangan sukan, permainan kanak-kanak dan banyak lagi sebenarnya. Ni kalau masuk dalam entri mahu juling korang tengok gambar-gambar yang banyak saya rakamkan.

Saya sendiri biarpun tidak pernah menjejaki di negara matahari terbit, tetapi saya sebenarnya penggemar produk dan koleksi dari negara tersebut terutama yang berkaitan dengan watak-watak animasi mereka. Ya ampunnnn, saya dan keluarga terutama anak dan suami memang kaki layan hampir semua animasi dari Jepun. Jadi bila ada barang preloved dari Jepun, haruslah koleksi-koleksi animasi ini seperti figurin memang yang akan dicari dulu.

Kaki golf? Jangan risau kalau kayu golf korang patah. Nak tambah banyak bilangan batang kayu pun boleh cari kat sini. Zaman minyak dah naik, cara berjimat dengan membeli barangan yang masih elok dan boleh di pakai di kedai seperti ini - Jalan Jalan Japan!

Terpengaruh dengan dekorasi masyarakat Jepun. Nak tiru gaya tatarias diaorang. Terus jer ke jalan Jalan Japan, ada juga barangan perabot tapi unit bilangannya agak terhad ya.

Kitaorang rembat 2 sandal macam ni. Kondisi masih tip top, nampak baru giler. Satu lagi jenama Edwin. harga RM20 sepasang. Anaqi cuba memang dia excited sebab selesa. So, amik satu untuk Anaqi dan satu lagi Dedet alang-alang haruslah terus grab dulu yang berkenan di hati.

Port ni pun antara yang lama saya berkampung. Sebabnya ada banyak giler pilihan beanie! Anak-anak lelaki sayalah semuanya jenis suka membeli dan menjadikan beanie antara koleksi yang mereka gemari. Harga beanie kat sini RM5 sahaja. Memang murahlah. Sebab terlalu banyak sangat warna dan rekaan jadi memang makan masa untuk saya memilihnya. Termasuklah my Yara yang 7 bulan tu pun sama nak join sekaki mencari beanie.

Di Jalan Jalan Japan turut disediakan kawasan untuk anak-anak kita bermain. Jadi tidak perlu risau jika kita hendak mencari barangan di situ kerana pihak pengurusan telah menyediakan tempat yang selamat dan selesa untuk anak-anak kita berada didalam dunia mereka iaitu bermain dengan gembira!

Antara rakan-rakan media yang telah sempat shopping sakan di Jalan Jalan Japan 1 Shamelin Cheras. Masing-masing pegang berplastik-plastik. Banyak betul kautan yang mereka dapat ya! hikhikhik

Saya pula 3 plastik besar berjaya di bawa balik dengan semuanya barang-barang buat anak-anak yang setia menunggu saya di rumah :p Seronok berbelanja di sini bukan hanya kerana terdapat banyak sangat barangan preloved dari Jepun, staf-staf di sini juga telah dilatih seperti orang Jepun tau. Mereka sangat peramah dan sangat membantu saya ketika shopping di sini.

So, korang jangan lupa untuk singgah di :

Jalan Jalan Japan
Lot 3-006 Level 3
 1 Shamelin Mall 
100 Jalan 4/91
Taman Shamelin Perkasa
Cheras Kuaal Lumpur

Waktu operasi : 10 pagi sampai 10 malam

Sebarang update terkini boleh rujuk di:

Jalan Jalan Japan di 1 Shamelin Mall Cheras ini akan mula dibuka pada 30hb September 2017 ya! Untuk 100 pelanggan yang pertama berpeluang menikmati 10% diskaun dari harga pembelian barangan dibeli. Dan akan diberi tambahan lagi 5% diskaun jika anda sebut nama saya AYU RAFIKAH dari ayuarjuna.blogspot. Jumlah 15% diskaun semuanya boleh diperolehi tau. 

Jadi jumpa lagi nanti pada 30hb September ini. Selamat membeli-belah!!!

Arigatogozaimashita!!

#serbujjj 
#hargagiler 
#jalanjalanjapan

Comments

Popular Posts