The Venue Shah Alam Menyediakan Pelbagai Pakej Jamuan Dan Keraian

Bagi mereka yang mencari dewan untuk sebarang acara majlis, saya sangat syorkan The Venue Shah Alam yang terletak di Seksyen 15 Shah Alam Selangor. Apa yang menarik tentang dewan yang sedia lengkap dengan pelbagai fasiliti ini didatangkan juga pelbagai pakej yang menarik. Apa yang saya boleh katakan kalau kita nak buat majlis di sini kita tidak perlu risau. Segala persiapan dari segi dewan, lauk keterer, pelamin, baju pengantin, bilik persalinan dan sebagainya kita boleh berurusan dengan pihak pengurusan The Venue Shah Alam. Jadi isu-isu seperti pelamin tidak siap, makanan tidak sampai pada masanya dan pelbagai lagi permasalahan biasa yang berlaku dalam satu-satu majlis kita boleh elakkan. Paling penting kita boleh menguruskan sebarang acara dengan tenang dan mudah kerana hanya perlu berurusan dengan satu pihak sahaja.

Bukankah ini mudah dan menyenangkan urusan kita? :-)

Konsep dekorasi pelamin boleh dirunding bersama pihak pengurusan The Venue Shah Alam. Mereka memang pakar dalam memberikan idea-idea yang menarik sesuai dengan konsep perkahwinan yang diidamkan oleh pengantin. Saya sendiri teruja melihat contoh dekorasi yang sedia ada. Gubahan bunga yang bagi saya cukup bercita-rasa tinggi. Rasanya kalau kita dapatkan pakej sebegini cantik di luar sana tentu harganya lebih mahal jika dibandingkan dengan harga yang ditawarkan di The Venue Shah Alam.

Dewan yang dilengkapkan dengan sepenuhnya penghawa dingin mampu memberi keselesaan kepada para tetamu. Dan susunan kerusi meja pula adalah  mengikut kesesuaian majlis dan mengikut kehendak klien itu sendiri dan ianya boleh memuatkan sehingga 2500 orang dalam satu-satu masa. Lihat sahaja pada salah satu contoh dekorasi yang diperkenalkan oleh The Venue Shah Alam memang memberi ketenangan betul pada siapa sahaja yang melihatnya, hiks. 

Persiapan majlis juga biasanya, kita akan memperuntukkan beg cenderahati sebagai souvenir buat tetamu yang hadir. Di The Venue Shah Alam memang telah tersedia kawasan yang sesuai untuk diagihkan beg cenderahati ini. Siap ada meja yang agak sederhana besar bersama alasnya yang cantik. Semuanya ada disediakan dalam pakej sewa yang kita boleh pilih di sini.

Kalau kita nak meriahkan majlis kita dengan persembahan nyanyian dan muzik. Boleh juga kita dapatkan perkhidmatannya di The Venus Shah Alam. Oh ya! Di sini juga ada disediakan bilik khas untuk sistem audio dan teknikal bagi memudahkan pihak penganjur dapat memastikan majlis yang dianjurkan berjalan dengan lancar dengan sempurna.  

Setiap majlis pasti menu hidangan yang sentiasa menjadi tumpuan. Di The Venus Shah Alam turut menyediakan keterer yang boleh kita pilih jenis hidangan yang disyorkan dan juga menepati citarasa kita. Namun untuk entri kali ini saya hanya kongsikan antara menu yang menjadi pilihan pelanggan/klien yang sememangnya sangat direkomenkan oleh pihak pengurusan The Venue Shah Alam ini sendiri.

Nasi beriani. Memang sedap, lembut dan wangi sangat.

Ayam Masala yang ohsem. Seriously sangat sedap dan memang cukup rasa. Kelainannya adalah rempah yang digunakan dan lauk ini memang menjadi pelengkap kepada nasi beriani yang dihidangkan bersama.

Jika sukakan daging, bolehlah mencuba hidangan Daging Baghdad resepi istimewa dari The Vene Shah Alam. Memang dagingnya sangat empuk, enak dan cukup rasa. Terus menjadi feveret saya biarpun pertama kali mencubanya.

Ini adalah dalca sayur. Salain terung, terdapat juga lobak merak dan kentang didalamnya. Setengah orang memang sukakan nasi beriani berkuah dan biasanya kuah dalca ini menjadi kuah didalam hidangan nasi beriani yang dinikmati,

Acar Rampai. Sejenis hidangan acar mengabungkan timun, lobak merah, biji sawi bersama rempah khas. Untuk hidangan seperti nasi beriani atau nasi minyak, ini adalah menu sayuran pelengkap untuk hidangan.
Hokeh! Ini adalah feveret. Kudapan yang kena makan sekali dengan nasi beriani atau minyak ini memang dicari-cari kalau datang ke majlis perkahwinan ataupun keraian.

