Althea Beauty Box Review - The Lazy Sunday Box

Cerita hujung lepas, saya 'unboxing' barangan "The Lazy Sunday Box" yang saya dapatkan dari https://my.althea.kr/ . Semuanya memang benar-benar terapi buat saya di hujung minggu. Hari-hari biasa hidup saya memang benar-benar sibuk, jadi apabila saya dapat memanjakan kulit wajah terutamanya dari produk istimewa dari Korea tentunya ianya memberi kepuasan dalam jiwa. Chewaaahhh. Jom tengok produk kecantikan dan penjagaan apa yang saya boleh rekomen untuk uolls guna..

Antara yang menjadi feveret adalah produk Deep Blue CAVIAR. Ini adalah calogen mist. Paling best lepas pakai rasa kulit saya yang kering menjadi lebih lembap. Dan rasa sedikit anjal. Sebab aplikasi cara semburan jadi cara pemakaian memang 'kebersihan' (hygience) terpelihara. Hanya sembur sedikit ke bahagian muka, kita sudah rasa impaknya membang ketara.

Concealer Pro Pot dari Etude House ini kecil sahaja saiznya. Sangat kompak dan mudah untuk diletakkan didalam beg mekap, dan sekaligus boleh dibawa ke mana sahaja. Apa yang menarik baunya agak neutrel dan tekstur sangat lembut.

Warna concealer ini memang masuk dengan warna kulit wanita Asia. Dan produk ini memang anak saya Yana guna sentiasa memandangkan beliau ada sedikit masalah jerawat di rumah. Jadi dengan pemakaian produk concealer dari Etude House sangat membantu menutup benjolan jerawat di muka.

Blusher dari the SAEM.  Datang dalam bentuk stik, sangat mudah untuk digunakan terutama bagi saya yang tidak amatur dalam memakai mekap di muka. Saya biasa mekap asas sahaja. So, produk ini memang sesuai dengan saya.

Warna coral. Tapi bila pakai di muka seakan gabungan warna pink dan peach. Nampak neutrel sangat sebagai pemerah pipi. I like....

Quick Toner Pack dari Laneige. Toner gaya pemakaian baru.  Ada 20 pek didalamnya. Agak praktikal terutama jika kita pergi travel. Jadi hanya amik berapa pek yang kita kehendaki dan masuk terus dalam beg mekap. Tak perlu lagi bawa botol toner yag kita sedia maklum agak besar saiznya.


Pakai macam ni. senang kan..Ala pakai macam mask, tempek di 3 bahagian zon utama iaitu dahi, dan pipi kedua belah.

Krim pelembap dari Wangskin. Saiz dalam 50 gram. Sesuai pakai ketika waktu siang atau malam. Memang fungsi seperti krim pelembap yang lain iaitu untuk melembap dan melembutkan kulit wajah kita. 

First time sebenarnya saya menggunakan produk cleansing tissue dari oatmeal. Kita sendiri tahu kebaikan oatmeal dalam penjagaan diri. Saya gunakan tisu ini ketika hendak membersihkan mekap muka. Memang rasa segar dan betul-betul bersih lepas menggunakannya. Memang rekomen produk ini kat uolls...


Nak dapatkan The Lazy Sunday Box, boleh layari https://my.althea.kr/ . Ada banyak produk kecantikan dan penjagaan muka serta badan direct dari Korea. Apatah lagi sekarang banyak gila promosi menarik, memang berbaloi untuk kita dapatkan dari Althea!

Comments

Popular Posts