Nak Kekal Muda Jelita Seperti Fazura? Gunalah Nutox

Saya berkesempatan menghadiri ke acara anjuran produk kecantikan NUTOX, produk penjagaan muka Fazura di 1 Utama baru-baru ini. Seperti wanita yang lain, saya juga suka jika dilihat sentiasa muda. Biarpun setiap tahun menginjak usia, namun jika kita tahu menjaga dan memeliharanya pasti awet muda pada diri kita dapat dikekalkan dan tidak dimamah usia.

Tertarik dengan keperibadian Fazura itu sendiri, seorang yang sangat lemah-lembut dan peramah membuatkan sesiapa sahaja yang mendampinginya menjadikan mudah mesra dan selesa. Saya sendiri agak teruja biarpun ini adalah kali kedua bertemu secara dekat, ini kerana karektor peribadinya tetap sama dan murah senyuman.

Untuk pengetahuan semua produk NUTOX menjadi pilihan Fazura sejak 8 tahun lepas. Dan ianya terbukti sehingga kini, wajah Fazura tetap kekal muda jelita. Seriously, kalau kita guna secara konsisten pasti kita akan lihat perubahan pada wajah kita.

Fazura bersama pihak pengurusan NUTOX Malaysia sewaktu pelancaran rangkaian terbaru Nutox Renewing Treatment.

Saya dipahamkan apabila usia meningkat, tanda-tanda seperti kekusaman, kedutan dan kehilangan keanjalan kulit akan mula kelihatan. Ini disebabkan pengurangan keupayaan pembaharui kulit secara semula jadi. Oleh yang demikian kita perlulah membantu kulit untuk memperbaharuinya secara semula jadi.

Secara ideal, kitaran pembaharuan kulit secara semula jadi berlaku setiap 28 hari, yang mana pada kitaran terakhir sel kulit lama yang telah mati akan digantikan dengan kulit baru. Jadi apa yang diperlukan oleh kulit adalah produk yang dapat membantu bertindak secara lancar dalam semua kitar pembaharuan kulit dan juga meningkatkan keupayaannya.

Antara produk Nutox yang ada ditawarkan di pasaran. Ada pelbagai siri rangkaian penjagaan yang diperkenalkan. Dan kita boleh pilih mengikut kesesuaian kulit wajah.

Menariknya sewaktu siri jelajah Nutox ini, dengan setiap pembelajaan lebih RM80, anda boleh membuat cabutan untuk mendapatkan salah stau daripada hadiah yang ditawarkan.


Tak sabar saya nak mencuba rangkaian Nutox Renewing Treatment yang terdiri daripada Renewing Treatment Lotion, Renewing Treatment Essence dan Renewing Treatment Cream. Moga dengan rumusan utama LumiNes ini dapat membantu memberi keanjalan kulit pada wajah saya serta memelihara kulit agar sentiasa berada dalam keadaan sihat dan cerah.

Comments

Popular Posts