Lulu Hypermarket Semua Keperluan Ada Di Bawah Satu Bumbung!

Pada Hari Malaysia 16 September 2017 baru-baru ini, saya berkesempatan ke Lulu Supermarket yang terletak di ibu kota. Pasaraya besar yang ibu pejabatnya terletak di Abu Dhabi ini rupanya telah dibuka sejak tahun 2016 di Malaysia.

Bersempena dengan Hari Malaysia yang dirai, Lulu Hypermarket & Department Store telah menyediakan pelbagai aktiviti menarik kepada pengunjungnya. Namun acara kemuncak pada hari tersebut ialah menghasilkan "Kek Buah Terpanjang di Malaysia". Jika sebelum ini rekod kek terpanjang dipegang oleh Colmar Tropicale pada tahun 2014 iaitu 90 meter panjang dengan ketebalan 8 sentimeter.


Antara objektif menghasilkan kek terpanjang di Malaysia ini adalah untuk bersama-sama memeriahkan sambutan Hari Malaysia. Selain dari ingin meningkatkan imej Lulu di kalangan masyarakat, ini juga sebagai daripada projek CSR yang mana semua hasil juakan kek disalurkan ke Rumah Amal Cheshire Selangor.

 Akhirnya dengan ketebalan 15 sentimeter dan 50 sentimeter kek sepanjang 123.30 meter berjaya dihasilkan sekaligus memecahkan rekod yang sedia ada di Malaysia Books of Record. Syabas diucapkan kepada Supermarket Lulu Hypermarket & Department Store.

Alang-alang  dah berada di sini sempat juga saya membeli-belah barangan keperluan rumah. Pelbagai barangan keperluan di jual pada harga yang cukup menarik, terutama apabila diberikan harga promosi yang memberi gandaan penjimatan dalam berbelanja.


Antara yang mengujakan apabila berada di sini ialah pelbagai manisan Arab ada ditawarkan. Seriously, saya memang sudah lama mencari manisan konafa yang cukup terkenal di negara Timur Tengah. Dan siapa sangka di Lulu Hypermarket di Malaysia kita boleh mendapatkannya dengan harga yang begitu murah.

Hendak mencari keju yang benar-benar HALAL tanpa was-was. Anda boleh dapatkannya di Lulu Hypermarket. Selain itu terdapat pelbagai pilihan jenis keju ada ditawarkan. Geram betul saya tengok keju putih fetta yang sememangnya enak dinikmati bersama salad dengan percikan sedikit minyak zaitun.

Saya jua sangat teruja berada di bahagian ini. Mencari kepingan daging yang telah siap diperisakan dengan bahan-bahan lain sememangnya sesuatu yang unik dan istimewa. Contohnya seperti Malaysian Chicken With Curry dan banyak lagi. Biasanya hirisan daging ini enak dijadikan sebagai inti roti, ataupun bahan topinng atas pizza.

Terdapat juga kepingan daging yang telah siap dipotong dan dibungkuskan didalam beg kedap udara dengan kemas. Saya telah memborong 2 jenis kepingan daging di sini. Mudah untuk saya menyiapkan hidangan sarapan dengan meletakkan kepingan daging yang semestinya memberikan khasiat protein yang diperlukan oleh badan.

Pelbagai jenis kekacang yang ditawarkan, namun yang paling best di Lulu Hypermarket juga ada menjual safron. Saya memang menggunakan safron setiap kali saya menyediakan nasi arab untuk keluarga. Jadi sekarang saya tidak perlu mencari-cari pasaraya mana yang ada menjual safron, tetapi terus sahaja menuju ke Lulu Hypermarket untuk mendapatkannya.

