Kepentingan Pengambilan Vitamin Untuk Kesihatan Semasa Awal Dan Semasa Kehamilan


Baru-baru ini saya berkesempatan menyertai perbincangan mengenai kesihatan tubuh badan wanita terutama yang ingin menjadi ibu samada sebelum mahupun sedang mengandung. Biarpun saya tidaklah merancang untuk mengandung lagi (hahahahah, anak dah 7 pun alhamdulillah). Namun atas kesedaran betapa pentingnya ilmu untuk kita sebagai perempuan perlu tahu dan seterusnya berkongsi di sini. Maka saya dengan senang hati menyertainya perbincangan yang penuh informasi yang dibawakan khas oleh Shaklee Malaysia.

Rasanya semua memang kenal dan tahu mengenai produk Shaklee. Secara ringkas Shaklee Products (M) Sdn Bhd ("Shaklee Malaysia"), salah sebuah syarikat pemakanan yang terkemuka di Malaysia, telah mengajurkan diskusi meja bulat bersama pakar dengan bertemakan “All About Fertility & Pregnancy: Truths &Myths”. Antara ahli panel pakar yang membincangkan isu tentang topik berkaitan kehamilan, penyusuan dan kesuburan ialah Dr Mathi Arasu Muthusamy, Pakar Kesuburan & Pengarah Perubatan di Fertility Associates dan Dr Nurzarina Abdul Rahman, Pengasas dan Perunding Penyusuan Susu Ibu Bertauliah di Gravidities Consultancy.

Untuk satu jam pertama, saya telah diberi penerangan serba ringkas mengenai nutrien-nutrien dalam pemakanan oleh Dr Sonhee Park, Ahli Sains Penyelidikan Kanan di Bahagian Penyelidikan & Pembangunan Shaklee Corporation (USA). Menurut Dr Sonhee Park, kekurangan nutrien seperti Vitamin B9 (folate) kerap berlaku di kalangan wanita hamil dan wanita yang sedang menyusukan anak. Untuk pengetahuan semua masalah kekurangan Vitamin B9 semasa hamil boleh dikaitkan dengan peningkatan risiko kecacatan kelahiran. Manakala kekurangan zat B12, iodin dan zat besi pula dikaitkan dengan komplikasi lain pada bayi dan ibu.

“Pemakanan adalah kunci dalam semua peringkat kehidupan, terutama semasa jangkamasa reproduktif bagi wanita yang merancang untuk mengandung. Ungkapan ada menyatakan, ibu yang sihat menjamin bayi yang sihat.” Setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka, dan pemakanan memainkan peranan penting menyediakan persekitaran yang kondusif untuk kesuburan berlaku (pra-mengandung), kehamilan yang sihat (pranatal), dan perjalanan sebagai seorang ibu yang sihat terutamanya semasa menyusu badan (postnatal)” 
Dr Sonhee Park

 Kekurangan Vitamin B9 semasa hamil didapati meningkatkan risiko kecacatan kelahiran, seperti spina bifida dan kecacatan kelahiran lain yang serius pada otak, saraf tunjang dan jantung. Dikaitkan dengan pembangunan saraf dan fungsi kognitif fetus dan bayi, B12 dan iodin juga merupakan vitamin dan mineral yang perlu diambil pada tahap yang optimum oleh ibu-ibu yang hamil. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, ibu-ibu hamil disyorkan mengambil 600 mcg asid folik, 4.5 mcg B12, dan 200 mcg iodin sehari.

Asid docosahexaenoic (DHA) merupakan nutrien yang penting kepada bayi semasa fasa hamil dan penyusuan. Nutrien ini penting untuk pembangunan otak, mata dan sistem saraf. Walaubagaimanapun, oleh sebab bayi bergantung pada ibu mereka untuk mendapat bekalan DHA, maka penting bagi ibu untuk mengambil DHA yang mencukupi. Kalsium merupakan satu lagi nutrien penting untuk pembentukan tulang dan gigi kanak-kanak. Kehilangan kalsium daripada tulang ibu akan meningkat bagi memenuhi keperluan kalsium bayi jika diet ibu kekurangan kalsium. Maka pengambilan kalsium yang mencukupi adalah penting semasa hamil dan sepanjang tempoh penyusuan bagi menjamin kesihatan tulang ibu dan kekuatan tulang dan gigi bayi. Oleh itu, pengambilan makanan yang mengandungi nutrien ini adalah kritikal bagi ibu dan juga bayi.

