Saya dan Famili Telah Menyertai Walk-A-Mile 2017


 
Pagi hujung minggu yang indah, saya dan anak-anak mulakan hari ini dengan aktiviti beriadah. Kami telah menyertai acara "Walk-A-Mile 2017" anjuran susu jenama terkemuka NESTLE OMEGA PLUS dengan kerjasama Yayasan Jantung Malaysia. Acara tahunan ini adalah bersempena dengan Bulan Jantung Malaysia dan menjadi komitmen dari NESTLE untuk mengajak rakyat Malaysia untuk bersama-sama hidup lebih proaktif dengan mengamalkan gaya hidup sihat demi kesihatan jantung yang optimum.

Excited  benar anak saya dengan saiz badan mereka miliki. Masing-masing mengaku bersaiz kecil, hiks. Namun sebenarnya penyakit jantung bukan diukur pada saiz badan ya. Ianya berpunca dari masalah kolestrol tinggi. Hakikatnya menurut satu kajian yang telah dijalankan, kira-kira satu dalam setiap dua orang dewasa di Malaysia adalah penghidap kolestrol tinggi (kira-kira 4.7 peratus). Paling membimbangkan 42 peratus daripadanya adalah terdiri daripada golongan muda iaitu berumur 40 tahun ke bawah.

Untuk pengetahuan semua penghidap kolestrol tinggi ini meningkat akibat dari gaya hidup mereka sendiri iaitu tabiat pemakanan yang tidak sihat, kurang bersenam  dan sentiasa sibuk tiada rehat yang sudah menjadi norma dalamkehidupan majoriti rakyat Malaysia.

Suasana meriah di pembukaan acara "Walk-A-Mile". Antara mencuri perhatian adalah paluan gendang yang bukan hanya dimainkan oleh mereka yang amatur tetapi turut disertai VIP yang menghadiri acara. Hebat!

Antara kejutan juga....
Teruja betul melihat suasana ini, sepertinya pesta meraikan sesuatu :-)

Penyampaian mock cheque RM30,000 kepada Yayasan Jantung Malaysia dari NESTLE Malaysia.

"Kami komited dan nekad untuk mendorong semua rakyat Malaysia agar mengamalkan gaya hidup lebih sihat denganmengubah sikap dan tabiat lama demi kesihatan jantung dan tubuh dalam jangka panjang" 

"Kita perlu lebih proaktif dengan mengamalkan gaya hidup aktif dengan mempraktikkan tabiat pemakanan yang lebih sihat serta seimbang dan banyak bersenam demi kesihatan jantung paling optimum. Berjalan adalah salah satu kaedah terbaik untukkekal aktif sebaimana yang berlangsung dalam acaea hari ini. Kehadiran setiap pengunjung hari ini merupakan ikrar untuk mengamalkan langkah-langkah penjagaan jantung yang mudah. Ini seiring dengan matlamat Nestle untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan orang ramai demi masa depan yang lebih sihat"
Ng Su Yen
Pegawai Ekesekutif Perniagaan 
Unit Perniagaan Produk Tenusu Nestle (Malaysia)

Masalah kolestrol tinggi tidak memilih mangsa dan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira umur, jantina, berat badan dan tahap kesihatan.

"Ramai yang menganggap masalah kolestrol tinggi hanya berlaku pada golongan tertentu. Misalnya orang gemuk dan tua. Tanggapan ini sebenarnya salah. Sesisapa saja yang mengamalkan gaya hidup tidak sihat adalah berisiko tinggi"

"Berdasarkan statistik kebanyakan rakyat Malaysia khususnua golongan muda perlu mengutamakan amalan gaya hidup sihat demi memastikan kesihatan jatung di tahap optimum. Ini kerana gaya hidup yang tidak sihat adalah faktor utama penyumbang penyakit kardio vaskular. Jesteru itu dengan melakukan pemeriksaan paras kalestrol dan jantung secara kerap sebagai langkah pertama untuk menguruskan kesihatan jantung. Pemeriksaan kesihatan dapat membantu anda mengetahui tahap kesihatan masing-masing dengan lebih lanjut agar tindakan susulan boleh diambil bagi memastikan jantung sentiasa sihat. Malah sesi pemeriksaan paras kolestrol dalam darah juga ditawarkan secara percuma di acara Walk-A-Mile."
Datuk K. S. Sambhi
Pengerusi Yayasan Jantung Malaysia
Menerusi kempen #StopTheCount NESTLE OMEGA PLUS mahu meningkatkan lagi kesedaran di kalangan orang ramai dengan mengutamakan kesihatan masing-masing menerusi langkah-langkah penjagaan kesihatan jantung yang mudah.

Dalam acara Walk-A-Mile para peserta boleh menyertai senaman ringkas, selain daripada berpeluang menikmati minuman berkhasiat di booth Hearty Boost. Para peserta juga boleh mendapatkan pemeriksaan paras kolestrol secara percuma di booth Hearty Check.

Kita digesa untuk mengambil set pemakanan diet yang sihat iaitu dua hidangan NESTLE OMEGA PLUS yang diperkaya dengan 1.2g sterol tumbuhan dan omega 3:6 setiap hari dan bersenam secara kerap, terbukti secara saintifik berkesan mengurangkan paras kolestrol dan mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung. Ini s kaligus dapat memberi impak postif terhadap jantung kita.

Jom hidup secara sihat,
Ambillah makanan berkhasiat,
Bersenamlah dengan kerap!

Keterangan lanjut mengenai produk boleh layari : www.facebook.com/NestleOmegaPlus

#StopTheCount

Comments

Popular Posts