Lovera Magic Jelly Berkesan Untuk Menjaga, Memelihara dan Memulihkan Kulit



Berasaskan dua sumber utama bahan semulajadi iaitu timun dan aloe vera, Lovera Magic Jelly sentiasa menjadi pilihan dalam merawat dan memelihara kesihatan kulit. Sepertimana yang kita semua sedia maklum aloe vera itu sendiri kaya dengan vitamin dan mineral. Ianya juga sentiasa menjadi remedi untuk merawat kulit terutama dari kesan parut, kering dan sebagainya. Timun pula mengandungi zat kalium, magnesium dan silikon, biasanya penggunaan timun dalam bidang kecantikan adalah untuk merawat kelesuan kulit seperti kawasan di kelopak mata dan pelbagai lagi.

Dengan pembungkusan Lovera Magic Jelly yang mesra pengguna. Hanya picit sedikit kita akan perolehi gel dalam amaun yang dikehendaki, Paling penting ianya juga dapat memastikan kita dapat menggunakan produk secara selamat dan bersih. Oh ya unttuk pengetahuan korang, gel ini adalah berbentuk cecair putih. Saya sendiri telah mencubanya beberapa kali, hanya picit sedikit dan terus boleh membuat sapuan ke seluruh muka. Paling best ianya tidak melekit dan cepat betul meresap dalam kulit.

My Yana memang ada masalah jerawat. Dan saya telah memberikan produk ini untuk Yana untuk mencubanya. Setelah pemakaian 3 hari berturut-turut memang nampak keberkesanannya. Jerawat semakin mengecut dan muka nampak lebih cerah. Yana menggunakannya setiap hari dan katanya paling best sapu setiap pagi sebelum ke sekolah kerana terasa muka begitu 'fresh'!


Produk Lovera Magic Jelly ini juga boleh merawat masalah kulit jerawat, parut, kulit kering dan kulit kusam. Paling penting ianya juga sangat berkesan untuk memelihara dan menjaga kulit agar lebih berseri-seri, dan mencerahkan kulit. Dipercayai tidak mengandungi bahan-bahan terlarang dalam pembuatan kosmetik seperti paraben dan pewarna. Saya sendiri suka menggunakannya kerana ramuannya mempunyai sifat anti oksida so sangat membantu melambatkan proses penuaan, anti-aging, boleh membuang sel kulit yang dah mati, melembutkan kulit dan pelbagai lagi. Haruslah wanita mana tak nak nampak muda belia kan, hiks.

Selain itu Lovera Magic Jelly ini boleh merawat rambut yang berkelumumur. Kandungan khasiat aloe vera boleh menyejukkan kepala dan menyingkirkan kulit mati.Manakala keajaiban Silika, mineral yang ada didalam timun mampu menjadikan rambut kita lebih berkilat dan kuat. Dan untuk pengetahuan semua sulfur dan silika dalam timun juga boleh merangsang pertumbuhan rambut kita sebenarnya.



Suka juga saya nak kongsikan kisah benar seorang ibu dari Singapura Puan Mashitah Abdullah, tentang tragedi minyak panas yang terkena pada wajah anaknya Azfaa pada tahun 2015 menyebabkan anaknya mengalami kecederaan yang teruk di muka. Namun berkat kesabaran dan kecekalan beliau untuk menyembuhkan anaknya akhirnya berbuah hasil apabila kondisi kesan melecur di muka anaknya semakin hari semakin pulih. Untuk pengetahuan semua, pada awal bulan tempoh kejadian adik Azfaa telah dibawa ke hospital di Korea untuk diberi rawatan. Namun dalam tempoh pemulihan Puan Mashitah secara konsisten telah mula menyapu Lovera Magic Jelly di wajah anak beliau. Dan didapati selain dapat membantu memulih kesan lecur pada kulit, Lovera Magic Jelly ini juga dapat mengurangkan masalah gatal dan pedih.

Khasiat yang terdapat dalam ramuan utama Lovera Magic Jelly iaitu timun dan aloe vera banyak membantu mempercepatkan proses pemulihan dan seterusnya memberi rawatan yang terbaik pada kulit. Paling best ianya sesuai untuk semua peringkat umur dan tidak lelaki atau perempuan.


Jadi korang kalau nak dapatkan produk ini ataupun untuk mengetahui lebih banyak informasi mengenai produk boleh layari:-




Jom sama-sama flawless dengan Lovera Magic Jelly !

Comments

Popular Posts