Asas-asas Pemakanan Pranatal & Postnatal

Pemakanan memberi pengaruh penting kepada kehamilan. 2 Pelbagai kajian yang telah dijalankan menunjukkan kepentingan pemakanan dalam membantu wanita mencapai nutrien yang mencukupi bagi kehamilan yang normal dan stabil.

Pengambilan nutrien penting semasa peringkat pranatal dan postnatal menyumbang kepada beberapa faktor, antaranya:

 Mengurangkan risiko anemia pada ibu
 Mengurangkan risiko kecacatan kelahiran anak
 Memulihkan kehilangan nutrien semasa tempoh penyusuan badan (postnatal)
 Memudahkan pengurusan berat badan bagi kesihatan (postpartum)

Nutrien penting seperti kalsium, zat besi, iodin, zink, B12 dan folat adalah antara nutrien yang diperlukan sepanjang pelbagai peringkat menjadi seorang ibu. 3 Pengambilan harian nutrien penting seperti asid folik beberapa bulan sebelum mengandung dan semasa peringkat awal kehamilan telah terbukti dapat mengurangkan risiko kecacatan seperti kecacatan tiub saraf.

“Walaupun secara ideal nutrien penting boleh didapati menerusi amalan pemakanan yang sihat, namun sesetengah nutrien mungkin terjejas atau kuantitinya tidak mencukupi daripada makanan yang kita makan secara rutin. Dalam kes ini, zat besi merupakan antara nutrien yang sukar diperoleh melalui makanan, terutama jika seseorang itu merupakan vegetarian atau vegan,” Park menjelaskan.

Nutrien seperti iodin meningkatkan kesuburan dan perkembangan minda janin dan juga dikenali dapat mengurangkan risiko keguguran dan kelahiran tidak cukup bulan. Zat besi adalah penting untuk penghasilan DNA, penghasilan hemoglobin, protein dalam sel darah merah yang membantu membawa oksigen ke sel-sel tubuh. Anemia boleh berlaku apabila tahap hemoglobin dalam darah adalah rendah disebabkan kekurangan zat besi. 

Fakta:
Menurut tinjauan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation, WHO), 38% wanita hamil dianggarkan mengalami anemia 6 di Malaysia. Memiliki kalsium yang cukup membantu ibu-ibu hamil dan sedang menyusu untuk mengurangkan risiko osteoporosis pada peringkat kehidupan mereka yang selanjutnya kerana keperluan kalsium meningkat semasa peringkat ini bagi menyokong pembesaran bayi. Selain daripada kalsium, Vitamin D adalah penting untuk memudahkan penyerapan kalsium, mencegah penyakit Riket pada bayi dan kanak-kanak.

Mitos & Kebenaran tentang Menyusu Badan
Semasa sesi meja bulat, Perunding Penyusuan Susu Ibu Bertauliah, Dr Nurzarina Abdul Rahman berkata, “Walaupun menyusu badan dianggap sebagai proses semula jadi untuk wanita, kebanyakan wanita yang gagal menyusu badan mempunyai tanggapan yang salah bahawa mereka sudah ditakdirkan tidak dapat menyusukan anak mereka. Masih ada ruang untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan ibu, terutamanya ibu-ibu baru tentang pelbagai faktor penyumbang yang mampu menjayakan proces penyusuan badan.”

Keperluan pemakanan untuk menyusu badan adalah sama seperti keperluan semasa hamil. Walau bagaimanapun, wanita yang sedang menyusu badan disyorkan untuk mengambil tambahan makanan yang kaya dengan nutrien sebanyak 500 kcal setiap hari berbanding semasa peringkat hamil.

