Promosi Menu Agehan Express di Agehan Japanese Restaurant Hotel Grand BlueWave Sha Alam

Sekali sekala membawa keluarga menikmati hidangan Jepun memang seronok. Apatah lagi harga yang ditawarkan agak murah dan berbaloi dengan rasa dan 'portion' makanan yang ditawarkan. Lebih menarik lagi, tawaran makanan Jepun ini esklusif di yang terletak di dalam Hotel Grand BlueWave Shah Alam. Paling penting ianya 100% HALAL dan telah mendapat pengiktirafan dari JAKIM sejak tahun 2009 lagi. Jadi tidak hairanlah saya dan keluarga sentiasa memilih restoran ini terutama apabila kami ingin menikmati masakan Jepun.


Dalam promosi terbaru Agehan Japanese Restaurant menawarkan bento yang menarik seperti Gyu Shogayaki, Yaki Udon dan Onigiri yang hanya berharga RM25.00 + untuk satu kotak. 


Gyu Shogayaki adalah set bento yang mengandungi daging goreng  di atas pan dengan sos khas,  disertakan sekali dengan salad segar bersama kek ikan jepun , Selain itu terdapat juga nasi yang dimasak dari beras Jepun, kentang empuk bersama chuka kurage


Bagi set Yaki Udon pula, didatangkan dengan mee Udon digoreng istimewa dengan hidupan laut, ikan dimasak bersama vineger (vinegered fish), sushi, deep fried bean curd with sauce dan
chuka kurage.

Ini pula set Onigiri, terdapat ayam goreng yang ranggup, 'fish flakes' bersama dengan salmon, nasi kepal, chilled soya beancurd, potato with sliced salmon dan chuka kurage

Selain itu, terdapat juga hidangan lain yang ditawarkan iaitu Edamame (kacang hijau rebus) yang berharga hanya RM14.00 +, California Maki RM29.00 +, Oyako Don dengan Sup Miso (RM26.00 +, Tsukimi Udon RM22.00 +, Tanuki Udon  RM18.00 + dan Tori Teriyaki RM29.00 +. 

Hidangan secara ala carte juga ditawarkan di mana kita boleh memilih samda untuk menikmati hidangan daging atau makanan laut. Antaranya seperti Teppanyaki, Tempura Ebi, Yasai Tempura, Teriyaki Saba dan Gindara.

Untuk pertanyaan dan tempahan lanjut, sila hubungi Borak-borak Restaurant 03-
5511 8811 ext. 2615. Semua harga hanya tertakluk kepada 6% CBP.


Budak kuat makan ni, makanan Jepun memang feveret dia tau!!! Tapi seriusly memang berbaloi untuk setiap set yang ditawarkan. Sedap sangat!!


“Food is one part of the experience. And it has to be somewhere between 50 to 60 percent of the dining experience. But the rest counts as well: The mood, the atmosphere, the music, the feeling, the design, the harmony between what you have on the plate and what surrounds the plate” 
- Alain Ducasse

Comments

Puan Wawa said…
Woww, seronok makan ngan family rmaai.
puan wawa- alhamdulillah meriah

Popular Posts