Di satu sudut yang menempatkan segala pencuci mulut buat tetamu yang hadir. Susunan yang sangat kemas dan teratur memudahkan pelanggan memilih pencuci mulut yang mereka inginkan.

Ada pelbagai jenis pencuci mulut yang ditawarkan, tetapi untuk sesi kali ini saya sempat merasa hidangan pencuci mulut seperti:-
Bubur pulut hitam. Anak saya semua menggemarinya. Cukup dari segi rasa lemak dan manis secukup rasa. Pulutnya juga dimasak begitu empuk.

Terdapat juga bingka ubi. Sedap juga, hehehe. Berkali-kali saya menambah untuk pencuci mulut ini. Kuih tradisi yang agak 'rare' tetapi kita boleh dapatkan didalam menu keterer yang ditawarkan oleh The Venus Shah Alam.

Tapai pulut yang diberi kelainan dari segi pembungkusannya. Ianya diletakkan didalam daun pisang yang dibuat seperti kelongsong. Sebagai orang Kelantan yang biasa menikmati tapai, jujur review dari saya tapai ini memang sedap dengan rasa manisnya begitu lekat dengan jiwa. 

Antara pencuci mulut yang lain yang menjadi kemestian dalam setiap majlis adalah buah-buahan.

Untuk pilihan air minuman disediakan air sejuk seperti air kordial mangga, oren dan sebagainya. Manakala untuk air panas, selain daripada kopi semestinya teh tarik sentiasa menjadi pilihan tetamu.

Menariknya di The Venue Shah Alam turut menyediakan RO Water bagi mereka yang tidak sukakan air manis. 

Selain daripada pakej perkahwinan, di The Venue Shah Alam juga sesuai untuk majlis keraian seperti majlis pertunangan, jamuan hari jadi, bengkel dan seminar, rumah terbuka, makan malam korporat dan pelbagai lagi.

Cuma kelebihan untuk pakej perkahwinan ditawarkan juga dengan pakej sewa pakaian dan pelbagai pakej yang lain untuk majlis perkahwinan. Semua servis ini boleh didapatkan di bawah satu bumbung, dibawah satu pengurusan.

Antara koleksi pakaian pengantin dari The Venue Shah Alam yang ada ditawarkan di butik mereka. Pelanggan boleh memilih mengikut kesesuaian dan citarasa mereka.

Semuanya cantik dengan versatil rekaan menarik. Memang rambang mata jika hendak membuat pilihan.

Antara koleksi pakaian lelaki untuk dipakai sedondon dengan pakaian pasangan mereka.

Bukan sahaja pakaian, kasut pengantin juga ada didalam pakej sewa pakaian di sini.

(Oh ya, ada tawaran istimewa - PAKEJ PROMOSI bagi mereka yang membuat tempahan dewan sebelum/pada 10 Oktober 2017)

Surau untuk lelaki dan perempuan sangat bersih dan agak luas. Memang memberi keselesaan tetamu yang datang ke majlis yang diadakan di sini.

Terdapat tandas didalam bangunan dan juga di luar premis . Jadi tidak ada masalah sekiranya tetamu yang datang ke sini untuk menggunakan tandas kerana kemudahan fasiliti yang disediakan memang mencukupi. Selain daripada itu, antara kelebihan The Venue Shah Alam ianya mempunyai tempat letak kereta (parking) yang banyak. Jadi tiada masalah untuk tetamu yang datang dengan kenderaan mereka sendiri.

Lokasinya yang agak strategik, dengan adanya banyak kemudahan akses ke sini ternyata The Venue Shah Alam antara pilihan terbaik untuk diadakan sebarang acara.

Alamat lokasi:
The Venue Shah Alam
No 15, Jalan 15/22, 
Tiong Nam Industrial Park, 
Seksyen 15,
Shah Alam, Malaysia

Untuk keterangan lanjut, tempahan dan sebagainya, boleh hubungi:

6019 - 8585825
FB Page : The Venue Shah Alam
IG : @thevenueshahalam
Email : thevenueshahalam@gmail.com

The Venue Shah Alam sentiasa menjadi pilihan,
Untuk sebarang majlis dan keraian,
Pelbagai pakej ada ditawarkan,
Di bawah satu bumbung semua boleh didapatkan!

Comments

Popular Posts