Peminat Jalepeno, Buah Zaitun pastinya teruja bila berada di bahagian ini. Dengan pelbagai jenis buah zaitun yang ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan memang memberi keseronokan. Apatah lagi ianya didatangkan dengan pembungkusan yang kemas sekaligus membolehkan kita untuk menyimpan produk ini untuk masa tempoh tertentu (boleh mencapai lebih dari tempoh satu tahun tau)

Penggemar kopi bolehlah mendapatkan biji kopi yang segar dan bermutu di Lulu Supermarket. Harga yang ditawarkan adalah bergantung kepada gred kopi itu sendiri. Mereka yang hantu kopi pasti tahu menilai dan mencari yang terbaik biji kopi melalui aromanya.

Gula-gula yang biasanya kita boleh perolehi dari Timur Tengah kini boleh kita dapatkannya di Malaysia. Di mana lagi kalau tidak di Lulu Hypermarket yang telah mengimport makanan kegemaran kanak-kanak dari negara Timur Tengah ke sini.

Turut dijual manisan seperti coklat didalam bentuk hamper. Jadi kita boleh jadikan hamper ini sebagai hadiah untuk pemberian majlis keraian ataupun kepada orang-orang tersayang.

Lulu juga mengeluarkan beberapa produk jenamanya sendiri. Contohnya seperti pelembut kain (softener dan banyak lagi). Pastinya harga produk yang dikeluarkannya sendiri lebih murah dan jimat berbanding dengan jenama luar yang sedia ada di pasaran.

Barangan kering dan keperluan dapur di bahagian tingkat bawah sememangnya antara tarikan utama kepada pelanggan setia Lulu. Setiap minggu, setiap bulan terdapat pelbagai promosi yang ditawarkan kepada pelanggan dengan harga yang cukup menarik.

Memang rambang mata apabila berada di sini. Biarpun hanya keperluan makanan di rumah, harga sebegini murah sangat berbaloi untuk saya yang mempunyai isi rumah yang ramai. Ini antara makanan yang saya beli kerana ianya merupakan antara buah-buahan kegemaran anak-anak di rumah.

Ada masakan panas juga ya! Contohnya seperti ayam tandori, ayam bakar dan pelbagai lagi. Dan harga istimewa telah diberikan masa ke semasa. Untuk minggu contohnya harga 1/4  saiz ayam tandori bakar berharga RM3.45 daripada harga asal iaitu RM6.90. Murahkannn.

Hidupan segar juga ada dijual di Lulu Hypermarket. Sepertinya melangkah ke pasar basah, semua jenis hidupan laut ada termasuklah juga daging ayam dan lembu. Paling best, di Lulu Hypermarket memang disediakan servis membersihkan ikan yang dibeli. Jadi, urusan memasak kita setiap hari bertambah mudah tanpa perlu menyiang ikan dan sebagainya.

See!!! Nesar dan segar ikan patin ini :-)

Jus buahan asli yang diperah terus dari buah-buahan dan disini juga ada menjual air detox. Harganya dalam RM2 lebih sahaja. Jika dibandingkan dengan harga air detox di luar jauh lebih mahal berbanding dengan harga yang boleh kita dapat di Lulu Hypermarket.

Terdapat juga bahagian yang menjual pakaian tradisi kaum India. Macam-macam fesyen ada tau. Sebagai rakyat Malaysia yang hidup didalam masyarakatnya yang majmuk, memakai pakaian tradisi ini memang sesuatu yang boleh menghidupkan lagi semangat ukhwah sesama kita. Jadi untuk mendapatkan pakaian yang harganya berpatutan bolehlah ke Lulu Hypermarket.

Tersusun kemas kain saree yang dijual di sini. Bagi orang melayu pula adakalanya kami memlih kain saree untuk dibuat baju kurung pasang. Ianya memang cantik kerana kualiti kain saree itu sendiri memang sudah terbaik.

Model patung ini menggayakan saree 1 Malaysia. Lawaaa...

