3M Malaysia Meraikan Sains dan Inovasi selama 50 Tahun


Baru-baru ini saya sempat mengunjungi ke pameran bersempena dengan sambutan ulang tahun yang ke-50, 3M Malaysia. Pameran yang bertemakan "3M 50 Years of Science and Innovation that Cares” telah diadakan bermula dari 8 hingga 12 November 2017. Sepanjang pameran ini 3M telah memperkenalkan kejayaan Sains dan Inovasi di dalam semua rangkaian produk 3M.

Semasa majlis pembukaan, Parameswaran Nair, Pengarah Urusan 3M Malaysia berkata, “3M sentiasa berusaha untuk melangkaui batasan Sains dan Inovasi. Tujuan utama kami adalah untuk memperbaiki setiap aspek kehidupan rakyat Malaysia. Keazaman dan semangat inilah yang telah menyumbang kepada kejayaan kami selama 50 tahun di Malaysia.”

Tambah Parameswaran, “3M menggalakkan budaya penciptaan dan inovasi melalui pengaplikasian Sains dalam penghasilan produk yang efektif dan penyediaan penyelesaian yang inovatif untuk menghadapi cabaran harian walau sesukar mana pun. 3M 50 Years of Science that Cares menyemarakkan semangat tersebut menerusi pameran ini yang dikongsikan dengan semua rakyat Malaysia.”

Pameran pengalaman tersebut dimulakan dengan penampilan Dr. Ezani Monoto sebagai duta rasmi jenama Scotch-Brite™. Dr. Ezani Monoto, yang merupakan seorang doktor gigi dan pemenang Masterchef Malaysia yang pertama, membawakan pengalamannya di dapur untuk mewakili produk Scotch-Brite™ dalam penggunaannya di rumah, supaya dapat membantu rakyat Malaysia berjimat dan membelanjakanwang mereka dengan sebaiknya. Pada acara tersebut, Dr. Ezani Monoto turut mengadakan sesi memasak dan perkongsian tip pembersihan dengan menggunakan produk Scotch-Brite™.

“Sebagai seorang chef yang aktif, saya bergantung pada produk Scotch-Brite™ yang membolehkan saya membersih dengan cekap dan berkesan dalam urusan harian saya, tidak kira di rumah atau di dapur; ini adalah kerana Sains yang digunakan untuk menghasilkan rangkaian produknya. Saya gembira kerana dapat bekerjasama dengan jenama Scotch-Brite™ yang sudah dikenali dan dipercayai oleh ramai rakyat Malaysia,” kata Dr. Ezani.
Sejurus itu, majlis pembukaan disemarakkan dengan catatan rekod dalam Malaysia Book of Records bagi “Kolaj Terbesar menggunakan Nota Lekat” menggunakan Post-It® Super Sticky Notes. Rekod ini merupakan kerjasama antara 3M Malaysia dan INTI International University & Colleges yang membantu dalam penghasilan dan reka bentuk latar belakang tersebut.

Sepanjang pameran pengalaman yang diadakan minggu ini, 3M akan mempamerkan Sains dan Inovasi di sebalik produk 3M dalam setiap aspek kehidupan. Ini termasuk teknologi di sebalik sistem penulenan air 3M, bagaimana produk Scotch-Brite™ dapat membantu anda membersih 3X lebih pantas dan tahan 3X lebih lama, serta melindungi bahagian luar kereta anda dari serpihan dan calar ringan dengan 3M™ Scotchgard™ Paint Protection Film Pro Series.

Selain itu, 3M turut mempamerkan produk dan penyelesaiannya dalam pengelolaan rumah dan tempat kerja, kesihatan, kecergasan, penjagaan kereta dan keselamatan peribadi; dengan rangkaian produk dari peralatan membersih, pencangkuk, pita, pelekat, alat bantuan kesihatan & pendakap, pembalut klinikal, produk automotif, penapis air, dan banyak lagi penyelesaian yang inovatif.

Sepanjang acara selama lima hari, pengguna boleh mengalami sendiri dan mengetahui bagaimana ilmu Sains diaplikasikan atas produk 3M dan pada masa yang sama dapat memenangi hadiah-hadiah menarik.

*Nak menang goodies bag 3M, jangan lupa amik cop setiap booth, Sekurang2nya 5 cop tau.

Para pengguna juga akan dapat menyaksikan secara langsung bagaimana sebuah kereta diubah sepenuhnya dalam demonstrasi membalut kereta. Ingin mendapatkan ASD$100? Atasi ujian kekuatan 3M™ VHB™ Tape dan anda akan memenangi hadiah lumayan ini. Di samping itu, 3M juga akan menganjurkan perkongsian santai pergigian yang bertajuk "Caring for Your Chompers". 3M 50 Years of Science That Cares diadakan dari 8 November hingga 12 November 2017 di Oval Concourse, 1 Utama Shopping Centre. Dapatkan maklumat lanjut dengan melayari https://www.facebook.com/scotchbrite.my/

3M Malaysia Meraikan Sains dan Inovasi selama 50 Tahun Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 12, 2017 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.