“Salah satu daripada mitos yang biasa termasuklah tanggapan bahawa penyusuan yang kerap akan menurunkan pengeluaran susu. Sebenarnya, bekalan susu ibu adalah bergantung pada permintaan. Ini bermakna lebih banyak susu yang diminta oleh bayi, lebih banyak susu akan dihasilkan oleh ibu. Susu ibu adalah pemberian untuk anak dan dicipta untuk memberikan nutrien yang diperlukan oleh bayi selagi ia diperlukan. Para ibu perlu berhati-hati dengan diet dan amalan pemakanan mereka bagi memastikan nutrien pentingditerima dengan cukup semasa tempoh penyusuan badan”, tambah Dr Nurzarina.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan para ibu memberi tempoh minimum selama 6 bulan untuk “memberi susu badan secara eksklusif” di mana bayi hanya meminum susu badan dan digalakkan untuk meneruskan penyusuan (bukan eksklusif) sehingga umur dua tahun dan ke atas.


Kesuburan & Ketidaksuburan

Menurut Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), kadar kesuburan di Malaysia telah turun dengan mendadak sejak awal tahun lapan puluhan. Kadar ini dijangka menurun kepada 1.79 pada 2030. 9 Pasangan yang berjaya melalui peringkat kehamilan juga akan berdepan dengan pelbagai masalah yang membebankan jika anak yang dilahirkan mengalami kecacatan lahir yang serius.

“Di Malaysia, kami mendapati pasangan memilih untuk memulakan kehidupan berkeluarga pada umur yang agak lewat, biasanya umur 30an atau 40an. Secara amnya, pasangan subur yang tipikal yang berumur 25 tahun mempunyai 20% peluang untuk mengandung setiap bulan. Walau bagaimanapun, apabila umur wanita meningkat, peratus ini berkurangan kepada 17% pada umur 35 tahun dan 10% pada umur 40 tahun”, kata Dr Mathi Arasu Muthusamy, Pakar Kesuburan & Pengarah Perubatan di Fertility Associates.

Kejayaan seseorang untuk mengandung bergantung pada pelbagai faktor. Amalan gaya hidup semasa dalam tempoh subur, pengekalan berat badan yang sihat, pengambilan makanan dan senaman yang cukup adalah elemen yang menyumbang kepada persekitaran yang kondusif untuk mengandung.

Semasa sesi media, Helen Lam, Presiden Shaklee Malaysia berkata, “Dalam menjalani gaya hidup yang sibuk pada hari ini, para wanita dan ibu dalam keluarga kita perlu memberi perhatian kepada kesihatan mereka. Perjalanan hidup sebagai seorang ibu perlu dilalui dengan berhati-hati bagi mengurangkan risiko komplikasi hamil serta faktor negatif lain selepas melahirkan anak. Oleh yang demikian, kami bersedia untuk menyediakan program yang memberi tumpuan kepada kesihatan dan kesejahteraan bagi wanita dan ibu untuk memperkasakan para wanita Malaysia dengan pengetahuan yang berkaitan tentang pemakanan serta menghapuskan mitos tentang mengandung. Golongan lelaki juga perlu sama-sama bertanggungjawab untuk kekal sihat.”

Untuk pengetahuan semua sesi meja bulat bersama pakar merupakan kesinambungan kempen pendidikan kesejahteraan Shaklee Malaysia, “Live Well, Be Well”. Lebih banyak lagi aktiviti dan program komuniti pada masa akan datang yang memberi tumpuan kepada kesihatan dan kesejahteraan. So uolls kalau hendak mendapat maklumat tentang aktiviti serta bengkel pendidikan yang bakal dianjurkan sepanjang tempoh kempen ini bolehlah layari :-

laman Facebook 

laman web 

Comments

Princess Serra said…
Jemput singgah :)

https://messarah.blogspot.my/2017/11/tips-muka-berseri-tanpa-mekap-makeup.html

Popular Posts