Puan Diya yang sedang mencari-cari baju punjabi saiznya. Dengan pelbagai pilihan warna dan rekaan memang sukar untuk Puan Diya membuat keputusan. Sebagai wanita yang mementing keunggulan pada gaya, Puan Diya sentiasa mencari yang terbaik bukan sahaja pada kualiti pakaian bahkan berbaloi pada harga yang ditawarkan. Puan Diya memang pengguna yang bijak. Korang juga boleh menjadi seperti Puan Diya untuk mendapatkan koleksi sut pujanbi di Lulu Hypermarket Kuala Lumpur.

Kurta dengan pelbagai rekaan dan corak. Terdapat juga pelbagai pilihan jenis kain yang ditawarkan. Memang tidak perlu mencari-cari di tempat lain, ini kerana di Lulu Hypermarket semuanya ada dijual.

Terdapat juga pakaian kasual dan formal untuk orang dewasa dan juga kanak-kanak. Saya dapati konsep susunan perletakan jualan pakaian memang teratur, ini kerana ianya ditempatkan mengikut jenama pakaian. Jadi ianya mudah untuk membuat carian.



Untuk promosi minggu ini, tas tangan, beg dan wallet menawarkan harga promosi iaitu 50% diskaun. Memang murah sangat. Banyak juga beg-beg yang ditawarkan di sini menarik hati saya.

Selain daripada beg terdapat juga kasut, barangan kelengkapan diri seperti sabun mandi, bedak dan banyak lagi. Ada beberapa jenama produk yang sememangnya cukup terkenal sejak dulu lagi namun baru kini saya menemuinya di Lulu Hypermarket. Antaranya seperti jenama Yardley!


Di tingkat paling atas Lulu Supermarket ini kita boleh dapatkan barangan dan produk elektrik di sini. Seperti televisyen, jam fit bit, peti sejuk, dapur masak dan pelbagai lagi.

Di tingkat yang sama juga disediakan surau untuk lelaki dan perempuan serta tandas untuk kegunaan pelanggan.

Saiz surau agak sederhana luas dan sentiasa berkeadaan bersih. Rata-rata pelanggan yang menggunakannya berpuas hati dengan kondisi tandas dan surau yang disedikan oleh pihak Lulu Supermarket ini.

Tahniah kepada Lulu Hypermarket & Department Store atas kejayaan memecahkan rekod Kek Buah Terpanjang di Malaysia. Dan juga syabas kerana menjadi hypermarket terbaik yang sentiasa konsisten memberikan yang terbaik buat pelanggan-pelanggannya. Ini terutama pada harga dan tawaran diskaun dari masa ke semasa yang sangat membantu memberi penjimatan terutamanya kepada rakyat marhaen di Malaysia.

Keterangan lanjut mengenai Lulu Hypermarket boleh layari,


Jom ke Lulu Hypermarket kita memborong,
semuanya ada dibawah satu bumbung!!

Comments

Naz said…
Harga barangan di LuLu Hypermarket ni memang sangat berpatutan dan banyak pilihan. Yang best skali makan Arabic Sweets dengan kopi o tak de gula perrrggghhhh sedap waalaaaaaaawey....
Ummi Zarra said…
wowwww puas hati mcm ni shopping dekat lulu hypermarket. Macam² ada jual di sini rupanya ye.
nazlan- murahkannnn...ok nak kena beli arabic sweets..terlepas beli hr tu
zara- macam2 ada..murah2 jom jom soping kat sini
Rawlins GLAM said…
Terlupa beli pizza dan Olive oil nie... adakah perlu mengulang pergi? Stresssss
rawlins....jangan malas..sila pergi balik hahahah
Unknown said…
Herga di lulu mamaang mahal gila.
After discount 70% 360 baju melayu.
Klow add 70% haaaaaaaπŸ˜πŸ˜πŸ˜πŸ˜πŸ˜πŸ˜‚
Tipo sangat
Orang melayo buken bodoh
πŸ€”πŸ€”πŸ€”πŸ€”πŸ€”πŸ€”πŸ€”πŸ€”πŸ€”πŸ€”

Popular Posts